Monday, July 20, 2009

UMNO TIDAK TERKEJUT

Tindakan bekas Ketua MCA Bahagian Bakri, Datuk Chua Jui Meng menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada hari sabtu yang lepas tidak mengejutkan UMNO. Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein perkara itu telah dijangka ekoran beberapa kenyataan yang dibuat oleh Jui Meng menerusi media massa sebelum ini. Beliau turut menyifatkan bahawa tindakan berani mantan menteri kesihatan aka org kuat era MAHATIR telah dijangka dan beliau akan memasuki PKR setelah tiada tempat dalam MCA dan tidak lagi memimpin Bahagian Bakri,Johor. Beliau berkata demikian ketika mengulas pengumuman Jui Meng untuk menyertai PKR pada satu forum anjuran PKR yang turut dihadiri Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Kuala Lumpur.Menurut Hishammuddin yang juga menteri dalam negeri, kemasukan bekas pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) ke dalam parti pembangkang bukan perkara ganjil. Ini yang demikian kerana sebelum ini ada berlaku kejadian menteri yang bertindak keluar UMNO/Bn.Beliau berkata, masa akan menentukan sama ada keputusan itu tepat atau tidak.Tambahnya lagi kekuatan BN khususnya UMNO tidak berkisar kepada individu atau personaliti seseorang sebaliknya ia berpegang kepada perjuangan setiap anggota parti komponen yang bernaung dibawah BN sejak negara mencapai merdeka.Baikla rakan-rakan seperjuangan mari kita sama-sama tunggu dan lagi adakah kejutan politik bakal melanda negara kita..Sekian Salam Reformasi.

No comments:

Post a Comment