Wednesday, December 16, 2009

Cina Dan India Kelas Dua ?

Istilah Kelas Satu dan Kelas Dua mungkin biasa digunakan di sektor perkhidmatan di negara ini bagi merujuk kepada tahap perkhidmatan yang disediakan kepada para pelanggan.Namun hati terasa cukup sedih dan terguris apabila masyarakat cina dan india di negara ini diklasifikasikan sebagai kelas dua tempoh hari.Walaupun setelah 52 tahun merdeka nampaknya terdapat segelintir melayu umno yang masih tidak menerima orang bukan melayu selaku sebahagian daripada rakyat Malaysia.Jika zaman silam diulang tayang banyak sumbangan telah pun disalurkan kepada negara ini.Orang cina yang mempelopori sektor ekonomi telah menyediakan tapak ataupun “base” bagi rakyat Malaysia masa kini untuk berniaga dan mengalas perut melalui aktiviti jual beli.Manakala orang India pula telah banyak membanting tulang dan telah berfungsi sebagai tulang belakang negara dalam membina infrasturktur asas negara.Contohnya seperti landasan keretapi dan juga jalanraya.Walaupun kerajaan terlalu asyik melaungkan slogan 1 Malaysia namun kini ternyata slogan sedemikian rupa hanya sekadar gula-gula.Adakah kerajaan benar-benar serious dalam menjayakan konsep 1 Malaysia ataupun hanya untuk memenangi undi dalam pilihanraya.Tindakan oleh pedemo-pendemo kepala lembu di shah alam tempoh hari memang amat biadap dan ianya amat jelas suatu bentuk provokasi yang boleh menimbulkan kacau bilau di kalangan rakyat. Namun tindakan dari pihak kerajaan dari segi penguatkuasaan undang-undang wajar dipersoalkan.Mereka jelas cuba berlembut-lembut dengan para pendemo tersebut dan akhirnya ia mengundang satu lagi insiden dimana kumpulan yang sama dengan begitu berani melabelkan orang cina dan india sebagai rakyat kelas dua.Siapa kamu untuk mempersoalkan isu kelas rakyat Malaysia ? Sewaktu British memberikan kebebasan, orang cina dan india turut diiktiraf sebagai rakyat Malaya.Harus disedar bahawa tanpa orang cina dan india Malaysia sudah tentu masih lagi dijajah oleh British sehingga ke hari ini.Akhir kata diharap menteri dalam negeri bertindak lebih tegas dalam isu ini kerana ianya mampu mengundang masalah yang lebih besar kepada negara.Kerjalah dengan jujur dan tolak tepi fahaman politik demi menstabilkan lagi situasi aman dan damai masyarakat majmuk.Sekian Salam Reformasi.

Tren Baru KTM




















Tren baru milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) buatan syarikat Hyundai Rotem berpengkalan di Korea Selatan.

Antara highlight ETS ini adalah :

-kelajuan max 140 km/j
-LCD screens
-CCTV
-electrical sockets

Wednesday, November 25, 2009

Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST)

Nampaknya gula-gula yang ditaburkan kepada rakyat dalam budget yang lepas mula menunjukan hasilnya.Kerajaan telah bercadang untuk membentangkan rang undang-undang berkaitan cadangan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).Rang tersebut diwawarkan akan dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada akhir persidangan Dewan Rakyat sekarang.Najib berkata bahawa langkah untuk memperkenalkan cukai GST telahpun dipersetujui dalam mesyuarat kabinet.Cukai yang bakal diperkenalkan itu akan menggantikan cukai perkhidmatan dan jualan yang sedia ada di negara ini.Najib memberi alasan bahawa Malaysia merupakan antara beberapa negara di rantau Asia Tenggara yang belum melaksanakan GST dan beliau menyifatkan tindakan ini amat perlu bagi bersaing dari segi ekonomi di rantau ini.Untuk rekod antara negara-negara yang guna pakai dasar ini adalah India, Australia, Canada, Hong Kong dan juga negara jiran Singapura.Walaupun langkah ini adalah perlu bagi membolehkan negara terus berkembang dari segi ekonomi namun cadangan ini perlu diperhalusi oleh kerajaan sebelum beralih sepenuhnya kepada GST.Dalam kepompong GST segala barangan keperluan harian seperti barangan runcit yang dibeli akan dikenakan cukai.Walaupun pelepasan cukai individu diberikan adakah ianya benar-benar akan menjamin kesenangan hidup rakyat Malaysia.Peratusan rakyat yang sedang membayar cukai pendapatan adalah hanya 45 % dan baki 55% tidak dikenakan cukai pendapatan.Oleh itu melalui cukai GST kerajaan cuba memaksa seluruh rakyat Malaysia tidak kira kelompok kaya,sederhana atau miskin untuk membayar cukai kepada kerajaan melalui segala barangan yang dibeli di kedai-kedai.Pandai sungguh kerajaan BN merancang pelan ini untuk merompak rakyat. Tidak cukup dengan rompakan selama 52 tahun dan kini mereka berhasrat untuk merompak segala duit rakyat tidak kira kaya ataupun miskin.Inilah kerajaan BN yang dihadapan media mengatakan bahawa hanya merekalah yang prihatin kepada kesusahan rakyat namun mereka sungguh cerdik untuk menikan belakang rakyat yang telah mengundi untuk mereka.Jikalau hendak dibandingkan dengan Singapura kita sudah pun terlalu jauh tercicir dibelakang.Negara-negara maju tidak akan menghadapi masalah untuk memperkenalkan GST kerana kadar kemiskinan di negara tersebut adalah amat rendah dan majoriti rakyatnya hidup senang.Situasi di Malaysia adalah amat berbeza kerana rakyat disini bukannya hidup senang seperti pemimpin kerajaan yang korup tahap dewa.Oleh itu adalah tidak wajar bagi kerajaan menyusahkan baki 55% rakyat yang tidak membayar cukai pendapatan dengan memaksa mereka bayar cukai GST.Singapura memperkenalkan GST kerana populasi warga tua di negara itu adalah tinggi dan kerajaan Singapura merasakan susah untuk mengutip cukai pendapatan dari rakyatnya.Oleh itu GST diperkenalkan.Kadar cukai GST di Singapura adalah 3% pada awalnya pada tahun 1994 dan dinaikan kepada 7% pada 2007. Thailand 7%, Indonesia dan Filipina masing-masing pada kadar 10%. Kadar GST di New Zealand pula ialah 7% dan Australia 10%. Di Australia barangan dan perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai termasuklah barangan makanan asasi kecuali makanan tersedia, makanan bawa-balik, snek, alkohol dan minuman ringan, perkhidmatan kesihatan, ubat-ubatan, pendidikan dan penjagaan kanak-kanak, utiliti, barangan tertentu yang dibekalkan oleh pertubuhan amal dan agama, dan barangan dan perkhidmatan yang dieksport.Situsai yang sama diharapkan di Malaysia kelak. Walaupun Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) telah menyatakan kebimbangan dengan gesaan untuk melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang disifatkan tidak sesuai untuk Malaysia dan patut ditunda bagi jangka masa yang tidak pasti namun kerajaan tetap dengan angkuh mahu juga tindas rakyat dengan GST.Selain itu. Australia juga telah menggesa kerajaan mereka untuk mengurangkan GST daripada 10 peratus kepada lima peratus untuk merangsang pertumbuhan ekonomi.Diharapkan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat akan bangun menentang dasar kejam ini demi kepentingan rakyat.Sekian Salam Reformasi.

Wednesday, November 11, 2009

Skandal Landasan Elektrik Berkembar Padang Besar - Kuala Lumpur


Walaupun rakyat masih belum mendapat gambaran jelas mengenai skandal PKFZ dan penyangak disebalik projek itu masih belum dihadapkan ke muka pengadilan, kini timbul pula isu kerugian projek landasan keretapi elektrik berkembar.Projek bernilai RM 12.485 bilion tersebut secara keseluruhan meliputi dua fasa.Fasa pertama melibatkan pembinaan landasan antara Rawang dan Ipoh.Manakala fasa kedua meilbatkan landsan sepanjang 329 kilometer iaitu antara Ipoh dan Padang Besar.Walaupun pelan pembangunan ini adalah amat berfaedah buat rakyat namun terdapat aspek negatif dalam cara bagaimana kerajaan “execute” projek ini.Difahamkan projek ini mampu menyediakan 100 00 peluang perkerjaan di lima negeri yang terlibat.Lima negeri yang terlibat adalah Perlis,Kedah,Pulau Pinang,Perak dan Selangor.Walaubagaimanapun cara bagaimana kontrak diagihkan kepada kontraktor kecil menimbulkan seribu satu persoalan.Projek mega ini dipelopori oleh MMC Corporation Bhd dan Gamuda Bhd (MMC-Gamuda) dan bagi pakej pembangunan infastruktur ianya dipertanggungjawabkan kepada DRB Hicom Berhad.


Isu yang timbul sekarang adalah bagaimana wang rakyat bernilai RM 1.43 bilion boleh lesap begitu sahaja.Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2009 kerajaan telah mengalami kerugiaan besar iaitu RM 1.43 bilion kerana tahap penyenggaraan yang terlalu rendah bagi fasa pertama projek tersebut.Untuk rekod sehingga Disember 2008, sebanyak RM 5.77 bilion telah dibelanjakan dan ia hanya meliputi fasa pertama projek.Angka ini menunjukan pertambahan sebanyak RM 1.43 daripada kos asal fasa pertama iaitu RM 4.34 billion.Jika kita melihat kembali kepada kontrak asal peruntukan asal projek RM 4.34 bilion terbahagi kepada dua pakej iaitu pakej pembangunan infastruktur dan pakej system yang telah dianugerahkan kepada dua kontraktor besar seperti yang disebut sebelum ini. Pakej yang diberikan kepada Hicom pula melibatkan empat subkontraktor. Emrail Sdn Bhd menerima kontrak bernilai RM 700 juta daripada Hicom dan untuk pengetahuan umum Emrail Sdn Bhd adalah milik Ketua Hakim Negara Tan Sri Zaki Azmi.Beliau memiliki 58% pegangan saham dalam syarikat bersebut. Laporan Audit Negara telah memdedahkan bahawa syarikat Zaki hanya menyiapkan 56.9 % projek dan merupakan antara yang paling lambat menyiapkan projek ini.Punca utama kelewatan ini didakwa adalah kerana peningkatan kos dan ia telah memaksa Hicom menuntut kos lebihan sebanyak RM 808.68 juta.Kos lebihan dituntut kerana projek ubah-suai yang dilaksanakan oleh Emral Sdn Bhd milik Zaki.Situasi ini telah mejadi pemangkin kepada kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan untuk meluluskan dana tambahan sebanyak RM 425 juta wang titik peluh rakyat pada April 2006.Akhirnya kontrak terpaksa ditamatkan oleh kerajaan dan kerja masih lagi tidak diselesaikan oleh kontraktor.Sehingga akhir 2008 dana tambahan sebanyak RM 371.78 juta turut diberikan kepada Hicom.Syarikat milik Zaki merupakan punca kenaikan kos projek dan beliau dijangka akan dipanggil oleh Jawatankuasa Kira Kira Awam (PAC) bersama-sama dengan Kementerian Pengangkutan yang berkuasa untuk meluluskan segala permohanan kontraktor serta membayar kontraktor.


Zaki sebelum menjadi hakim persekutuan pada September 2007 pernah mejadi Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan UMNO,Pengerusi Lembaga Displin UMNO serta pernah juga dilantik menjadi Panel Rayuan Displin UMNO.Ini adalah cukup untuk membuktikan bahawa Zaki sememangnya darah daging UMNO.Ini mungkin sebab kenapa beliau dinaik pangkat menjadi Presiden Mahkamah Rayuan pada 2007 dan seterusnya menjadi Ketua Hakim Negara pada 2008.Semua insiden menarik ini hanya mengambil masa yang sungguh singkat iaitu setahun.Sudah jelas wujud amalan kronisme dalam kerajaan dan walupun pelbagai laporan sudah dibuat kepada SPRM namun kerajaan sungguh kebal kerana sehingga ke hari ini tidak dapat didakwa di makhamah.Diharap SPRM akan bersikap lebih telus dan tegas dalam membuat siasatan.Sikap SPRM yang jelas memilih bulu sememangnya bertentangan dengan konsep 1Malaysia yang didukung oleh tauke besar mereka Najib.Entah-entah hanya selepas Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya satu demi satu penjenayah bertopen alim yang kita kenali sebagai BN akan disumbat ke dalam penjara.Sebelum ini mereka begitu seronok melihat orang lain meringkuk dalam penjara.Jikalau rakyat berpeluang melihat pemimpin korup UMNO/MCA/MIC dan segala komponen BN dalam penjara sudah tentu ianya merupakan juadah hari raya yang cukup enak buat semua. Sekian Salam Reformasi.

Thursday, November 5, 2009

1Malaysia F1 Team

Entah apa yang patut rakyat berkata dalam isu penubuhan pasukan formula satu Malaysia ataupun "Team 1 MALAYSIA Lotus F1".Walaupun dalam keadaan ekonomi yang begitu teruk dan situasi cemas buat seluruh dunia namun nampaknya pemimpin sombong UMNO/BN dengan begitu yakin berani melabur hampir RM 1 billion setahun bagi memuaskan diri serta kroni masing-masing.Seperti yang diketahui umum banyak pasukan-pasukan besar yang berpengkalan di negara yang jauh lebih maju dan stabil dari segi ekonomi berbanding Malaysia telah menarik diri dari terus menyertai F1.Terbaru pasukan Toyota telah mengumumkan bahawa mereka tidak akan menyertai perlumbaan pada pusingan tahun hadapan. Demikian kata akhbar Jepun, Mainichi.Pasukan Toyota mengikuti jejak langkah pasukan Honda yang lebih awal telah berhenti menyertai F1 iaitu pada Disember tahun lepas.Selain itu syarikat gergasi Jepun yang lain seperti Suzuki dan Subaru juga telah menarik diri daripada kejohanan rally dunia.Pengeluar motosikal bertaraf antarabangsa Kawasaki yang juga berasal dari Jepun pula telah menutup operasinya dalam pasukan Moto GP.Ianya disebabkan oleh satu faktor yang am iaitu situasi ekonomi yang tidak menentu..Syarikat-syarikat permotoran gergasi dunia terdesak mencari modal dengan mengambil langkah berjimat-cermat.Pasukan Toyota satu-satunya wakil Jepun dalam perlumbaan F1 terpaksa menarik diri ekoran ketiadaan pemandu dalam musim depan.Ia sekaligus menyebabkan ianya terpaksa disingkirkan daripada terus menjadi "Williams Engine Partner" pada tahun 2010.Walaubagaimanapun Toyota terlebih dahulu telah menandatangani kontrok sehingga tahun 2012 dan situasi sekarang dijangka akan mewujudkan implikasi undang-undang.Toyota terlebih dahulu telah mensasarkan "global production" untuk Mac 2010 pada kadar 7 juta berbanding 6.2 juta pada Feb dengan peningkatan sebanyak 13% .Pelaburan oleh Najib dengan konsep 1 Malaysia beliau dalam keadaan persekitaraan yang terlalu berbahaya membuktikan beliau tidak kisah apa akan terjadi kepada ekonomi Malaysia dan juga rakyat.Tindakan bodoh oleh Najib akan turut merugikan beribu-ribu peniaga serta indutri SME negara yang akan terpaksa menanggung rugi akibat tindakan kurang bijak oleh pemimpin nombor satu negara ini.Nampaknya setelah berpuluh-puluh tahun dalam politik Najib masih tidak pandai berpolitik dan mentadbir negara.Lebih baik tugasnya dipikul oleh YB Pakatan Rakyat yang jauh lebih tajam dari segi pemikiran.Konsep Kepentingan Diri Didahulukan Kebajikan Rakyat Dibelakangkan amat sesuai dengan tindakan Najib ini.Apa yang pasti pihak-pihak yang terlibat dalam projek yang membazir duit ini pasti mendapat habuan yang besar.Mesej kepada kerajaan fikirlah dengan bijak sebelum membuat apa-apa keputusan. Rakyat yang menetap dikampung pun kini boleh label anda BN sebagai BODOH.Ingatlah duit yang kamu laburkan itu bukannya duit yang anda titiskan peluh demi mendapatkannya.Ianya adalah milik rakyat yang kerja begitu keras demi memperolehinya.Janganlah gunakan seolah-olah kamu pemimpin rakus yang miliki.Apa yang anda tahu bilik sejuk,driver,jet,kapal laut sila turun padang dan lihat sendiri kesusahan rakyat dalam menjalani kehidupan seharian.Pemimpin datang dan pergi begitu juga dengan slogan masing-masing tetapi keperitaan hidup rakyat tidak kemana.Renungkan wahai manusia berakal. Sekian Salam Reformasi.

Monday, October 26, 2009

Krisis PAS


Kepentingan Diri Didahulukan Kebajikan Rakyat Kehadiran Sebagaimana yang kita sedia maklum PAS kini dilanda masalah dalaman ekoran tindakan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menlontarkan pandangan beliau agar mengadakan satu muktamar agung khas.Muktamar agung khas ini adalah penting bagi mengemudi parti PAS kepada landasan asalnya.Krisis yang timbul ekoran tindakan beberapa pemimpin yang tetap degil mahu mengadakan perbincangan dengan UMNO walaupun telah diputuskan dalam muktamar Jun lalu sememangnya telah memakan diri.UMNO nampaknya begitu sibuk dan dengan bersungguh-sungguh memberikan komen tentang isu ini.Respon paling awal oleh penyangak duit rakyat Muhyiddin Yassin dan kemudiannya diikuti oleh konco-konconya sedikit sebanyak juga telah mencalarkan imej parti dimata rakyat.Kuli upahan kerajaan melalui media masa begitu seronok meniup isu ini bagi memesongkan perhatian rakyat daripda segala kesalahan,salah guna kuasa dan tindakan keji UMNO/BN.Kerajaan agaknya sudah lupa kekotoran yang dipikul dibahu mereka yang setinggi gunung kerana terlalu asyik "berkhidmat untuk rakyat".Krisis teruk MCA yang kini berlarutan hampir 2 bulan tanpa sebarang penyelesaiaan dilupakan begitu sahaja oleh mereka.Walaupun perwakilan telah menolak pimpinan Tee Keat, namun "buaya darat" itu nampaknya tidak sanggup meletak jawatan. Tee Keat agaknya berasa berat hati untuk meninggalkan pentas politik mungkin kerana duit yang disapu dalam projek PKFZ belum masuk poketnya.Krisis satu lagi komponen BN turut dilenyapkan begitu sahaja.Segenap masyarakat india telah pun menolak penuh parti MIC namun pemimpin parti begitu degil untuk tidak mahu melakukan perubahan di dalam parti.Konsep Dibelakangkan sungguh tepat mengambarkan sikap orang-orang dalam BN.Oleh itu wajarlah bagi BN tutup mulut dan selesaikan dahulu isu-isu kronik yang sedang melanda parti-parti komponen mereka dahulu.Wahai pemimpin BN sedarlah bahawa jika keadaan sebegini terus berlarutan undi yang kamu terima dalam PRU-12 akan lenyap sama sekali dalam PRU-13.Parti PAS sememangnya jauh lebih mulia daripada BN.Walaupun pembangunan pesat dan dashyat tidak dapat dihidangkan untuk rakyat namun kebajikan orang-orang miskin terus dibela dan orang-orang PAS dan paktan secara kolektif tidak sesekali akan bertindak menjatuhkan kehormatan pemimpin lain.Segala tindakan keji akan diaturkan oleh BN dan akhirnya pihak pakatan akan dipertanggungjawabkan.Diharapkan agar mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat yang akan diadakan pada 28hb di pejabat PAS Jalan Raja Laut akan meyelesaikan segala masalah yang dialami oleh PAS.Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai pesuruhjaya Kelantan dan jemputan khas diharap akan membolehkan ahli mesyuarat mendengar sendiri penjelasan beliau berhubung cadangan beliau.Sekian Salam Reformasi.

Wednesday, September 9, 2009

Jet Pejuang TUDM Guna Teknologi Lapuk

Jet pejuang TUDM dipercayai dilengkapi tekologi lapuk yang ketinggalan 20 tahun.Jet tersebut mengunakan teknlogi lapuk Air Combat Maneuvering instrumentation (ACMI) daripada generasi P4 Rusia.Syarikat kroni kerajaan yang memenangi bidaan tersebut melalui tender terbuka Kementerian Pertahanan pada pertengahan tahun 2002 merupakan antara tiga syarikat yang membida bagi tujuan yang sama.Tender terbuka itu kemudiannya diganti pula dengan proses rundingan terus.Tindakan kerajaan melalui TUDM yang memilih menguna pakai ACMI milik Amerika menimbulkan kecurigaan dalam proses tawaran tender.Ini adalah kerana teknologi milik German adalah jauh lebih maju dan canggih malah teknologi ACMI milik German itu turut tergolong dalam generasi P5.ACMI P4 milik AS adalah tidak sesuai kerana kebanyakan jet pejuang TUDM adalah buataan Rusia.Oleh itu tindakan kerajaan membeli teknologi daipada AS adalah merupakan suatu pembaziran duit cukai rakyat jelata.Ianya hanya semata-mata bagi menyesuaikan kemampuan syarikat-syarikat kroni kerajaan.Tidak masuk akal jika orang Rusia mahu menjalinkan kerjasama denga para jurutera AS untuk mengintergrasikan sistem pesawat MIG dan juga SUKHOI.Masalah akan timbul kerana secara tidak langsung jalinan kerjasama antara Rusia dan AS akan mendedahkan "source code" jet kepada AS.Selain itu ACMI milik German adalah cukup fleksibel kerana ianya boleh dipasang pada jet buatan Rusia,AS dan juga British.Tindakan TUDM yang memilih teknologi yang lapuk malah lebih mahal berbanding sistem terkini yang ditawarkan oleh pihak German terpatut dipersoalkan dan rakyat berhak bangun menyoal. Pihak SPRM harus menyiasat perkara bagi memastikan ursan jual beli TUDM adalah bebas amalan rasuah.Ia turut penting bagi memastikan pada masa akan datang aktiviti TUDM tidak akan dipengaruhi oleh kerajaan.Sekian Salam Reformasi.

Tuesday, September 8, 2009

Nasionalis Melayu Dilupakan

Sejak kebelakangan ini isu siapakah sebenarnya pejuang bangsa melayu hangat didebatkan.UMNO dilihat antara paling awal mempermainkan isu pejuang melayu setelah Anwar dilabelkan sebagai pengkhianat melayu kerana beliau menyokong dasar keadilan untuk semua tanpa mengira bangsa,warna kulit .Sejak di alam persekolahan lagi kita dididik kononnya UMNO adalah merupakan satu-satunya parti politik di Malaysia yang memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu serta memartabatkan bangsa Melayu.Kita selaku pelajar ketika itu hanya mampu bertindak "absorb" apa sahaja yang diajarkan oleh guru semata-mata untuk kekal cemerlang dalam akademik.Ianya merupakan satu fitnah serta penipuan besar yang dilakukan oleh UMNO sehingga sanggup menukar fakta sejarah tanah melayu.Ianya dilakukan hanya semata-mata demi kepentingan politik UMNO untuk kekal berkuasa dan merompak sumber kekayaan negara.Akibat propaganda British dan UMNO ramai yang mungkin lupa peranan Kesatuaan Melayu Muda (KMM), Parti Kebangsaan Melayu Muda (PKMM) berjuang demi tanah air tatkala UMNO sungguh khusyuk dengan konsep "Hidup Melayu".KMM ditubuhkan pada tahun 1937 oleh Ibrahim Yacob dan juga Mustapha Husein bagi menentang penjajah dari era Jepun hingga British.KMM turut memainkan peranan dalam mengubal Perlembagaan Malaya Merdeka pada tahun 1945 yang dipercayai antara yang pertama di negara ini dan ia merupakan hasil usaha Mustapha Husein dan juga Dr Burhanddin Helmy.Perlembagaan Malaya Merdeka digubal sebagai persediaan bagi memperolehi kemerdekaan daripada pihak Jepun yang ketika itu mejajah Tanah Melayu dengan cukup kejam.Dalam pada itu PKMM pula terlibat dalam usaha mengusir British keluar daripada tanah air walaupun terpaksa bersaing dengan anak buah Britsh iaitu UMNO.PKMM ditubuhkan pada 17 Oktober di Ipoh tahun 1945 yang dipimpin oleh Dr Dr Burhanddin Helmy dan juga Ishak Muhammad atau lebih terkenal dengan gelaran Pak Sako.PKMM turut menubuhkan Barisan Tani Malaya (BATAS),Hizbul Muslimin,Gerakan Angkatan Muda (GERAM) serta Pembela Tanah Air (PETA) demi kepentingan rakyat jelata ketika itu.Dilabelkan sebagai parti haluan kiri dan dikhuatiri menjejaskan kuasa Britsh di tanah melayu terutamanya setelah rancangan Hartal, lantas ianya diharamkan pada tahun 1948.Kesemua parti poltik diharamkan kecuali UMNO kebal yang pada pandangan British tidak akan menganggu ideologi mereka.Maka saki baki pejuang yang tinggal kemudian mengangkat senjata menembak dari hutan dan di akhir hari dilabel sebagai pengkhianat agama dan bangsa.Bebeza dengan UMNO yang mengambil pendekatan untuk berkerjasama dengan British.Pengharaman semua parti politik kecuali UMNO melumpuhkan pergerakan parti haluan kiri dan menyebabkan UMNO menjadi parti utama yang dianggap pejuang tanah air.Padahal semangat UMNO itu sendiri dipupuk oleh KMM seta PKMM.Gerakan subversif oleh Parti Komunis Malaya (PKM) yang turut diharamkan menjadi intipati UMNO bagi mendesak British mempercepatkan proses kemerdekaan.Akhirnya British terpaksa akur dan mereka bersetuju memberikan merdeka dan pada masa yang sama kepentingan mereka terus kekal di Tanah Malaya melalui UMNO yang menjadi tali barut Brtish.British juga tidak ralat membebaskan Tanah Malaya begitu sahaja tetapi pengaruh mereka terus kekal di Malaysia sehingga ke hari ini iaitu Perlembagaan Persekutuan yang digubal oleh Lord Reid.Perlembagaan Persekutuan yang diguna pakai oleh kerajaan sekarang membuktikan bahawa UMNO masih lagi kuli British dimana situasi menang-menang buat kedua-dua pihak dimana British kekal mempunyai pengaruh keatas Malaysia manakala UMNO pula sungguh selesa merompak kekayaan tanah air sejak sekian lama.Ini adalah merupakan agenda tersembunyi UMNO disebalik slogan "Hidup Melayu".Harus dingat bahawa UMNO sudah tentu tidak dapat membawa kemerdekaan tanpa bantuan parti haluan kiri yang jauh lebih awal mencetuskan idea merdeka .Tetapi yang sedihnya parti haluan kiri sedemikian terus dilupakan begitu sahaja oleh kerajaan UMNO/BN dan untuk mereka hanya UMNO berjuang bermati-matian mendapatkan kemerdekaan tanah air.Semenjak 1957 hinggalah hari ini, berapa ramaikah tokoh-tokoh pemimpin parti politik kiri yang disebut-sebutkan pada sambutan kemerdekaan.Apa yang kita dengar adalah hanyalah pemimpin UMNO yang diangkat sebegitu tinggi martabatnya.Sekian Salam Reformasi.

Sunday, September 6, 2009

PRK N31 BAGAN PINANG

Sekali lagi negara akan berhadapan dengan Pilhanraya Kecil dan ia adalah merupakan yang ke-9, cuma bezanya kali ini adalah ia di kawasan yang dipegang oleh UMNO/BN.Hiburan sudah cukup pasti akan terhidang buat rakyat Malaysia kerana kerajaan BN tentu akan melancarkan pelbagai propaganda jahat terhadap calon yang menentang mereka kelak hari.Dalam pilihanraya umum lalu, DUN Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi yang 66 peratus Melayu, Cina (10.5%), India (19.9%) dan lain-lain (3.5%).SPR dijangkakan akan mengadakan pilihanraya kecil dalam tempoh masa 60 hari. Bagan Pinang merupakan kawasan DUN dalam Parlimen Telok Kemang (P 132). Empat lagi DUN dalam parlimen tersebut ialah Chuah, Lukut, Linggi dan Port Dickson.Dalam pilihanraya umum lalu, Parlimen Telok Kemang dimenangi oleh calon PKR, Datuk Kamarul Baharin Abbas.Manakala DUN Chuah pula dimenangi oleh PKR, Lukut (DAP), Linggi (BN) dan Port Dickson (PKR).Dalam Pilhanraya Kecil kali ini para pengundi melayu akan menjadi faktor penentu, ini kerana undi masyarakat cina dan india adalah sudah pasti untuk calon pakatan rakyat.Setelah isu Teoh dan isu kuil di Shah Alam, rata-rata masyarakat cina dan india cukup terganggu tentang hala tuju kerajaan BN.Walaubagaimanapun kemugkinan besar undi daripada orang india akan merosot sedikit kerana isu Kampung Buah Pala yang dimainkan oleh BN atas arahan Najib dan turut disokong oleh Hindraf yang sejak kebelakangan ini bertindak mengampu kerajaan pimpinan Najib.Ianya gara-gara pembebasan tahanan ISA Hindraf .Wahai saudara india janganlah anda terpengaruh dengan segala tindak-tanduk kerajaan. Walaupun Najib bertindak membebaskan tahanan ISA, jangan lupa bahawa beliau boleh sumbat balik sesiapa sahaja yang beliau rasakan mengganggu "drama" arahan beliau pada bila-bila masa.

Setiap undi kepada Pakatan Rakyat akan memastikan hala tuju negara kearah demokrasi yang lebih subur.Cuba lihat di Selangor, isu arak yang sudah sekian lama bertapak di negeri tersebut tidak dihiraukan langsung, namun apabila pakatan memerintah, BN cuba gambarkan bahawa kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang menghadapi pelbagai masalah dan gagal menangani sesuatu isu yang berlaku.Mereka menuduh bahawa kononnya kewibawaan kerajaan pakatan mula dipersoalkan rakyat melalui media propaganda mereka seperti tv tiga suku dan RTM, kekusutan pemerintah yang tinggi mengunung pula disembunyikan begitu sahaja.Pada hakikat hanya segelintir orang yang sudah termakan dengan hasutan dan duit yang ditaburkan oleh BN yang cuba bangun menentang isu arak atau segala isu lain yang timbul.Selama berpuluh tahun arak bertapak di Selangor,tidak ada seorang pun anak jantan yang bangun bersuara menentangnya, namun kini ada pulak yang bersuara lantang menuduh kerajaan paktan bertanggungjawab halalkan arak di Selangor. Dari mana agaknya timbul sifat lelaki mereka ini, sungguh mengelikan hati. Berkenaan isu kuil di Shah Alam, Khir mendakwa kerajaan beliau membelanjakan hampir RM 1 juta bagi membantu memindahkan kuil tersebut namun di kemudian hari tiada penyelesian.Beliau sepatutnya berasa cukup malu,setelah begitu banyak duit cukai rakyat dihabiskan namun masalah itu tidak dapat diselesaikan.Tindakan demontrasi mengarak kepala lembu sehingga ke hari ini tidak dipandang serius oleh kerajaan bahkan disokong pulak.Dimanakah demokrasi yang didokong oleh BN sejak sekian lama ?

Oleh itu para pengundi di Bagan Pinang harus berfikir mendalam tanpa terpengaruh dengan propaganda kerajaan kerana segala isu yang timbul adalah hasil reka cipta kerajaan itu sendiri.Berikan mandat kepada pakatan dan biarkan pakatan melaksanakan agenda serta idealogi politik pakatan iaitu keadilan untuk semua tidak kira warna kulit dan latar belakang.Akir kata marilah kita rakyat Malaysia bejuang bersama-sama menegakkan amalan demokrasi tanpa menghiraukan pegangan bangsa dan kaum demi kestabilan politik dan ekonomi negara yang lebih mantap.Membentuk Malaysia baru dimana melayu,cina dan india adalah bangsa MALAYSIA dan berjuang mempertahankan MALAYSIA daripada anasir-anasir jahat, tanpa mengabaikan prinsip agama masing-masing.Sekian Salam Reformasi.

Thursday, September 3, 2009

SPR Boneka KERAJAAN

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak mengambil keputusan kerusi Dun Kota Seputeh masih dipegang oleh wakil BN/UMNO iaitu Datuk Abu Hassan Sarif.Ianya diumumkan sendiri oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan tindakan oleh SPR ini sedikit mengelirukan kerana Perkara 51, Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah menyebut "Bahawa ketidadaan hadir dalam dua mesyuarat berturut-turut membolehkan kerusi yang disandang dikosongkan".Datuk Abu Hassan Sarif dilaporkan tidak menghadiri persidangan DUN Kedah sebanyak 2 kali berturut-turut iaitu pada 9 April dan 9 Ogos lalu tanpa memaklumkan kepada speaker iaitu Datuk Dr Abdul Isa Ismail terlebih dahulu.Namun pengerusi SPR memberi penjelasan bahawa surat cuti sakit yang dikemukakan oleh adun tersebut menjadi bahan bukti kepada SPR bagi mengekalkan kerusi terbabit dan agensi tersebut berpendapat bahawa tidak perlu diadakan pilihan raya semula.Keputusan sebegini jelas menunjukan campur tangan SPR dalam pentaksiran undang-undang tubuh negeri Kedah.Seperti mana yang terjadi di DUN Perak, kerajaan BN melalui agennya cuba mengunakan kembali rentak permainan mereka di Kedah pulak.Wahai pemimpin BN cukuplah dengan sandiwara bodoh kamu dan sedarlah bahawa rakyat Malaysia tidak akan sesekali membiarkan kamu sewenang-wenangnya mengeksplotasi undang-undang negara ini sebagaimana kamu lakukan selama 52 tahun yang lalu.Rakyat pasti akan bangun menentang segala anasir jahat pemerintah.Selepas SPRM, SPR pula bertindak melebihi peruntukan undang-undang yang didokong kerajaan yang mengamalkan dasar telus dan amanah dan menyokong konsep 1MALAYSIA.Tetapi apabila orang mereka(BN) dikenakan tindakan,pihak kerajaan tidak mahu pula mengamalkan dasar-dasar tersebut.Sudah hilang akal fikiran agaknya mereka ini kerana terlalu asyik mahu mempertahankan kuasa selaku pemerintah sehingga sanggup mahu manipulasi keputusan pihak SPR.Tindakan SPR mengekalkan DUN Kota Seputeh dibawah wakil rakyat sedia ada mencerminkan seseorang wakil rakyat itu boleh memperlekehkan Undang-Undang Tubuh Negeri.Surat cuti sakit yang dikemukakan oleh Datuk Abu Hassan Sarif patut diteliti dengan mendalam oleh pihak SPR sebelum bertindak sedemikian rupa.Entah-entah surat tersebut adalah palsu,.maklumlah orang-orang BN memang cukup terkenal melakukan kesalahan dan pandai memboloskan diri daripada undang-undang.Akhir kata SPR wajar menyemak semula keputusan mereka berhubung isu DUN Kota Seputeh.Sekian Salam Reformasi.

Monday, August 31, 2009

Parti Pembangkang Menang Besar Di Jepun

Parti pembangkang Jepun, Parti Demokratik (DPJ) mencatat kemenangan besar pada pilihan raya umum negara tersebut, menewaskan parti pemerintah Parti Liberal Demokratik (LDP) pimpinan Taro Aso.Ia merupakan satu catatan sejarah dalam politik Jepun dalam tempoh lebih separuh abad.Mengikut tinjauan yang dijalankan oleh TV Asahi, sebaik-baik pengundian tamat, DPJ dijangka memenangi 315 kerusi daripada 480 kerusi di Dewan Rendah, manakala Tokyo Broadcasting System pula melaporkan parti pembangkang berhaluan tengah-kiri itu me memenangi 321 kerusi.Badan penyiaran awam, NHK pula meramalkan DPJ akan memenangi antara 298 dan 329 kerusi, berbanding antara 84 hingga 131 kerusi oleh parti konservatif LDP pimpinan Perdana Menteri Taro Aso, 68 tahun.Nippon Television pula menyatakan DPJ memenangi 324 kerusi berbanding LDP sebanyak 96 kerusi.Ianya merupakan kemenangan besar dan pilihan raya yang dramatik.LDP telah memerintah Jepun sejak 1955 kecuali 'berehat sekejap' selama 10-bulan pada 1993-1994, mempunyai 303 kerusi di Parlimen berbanding DPJ sebanyak 112 kerusi sebelum Parlimen dibubarkan pada bulan Julai lalu.DPJ yang diketuai Yukio Hatoyama, 62, dijangka akan menubuhkan Kabinet baru, dalam masa beberapa minggu lagi. Kemenangan besar ini akan memudahkan debat berhubung polisi di Parlimen, yang sebelum ini menghadapi kebuntuan berikutan kejayaan DPJ dan sekutunya menguasai Dewan Tinggi pada 2007.Parti pemerintah (LDP) telah mengkhianati rakyat sejak empat tahun lalu, menyebabkan ekonomi semakin parah, hutang awam meningkat melebihi enam trilion yen (RM225 bilion), pembaziran, merosakkan jaringan keselamatan sosial dan menjarakkan lagi jurang antara golongan miskin dan kaya,demikian menurut kenyataan DPJ ketika proses pengundian bermula. Pegawai pilihanraya Jepun berkata, jumlah pengundi yang keluar mengundi adalah tinggi, walaupun diramalkan taufan menghampiri Jepun dan ianya menunjukkan rakyat Jepun sangat berminat dalam pilihan raya kali ini.Sementara itu, bekas perdana menteri Taro Aso berkata, dia akan meletak jawatan sebagai Presiden LDP dalam masa yang terdekat.Senario yang sama diramalkan akan berlaku di Malaysia dalam PRU-13 yang akan diadakan dalam masa 2 tahun lagi.Momentum sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat makin hari makin meningkat.Ianya tidak dapat dinafikan oleh kerajaan yang cuba memesongkan pemikiran rakyat dengan membuat pelbagai tuduhan serta asakan melalui "agen-agen" mereka.Contohnya isu arak di Selangor,Kampung Buah Pala di Pulau Pinang dan isu babi di Kedah.Namun pada masa ini tahap kesedaran politik rakyat adalah amat tinggi dan ternyata sokongan tak berbelah bagi kepada Pakatan setelah BN/UMNO kalah dalam 7 pilhanraya kecil selepas PRU-12.Kerajaan BN makin rapuh di peringkat nasional dan para pemimpin BN berusaha kuat untuk kekal berada dalam kuasa.Tetapi kuasa rakyat sebagaimana yang ditunjukan dalam PRU-12 akan menang jua akhirnya.Sekian Salam Reformasi.

Sunday, August 30, 2009

RM100 Juta Saham Untuk Golongan Miskin

Datuk Seri Najib Razak mengumumkan peruntukan kerajaan sebanyak RM100 juta dalam bentuk saham amanah bagi membantu golongan miskin di bandar.Perdana Menteri berkata kerajaan kini sedang mengumpul maklumat mengenai mereka yang miskin tegar dan relatif di bandar bagi menentukan bilangan yang layak menerima bantuan itu.Ujarnya bantuan akan diberikan secara percuma kepada golongan miskin supaya dapat menambah pendapatan mereka terutamanya mereka yang miskin tegar sekiranya maklumat dapat dikumpulkan.Najib berkata Kementerian Wilayah Persekutuan telah juga menawarkan penjualan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Kuala Lumpur kepada warga kota yang miskin dan akan mula dijual pada 10 Oktaber ini.Beliau berkata tawaran penjualan rumah itu merupakan sesuatu yang amat ditunggu-tunggu oleh mereka yang berkenaan dan ia sekaligus membuktikan perjuangan berterusan kerajaan bagi membantu golongan miskin di bandar raya.Perdana Menteri berkata masalah kemiskinan tidak harus dikaitkan dengan kawasan luar bandar sahaja kerana masalah itu turut dihadapi di kawasan bandar..Sebelum ini, Menteri Wilayah Persekutuan Raja Nong Chik dilaporkan berkata pendapatan isi rumah yang dikategorikan sebagai miskin ialah RM2,500 sebulan.Najib menegaskan bahawa usaha untuk memerangi kemiskinan akan terus diperjuangkan kerajaan BN.Diharapkan dana tersebut benar-benar akan sampai pada rakyat dan bukannya masuk ke dalam poket pemimpin-pemimpin kerajaan.Sekian Salam Reformasi.

Friday, August 28, 2009

Perlantikan Idris Jala Pembaziran Duit Rakyat


Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan Malaysia (MAS), Datuk Idris Jala telah dilantik sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri.Beliau ditugaskan menyelia pelaksanaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan akan melaporkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.Idris juga dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Unit Penyampaian dan Prestasi Pengurusan (PEMANDU).Perlantikan Idris diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.Dr Koh akan meneruskan tugas merangka dan melaksanakan keseluruhan dasar dan strategi berhubung pengurusan prestasi dan pembaharuan organisasi dengan fokus khusus kepada N-KRA. Beliau juga akan mempengerusikan lembaga PEMANDU yang turut dianggotai Ketua Setiausaha Negara dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.Idris pula akan berkongsi kepakaran dan pengalamannya ketika berkhidmat di Shell dan MAS dan merangsang pelaksanaan pengurusan prestasi di peringkat kerajaan persekutuan.Beliau juga akan memegang jawatan timbalan pengerusi lembaga PEMANDU.Untuk rekod Idris dilantik sebagai pengarah urusan dan CEO MAS pada Disember 2005 selepas syarikat penerbangan itu mengalami kerugian terbesar dalam sejarah korporatnya.Sebelum menerajui MAS, Idris berkhidmat selama 23 tahun di Shell.Antara tahun 2002-2005, Idris memegang jawatan Pengarah Urusan Shell MDS (Malaysia) dan Naib Presiden Shell Malaysia GAS& Power (Malaysia). Idris juga pernah berkhidmat dengan Shell International di London dan Shell Sri Lanka.Idris merupakan lulusan Universiti Sains Malaysia (USM) dan ijazah sarjana dari Universiti Warwick, United Kingdom.Namun adakah perlantikan Idris wajar buat masa ini kerana kerajaan terpaksa "melabur" duit ringgit bagi mendapatkan khidmat Idris.Apa yang perlu diberikan perhatian adalah duit cukai rakyat yang sebenarnya dilaburkan oleh kerajaan bagi membayar gaji elaun serta intensif Idris.Penlantikan Idris adalah merupakan pembaziran sebanyak RM 1.7 juta srtahun, kos ini meliputi gaji pokok sebanyak RM 18000 sebulan berserta pelbagai elaun yang boleh mencecah RM55650.Kos pokok ini juga tidak termasuk kemudahan cuti di luar negara dan intensif sambutan rumah terbuka Adilfitri yang dianggarkan sebanyak RM 400000.Amboi ikut sedap hati sahaja kerajaan melantik kakitangan awam.Walau apa sekali pun kerajaan buat bagi menyelia pelaksanaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sudah tentu "outputnya" adalah sudah tentu cukup memberangsangkan iaitu kerajaan BN adalah paling cekap dan efisen di dunia ini dan rakyat yang mereka memperbodohkan selama 52 tahun sedar tentang itu..Oleh itu tidak perlulah melantik pegawai khusus bagi KPI dan membelanjakan jutaan ringgit bagi tujuan tersebut.Lebih baik duit tersebut digunakan untuk manfaat rakyat.Terdapat banyak lagi kampung yang memerlukan perhatian serius kerajaan.Najib sekali lagi telah melakukan kerja bodoh dengan melantik Idris.Sekian Salam Reformasi.

Thursday, August 27, 2009

Permatang Pasir Jadi Momentum Perubahan PRU 13

Pakatan Rakyat berkeyakinan kemenangan bergaya calon PAS iaitu Mohd Salleh Man di Dun Permatang Pasir dengan 4,551 majoriti mengalahkan calon Umno, Rohaizat Othman akan memperkukuhkan momentum untuk mengambil alih kerajaan persekutuan dalam pilihanraya umum ke-13 kelak.Berdasarkan statistik jumlah mata di "score-board" adalah 7 berbalas 1, dimana BN hanya menang sekali di DUN Batang Ai dan menemui kekalahan disemua pilihanraya kecil yang lain termasuk yang terbaru di Permatang Pasir.Naib Presiden PAS yang juga pengarah pilihanraya kecil ini, Datuk Mahfuz Omar, menganggap Umno semakin sukar memadamkan momentum perubahan rakyat bersama Pakatan sejak pilihanraya umum 8 Mac tahun lalu.Bagi beliau, Umno tidak boleh lagi mendakwa bahawa kemenangan sama dengan kemenangan mereka (BN) di Manik Urai, kononnya telah berjaya mengurangkan majoriti sehingga 65 undi di Manek Urai.Kemenangan berterusan Pakatan Rakyat ini boleh menjadi 'gelombang perubahan' yang besar di Dun Seputeh kelak, jika berlaku pilihanraya kecil mahupun nasional.Daripada 14,832 atau 73.1% pengundi yang turun mengundi, Salleh memperoleh 9,618 undi, manakala Rohaizat mendapat 5,067 undi.Pada Mac tahun lalu, bekas penyandang Allahyarham Dato' Mohd Hamdan Abdul Rahman mendapat 5433 undi majoriti; dari 20,350 atau 82.5% undi keseluruhannya.Disebabkan peratusan turun mengundi berkurang sebanyak 9.4% dari piliharaya sebelumnya, bermakna undi tradisi PAS dan Umno juga masing-masing turut menyusut sebanyak 12.6% (1386 undi) dan 9.5% (504 undi).Kejayaan bermakna bagi PAS/Pakatan adalah berjaya mengekalkan status quo mereka di kubu kuat PAS tersebut.Manakala, Umno tidak boleh lagi menjadikan pilihanraya kali ini sama seperti Manek Urai,dimana BN mendakwa rakyat mula menerima mereka dan menolak Pakatan Rakyat lagi.Selain kalah di Dun Permatang Pasir,BN pernah kalah berterusan di Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang; dan Dun Bukit Selambau serta Penanti sebelum ini.Walaubagaimanapun takala asyik merasai "aura" kemenangan Pakatan Rakyat tidak harus leka dan perlu berkerja kuat dan terus maju ke depan bersama-sama dengan rakyat demi mengekalkan momentum sokongan padu rakyat kepada Pakatan Rakyat hingga ke PRU-13 dan dengan izin Tuhan Putrajaya sudah pasti dalam gengaman Pakatan Rakyat.Akhir kata tahniah sekali lagi kepada Salleh Man dan diharap perlantikan beliau sebagai Yang Di-Pertua MAIPP dapat memantapkan lagi kerajaan pakatan di Pulau Pinang dan diharap beliau dapat memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.Sekian Salam Reformasi

Isu Royalti Minyak Perbincangan Dua Hala Antara Kelantan Dan Pusat

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan akan membuat perbincangan dua hala antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Kelantan berhubung dengan tuntutan royalti minyak Kelantan.Perkara ini dinyatakan beliau dalam Mesyuarat Majlis Kewangan Negara semalam yang turut dihadiri oleh wakil-wakil kerajaan negeri.Perkara ini disahkan oleh Datuk Husam Musa hari ini.Husam berkata, PM berjanji akan mengadakan mesyuarat dua hala ini selepas beberapa perkara teknikal mengenai tuntutan ini selesai dikaji.Husam, Exco kerajaan negeri Kelantan, telah mewakili kerajaan negeri Kelantan dalam mesyuarat berkenaan yang diadakan semalam.Sebelum ini, Nik Aziz ada menghantar surat kepada Perdana Menteri dan Petronas menuntut royalti minyak sebanyak RM1 bilion untuk kerajaan negeri Kelantan.Ini berdasarkan aktiviti carigali minyak yang dibuat oleh Petronas di perairan negeri Kelantan.Ekoran itu, bekas Pengerusi Petronas yang menandatangani perjanjian dengan kerajaan-kerajaan negeri termasuk Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah menyokong tuntutan itu.Ini turut disokong oleh Datuk Zaid Ibrahim, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang juga defacto Menteri Undang-undang.Baru-baru ini, Husam telah menguruskan satu ekspedisi mengenalpasti kedudukan pelantar minyak itu. 60 peserta dari pelbagai pihak termasuk media menyertai ekspedisi tersebut dan hasilnya, mereka mengesahkan pelantar ini berada di perairan Kelantan iaitu kira-kira 153 km daripada pantai Kelantan.Semasa melawat Kelantan baru-baru ini, Najib berkata, tuntutan Kelantan mengenai royalti minyak sedang dikaji.Sekian Salam Reformasi.

SPR Wajar Kaji Semula Hari Mengundi

Suruhanjaya Pilihanraya(SPR) wajar mengambil pengajaran dan mengkaji semula pemilihan hari mengundi pada hari bekerja berikutan kemerosotan peratus keluar mengundi pada pilihanraya kecil DUN N11 Permatang Pasir.Kesannya telah mengakibatkan kesukaran mereka yang bekerja untuk pulang membuang undi dan sekaligus menyumbang kepada kemerosotan peratusan rakyat yang keluar mengundi di Permatang Pasir.Jumlah keluar mengundi merosot hampir 10 peratus kali ini kepada 73.1 peratus berbanding 82.6 peratus pada Mac 2008.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam mengumumkan, calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, menewaskan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi.Majoriti yang diraih Salleh 4,551, kurang 882 dari majoriti yang diperoleh Bekas ADUN Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman yang mendapat majoriti 5,433 undi.Ini merupakan kemenangan PAS buat kali ketiga di kerusi itu sejak pilihan raya umum 1999

Tuesday, August 25, 2009

7 BERBALAS 1



Perak BN Speaker Filed Notice After Deadline

The Bar Council has clarified that Perak Speaker Datuk R Ganesan had only filed a notice of cessation of practice as a lawyer on August 17, ten days after a statutory deadline for him to do so expired.A letter to the Bar Council which was received on August 17 was however dated August 6.The actual “Notice of Cessation of Practice as an Advocate and Solicitor” was only field on August 17, as was an accompanying statutory declaration.Last week, former mentri besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin revealed that the former Sungkai assemblyman had infringed Article 36A of the Perak Constitution by failing to relinquish his job as a lawyer within three months of his appointment.Bar Council secretary George Varughese said in a statement today the Bar Council had acknowledged receipt of Ganesan’s letter dated August 6.But he pointed out that the “Notice of Cessation” was dated August 17.In the statement, Varughese said Ganesan had faxed a letter to the Bar Council on August 13, six days after the deadline expired, claiming that he had ceased being a lawyer on August 6.But the notice of cessation remained dated August 17, ten days after the legal deadline.The Bar Council statement appears to back Perak PR lawmakers in their argument that Ganesan had breached the state constitution and could no longer be Speaker.In a joint media statement today, Perak PR lawmakers said that while they still maintain Ganesan had not been properly elected Speaker on May 7, he should be disqualified now even if his appointment was accepted.“We all know that Dato’ R. Ganesan was never properly elected as the Speaker of the Perak State Legislative Assembly at the sitting on 7/5/2009 where the lawful and legitimate Speaker YB V. Sivakumar was illegally and forcibly removed from the State Assembly.“The purported election of Dato’ R. Ganesan by the BN elected representatives holding a sub-assembly within the Assembly was carried out before the opening of the session of the Legislative Assembly i.e before the opening speech of his Royal Highness the Regent of Perak.As such the PR lawmakers said Sivakumar should still be recognised as the legitimate Perak state Speaker.

Tuesday, August 18, 2009

DAP Berkuasa Sepenuhnya Di Selangor?

Apabila berlakunya peristiwa berhubung pengawalan penjualan arak di Selangor, yang bermula di Shah Alam, tiba-tiba UMNO/BN cuba menonjolkan diri mereka sebagai juara Islam! Pelik bin Ajaib, bukankah mereka yang memerintah selama 52 tahun sebelum naiknya PR? Mungkin mereka terlupa. Melayu UMNO sememangnya mudah lupa.Semasa BN memerintah, penduduk Seksyen 8 Shah Alam sudah pun meminta supaya kedai 7-Eleven di tempat mereka tidak menjual minuman keras. Jawapan UMNO ialah menguncikan Surau Seksyen 8 kerana penduduk Seksyen 8 dianggap ‘melampau’. Walaupun hubungan kedua peristiwa ini tidaklah begitu ‘direct’, tetapi lebih kurang begitulah ceritanya. Kisah ini pun mungkin mereka lupa kerana Melayu UMNO mudah lupa.Sekarang UMNO yang sama ini ingin mengherdik DAP dan memomokkan rakyat dengan ‘ancaman’ kekuasaan DAP. Ada yang sampai berkata, “tunggulah apabila DAP berkuasa sepenuhnya, mereka akan tunjuk belang mereka dan menindas ummat Islam!” Hmmm, setahu saya, UMNO/BN yang menindas ummat Islam selama ini. Melalui ISAnya. Melalui pemecatan Mufti dan Pegawai Masjid yang tidak akur kepada kehendaknya. Melalui penarikan balik bantuan per kapita kepada sekolah agama rakyat dan sebagainya. Mungkin ini pun mereka lupa juga.UMNO ingin memomokkan DAP di kalangan orang Melayu, sepertimana memomokkan PAS di kalangan masyarakat Cina dan India. Namun sebenarnya, tidak mungkin DAP berkuasa ‘sepenuhnya’ di Selangor. Walaupun boleh dipertikaikan kenyataan UMNO/BN ini, tetapi cuba kita andaikan sahaja, untuk memuaskan hati mereka. Hakikatnya jika diteliti, DAP tidak mungkin berkuasa ‘sepenuhnya’ di Selangor kerana bagaimana mungkin mereka berkuasa ‘sepenuhnya’ sekiranya mereka hanya bertanding 16 dari 56 kerusi sahaja?Inilah akibat mengajar Metamatik dalam bahasa Inggeris. Orang UMNO sudah tidak pandai mengira! Kalau ingin berkuasa ‘sepenuhnya’, maka sepatutnya DAP bertanding untuk mendapatkan majoriti 2/3 yang bersamaan dengan 38 kerusi. Barulah mampu berkuasa ‘sepenuhnya’.Kalau ingin berkuasa dengan majoriti mudah sekalipun, DAP akan memerlukan 29 kerusi. Adakah mungkin memenangi 29 kerusi sekiranya hanya bertanding 16? Atau apakah mungkin orang UMNO anggap kerusi DUN ini boleh beranak-pinak? Itulah sebabnya kita perlukan ‘Pakatan’. Bukan PAS sahaja, UMNO pun perlukan pakatan dengan MCA dan MIC serta Gerakan. Namun sekarang ini MCA, MIC dan Gerakan tidak lagi mampu mendapat sokongan bukan Melayu. Oleh itu UMNO membawa mesej Melayu ekstrim kerana mereka menyedari bukan Melayu tidak akan lagi mengundi mereka, walau sekerap manapun Najib berulang ke Batu Caves.Kasihan melihat gelagat UMNO. Ini tak kena, itu tak kena. Akhirnya, seperti biasa kembali menipu dan memomokkan rakyat dengan ketakutan terhadap DAP dan PAS. Inilah akibatnya apabila sudah kehabisan modal.

Monday, August 17, 2009

Suruhanjaya Diraja atau 'Sarkas Diraja'

Apabila ditanya wartawan adakah beliau didesak untuk mengadakan Suruhanjaya Diraja (SR) bagi menyiasat punca kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock, Dato' Seri Mohd Najib Razak menafikannya.Beliau menjawab persetujuan menubuhkan Suruhanjaya Diraja itu adalah kerana ingin mencari kebenaran.Betulkah Najib berminat ingin mencari kebenaran? Apabila beliau dan kabinet bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Diraja nampak pada zahirnya beliau seolah-oleh serius ingin mencari kebenaran. Namun apabila skop Suruhanjaya Diraja itu hanya dihadkan untuk menyiasat teknik penyiasatan yang diguna pakai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), jelaslah bahawa Najib bukan berminat mencari kebenaran. Apa yang jelas ialah Najib ingin 'mengkebumikan kebenaran'.Najib melalui Abdul Ghani Patail terdesak mencari lubang dan alasan bagi menjustifikasikan tindakan beliau yang mengehadkan terma rujukan Suruhanjaya Diraja hanya kepada menyiasat cara atau kaedah penyiasatan yang digunakan oleh SPRM.Najib menyatakan bahawa beliau terikat dengan undang-undang. Beliau telah dinasihati oleh Ghani Patail bahawa sebab kematian Teoh Beng Hock perlu ditentukan oleh satu inkues di bawah seksyen 339(1) Kanun Prosedur Jenayah (KPJ).

Di bawah seksyen 339(1) KPJ, Peguam Negara mempunyai kuasa untuk mengarahkan Majistret untuk mengadakan siasatan di atas kematian seseorang.Ghani berhujah bahawa KPJ adalah undang-undang khusus yang mempunyai peruntukan mengenai satu siasatan bagi kes-kes kematian. Oleh itu, hujah Ghani inkues adalah mandatori bagi menentukan sebab-sebab kematian Teoh Beng Hock dan bukannya Suruhanjaya Diraja yang menjalankan tugas atau peranan tersebut. Ghani menambah jika Suruhanjaya Diraja juga menjalankan tugas menyiasat sebab kematian mendiang Teoh maka ia akan menjalankan tugas yang bertindih dengan tugas Mahkamah.Ghani juga berhujah bahawa orang awam tidak patut keliru peranan Suruhanjaya Diraja yang ditubuhkan oleh Kerajaan dengan inkues yang diwujudkan di bawah KPJ. Beliau berhujah bahawa Seksyen 2 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Commissions of Enquiry Act 1950) secara jelas merujuk kepada penyiasatan berkenaan tindakan dan pengurusan kakitangan awam iaitu Seksyen 2(1)(a) dan Jabatan Kerajaan (2(1)(b).Oleh itu Ghani menambah peranan Suruhanjaya Diraja tidak boleh diluaskan bagi menyiasat kes kematian kes Teoh Beng Hock kerana siasatan oleh pihak Majistret adalah lebih betul dan disokong oleh undang-undang.Ghani berkata adalah tepat peranan Suruhanjaya Diraja hanya dihadkan kepada menyiasat teknik penyiasatan yang digunapakai oleh SPRM.Namun ianya tidak benar sama sekali dan ternyata Ghani cuba meipu rakyat jelata.Pertamanya mari kita lihat hujah beliau bahawa inkues adalah mandatori bagi menyiasat kes-kes kematian seperti kes Teoh Beng Hock.Jika rakyat menerima hujah tersebut, rakyat berhak bertanya mengapakah sehingga kini beliau sebagai Peguam Negara tidak melaksanakan tugas dan peranannya di bawah Seksyen 339(1) KPJ bagi mengarahkan satu inkues diadakan bagi menyiasat kes A. Kugan yang mati di dalam tahanan polis iaitu di Balai Polis Taipan, Subang Jaya pada 20 Disember 2008.Mengapakah tiada inkues dibuat di dalam kes Memali? Kes A. Kugan menimbulkan dua pertanyaaan yang sehingga kini masih gagal dijawab oleh Kerajaan.Pertamanya sebab�sebab kematian beliau di dalam tahanan polis. Kenapakah, mengguna pakai hujah Ghani, inkues tidak dibuat bagi menyiasat hal tersebut.Keduanya kes A. Kugan juga menimbulkan isu teknik penyiasatan pihak polis. Mengapakah Ghani sebagai Penasihat Undang-undang Kerajaan tidak menasihati ditubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat teknik penyiasatan yang diguna pakai oleh pihak polis?

Ghani turut berhujah bahawa Suruhanjaya Diraja tidak boleh ditugaskan untuk menyiasat sebab-sebab kematian Teoh kerana ia di bawah Seksyen 2 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950. Penyiasatan Suruhanjaya Diraja hanya dihadkan berkenaan tindakan dan pengurusan kakitangan awam dan jabatan Kerajaan sahaja.Di sini jelas Ghani berbohong dan sengaja tidak membaca seksyen 2 secara keseluruhan. Atas sebab yang hanya Ghani tahu, beliau hanya membaca Seksyen 2(1)(a) dan (b) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 dan dengan sengaja meninggalkan seksyen 2(1)(d) Akta yang sama.Seksyen 2(1)(a) menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh mengarahkan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat tindakan pegawai-pegawai Persekutuan dan Seksyen 2(1)(b) pula bagi menyiasat tindakan dan pengurusan jabatan Kerajaan yang menjalankan tugas-tugas awam.

Apakah pula yang dikatakan oleh Seksyen 2(1)(d) Akta tersebut?Seksyen tersebut menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh mengarahkan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat lain-lain perkara yang menurut perkiraan baginda dimana perkara-perkara itu melibatkan "public welfare".Jelas Seksyen 2(1)(d) memberi suatu kuasa yang amat luas kepada Suruhanjaya Diraja yang mana kuasa tersebut adalah merangkumi tujuan kemaslahatan awam menyiasat sebab-sebab kematian Teoh Beng Hock.Di negara-negara Komanwel lain seperti Australia yang turut menjadi rujukan khalayak perundangan Malaysia, adalah menjadi perkara biasa siasatan dilakukan oleh Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat sebab-sebab kematian seseorang khususnya kematian misteri.Mengenai hujah Ghani jika Suruhanjaya Diraja diberikan tugas menyiasat kematian Teoh akan berlaku pertindihan tugas, jawapan pada hujah mengarut itu boleh dijelaskan sebegini: Jika Ghani atau Najib tidak mahu pertindihan tugas cukuplah diberi kuasa kepada Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kedua-dua perkara iaitu teknik siasatan SPRM dan sebab-sebab kematian Teoh. Tidak perlu inkues kerana ia akan bertindih tugas dengan Suruhanjaya Diraja dan membazirkan wang rakyat!Mengapa rakyat mahukan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kematian Teoh? Jawapannya kuasa Suruhanjaya Diraja adalah lebih luas dari kuasa seorang Majistret di dalam siasatan inkues.Suruhanjaya Diraja sebagai contoh boleh memanggil mana-mana orang dan juga boleh menerima apa-apa keterangan termasuk keterangan yang sekiranya dikemukakan di Mahkamah akan ditolak (lihat seksyen 8(f) Akta tersebut).Suruhanjaya Diraja yang ditubuhkan sekadar menyiasat teknik penyiasatan SPRM adalah Suruhanjaya Diraja yang ditubuhkan untuk tujuan hiburan semata-mata.Adakah Najib inginkan Suruhanjaya Diraja atau 'Sarkas Diraja'? Kalau 'Sarkas Diraja' Najib dan Ghani layak menjadi boneka mainanya.Sekian Salam Reformasi.

PROJEK MEGA MALAYSA JET PEJUANG codename "M-R2D2-X"

Pusat judi, hiburan halal kerana lesen ?

Nampaknya bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohd Khir Toyo begitu serius bercakap tentang pusat judi, hiburan dan spa yang dikatakan haram berjumlah 4000 buah seluruh negeri Selangor.Tahniah saya ucapkan kepada bekas Menteri Besar Umno-BN di Selangor tersebut kerana sensitif dengan isu pusat judi, hiburan dan spa haram sejak akhir-akhir ini.Persoalannya ialah, adakah Khir Toyo melihat isu halal dan haram hanya di dalam konteks lesen semata-mata, sekali gus membelakangkan dari aspek hukum agama Islam yang menjadi pegangannya.Jika itulah yang menjadi prinsip dan pegangannya dalam menentukan status halal dan haram pusat judi, hiburan dan spa haram.Bagi saya, memberi lesen pusat judi, hiburan dan spa tetap haram, malah ia dua kali haram dari yang tidak berlesen. Ini yang sepatutnya yang Khir Toyo kena sedar. Sekadar mahu mempolitikan isu pusat judi, hiburan dan spa tidak berlesen (haram) olehnya adalah berkepentingan politik yang keliru dan mengelirukan kepada dirinya sendiri.Sebaliknya, kewujudan pusat judi, hiburan dan spa tidak berlesen tersebut lebih baik berbanding yang berlesen kerana ia adalah salah satu cara pencegahan ataupun kawalan yang boleh dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor secara diplomasi dan bijaksana. Ia tidak seperti Khir Toyo yang cuba menghalalkan pusat judi, hiburan dan spa melalui pemberian lesen kepada permohonan.Sebagai umat Islam, Khir Toyo harus faham bahawa samada pusat judi, hiburan dan spa yang diberi lesen atau tidak berlesen tetap haram di sisi agama Islam. Sesungguhnya implikasi di atas kegiatan yang berkaitan pusat judi, hiburan dan spa tetap salah di sisi agama serta tidak sah dari sisi agama.Khir Toyo cuba untuk menampilkan keIslamannya melalui isu pusat judi, hiburan dan spa yang dikatakan haram, sebaliknya melupakan bahawa dia pernah diamanahkan sebagai Menteri Besar Selangor mengutip hasil dari pusat judi, hiburan dan spa yang dianggap tidak haram tersebut.Sekian Salam Reformasi.

NGO Anti-PSSMI Ingin Menangkan PAS Di N.11 Dun Permatang Pasir

Pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) oleh kerajaan tidak dapat meredakan lagi perasaan tidak puas hati kumpulan seniman dan budayawan yang bergabung dalam Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP).Pada 21/8/09,iaitu empat hari sebelum pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir berlangsung, penasihat GMP Sasterawan Negara A Samad Said dijadual turun berkempen bagi memenangkan calon PAS Mohd Salleh Man atas pendiriannya membantah dasar kontroversi itu.Difahamkan bahawa A Samad, atau panggilan mesranya Pak Samad, akan berceramah dan mengedarkan risalah anti-PPSMI.Dalam mesyuarat GMP, Sabtu lalu bagi membincangkan tindakan susulan badan itu susulan pengumuman pemansuhan PPSMI, badan itu berhasrat untuk tidak mengadakan demonstrasi sekali lagi dalam masa terdekat.Sebaliknya GMP akan menghantar memorandum kepada Kementerian Pelajaran mempersoalkan kelambatan pemansuhan itu, tidak seperti proses pelaksanaannya pada 2003 yang hanya mengambil masa enam bulan.

.

Sunday, August 16, 2009

Bukan Islam Guna Lambang PAS Dalam PRU-13

Orang bukan Islam yang menyertai Kelab Penyokong PAS (KPP) akan berpeluang bertanding atas tiket PAS dan menggunakan lambang parti itu, dalam pilihan raya ke 13 nanti.Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustaffa Ali berkata demikian ketika membentangkan kertasnya dalam munaqasyah ucapan dasar Presiden PAS peringkat negeri Pulau Pinang .Majlis yang dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man itu turut dihadiri Setiausaha PAS Negeri, Fazhil Kemi, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Rosidi Husin, Ketua Dewan Ulama PAS Negeri, Ustaz Shuib Mohd Amin, Ketua Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah dan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri, Ustazah Rahmah Mat Isa.Dengan pendekatan ini, dipercayai ramai orang bukan Islam akan bertanding atas tiket PAS dalam pilihan raya umum akan datang, sesuatu yang sangat baru kepada parti Islam itu.PAS turut membuat keputusan mencalonkan wanita sebagai calonnya dalam pilihan raya. Ekoran itu, ramai wanita dijangkakan akan dicalonkan PAS dalam pilihan raya umum. Ia hanya pernah berlaku di awal penubuhan PAS namun sudah lama tidak belaku.Kini, orang bukan Islam pula bakal menjadi calon PAS. Buat masa ini, kira-kira 20,000 orang Cina dan India yang bukan Islam menjadi ahli KPP di seluruh negara. PAS juga sedang mengkaji semula perlembagaannya untuk membolehkan mereka menjadi ahli PAS.Menurut Mustafa, pada pilihan raya umum lalu perkara ini tidak diputuskan lagi walaupun ada permintaan yang bertubi-tubi dari orang bukan Islam. Walaupun ianya masih dalam perancangan namun diyakini ia akan menjadi kenyataan. Sekian Salam Reformasi.

Saturday, August 15, 2009

Ketua Polis Selangor Disaman

Sebuah syarikat pelancongan menyaman Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dan isterinya kerana didakwa 'tidak membayar" tiket penerbangan pergi-balik kelas perniagaan Kuala Lumpur-London berjumlah RM41,868.Selain harga tiket tersebut, Global Holiday Sdn Bhd juga menuntut faedah 8 peratus dari tarikh saman itu dikeluarkan dan juga kos dan pampasan lain yang munasabah.Bagaimanapun, Khalid mendakwa beliau telah membayar sepenuhnya jumlah tersebut kepada ejen jualan tiket yang dibelinya dua tahun lalu.Ketika itu, Khalid adalah timbalan pengarah 1 Jabatan Siasatan Jenayah. Dalam jawapan balasnya, Khalid berkata, kos sebenar tiket tersebut ialah RM15,000 dan bukannya RM41,868 seperti yang didakwa oleh agensi berkenaan.Khalid mendakwa beliau membeli tiket itu pada 2007 dari ejen jualan tiket pada harga diskaun kerana ia merupakan sebahagian daripada kuota tiket untuk kakitangan Malaysia Airlines (MAS).Dalam jawapannya, Khalid juga berkata kawan karibnya, The Kok Wei telah memperkenalkannya kepada ejen jualan tiket, Tim Lu Yew Huat, yang merupakan wakil sah bagi beberapa agensi pelancongan serta sebagai pengurus Global Holiday, yang rapat dengan kakitangan MAS.Sekian.

Thursday, August 13, 2009

Pegawai SPRM tidak catat keterangan Teoh

Prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini dikejutkan dengan kenyataan seorang pegawai penyiasat polis yang menyatakan tiada sebarang catatan dibuat oleh pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) ketika menyoal siasat Teoh.Inspektor Mohd Zulaimi Zubir, 29,dari cawangan jenayah ibupejabat polis daerah Shah Alam berkata perkara itu disedari selepas melakukan pemeriksaan ke atas 10 muka surat buku catatan harian rasmi milik pegawai SPRM Mohd Anuar Ismail yang dirampas 18 Julai lalu.Peguam yang mewakili kerajaan Malaysia, Tan Hock Chuan mengesahkan Mohd Anuar bertanggungjawab menyoal siasat Teoh.Menurutnya hasil pemeriksaan dalam buku bertarikh 8 Julai 2009 tercatat 'rumah/putrajaya/pejabat/tol RM' sahaja,pada 15 dan 16 Julai tiada sebarang catatan dibuat oleh pegawai penyiasat SPRM.Dalam prosiding, buku asal itu tidak ditandakan eksibit memandangkan ia masih digunapakai dan hanya salinan dikemukakan tetapi ia telah disahkan oleh Timbalan Pengarah SPRM.Ini merupakan satu pendedahan yang amat mengejutkan oleh pihak penyiasat.Nampaknya anggota SPRM mempunyai daya ingatan luar biasa kerana semua butiran soal-siasat yang diperolehi daripada Teoh "register" di memori mereka.Cukup menghairankan kerana mediang Teoh disiasat sampai awal pagi tetapi tidak secebis butiran pun direkodkan oleh pegawai penyiasat.Nampaknya seluruh organisasi kerajaan cukup bengong macam ketuanya.Sekian Salam Reformasi.

Wujudkan satu Malaysia melalui dua parti

Jika mahu wujudkan satu Malaysia, maka wujudkan dua parti. Jika hanya ada satu parti, maka yang wujud adalah dua Malaysia. Sejak negara ini mencapai kemerdekaan, yang wujud hanyalah satu parti, maka akibatnya, muncul dua Malaysia. Apa yang dimaksudkan dengan satu Malaysia di sini ialah negara yang majoriti rakyatnya berasa bersama memiliki Malaysia sebagai negara mereka.Dua Malaysia di sini pula bermaksud rakyat negara yang terpecah dua. Di satu pihak ialah mereka yang mendokong parti pemerintah dan memperoleh manfaat daripadanya. Sementara pihak yang satu lagi ialah mereka yang terpinggir dan tidak berasa sebagai turut memiliki negara ini. Satu parti di sini ialah sistem di mana politik didominasi oleh satu saja parti. Dalam hal Malaysia, sejak merdeka ia diperintah oleh satu parti saja iaitu Umno dan sekutu-sekutunya, mula-mula berbentuk Perikatan, kemudian Barisan Nasional.Maka apa yang dimaksudakan dengan dua parti adalah sistem di mana dua parti adalah cukup kuat untuk dipilih oleh rakyat supaya menjadi parti pemerintah. Kebanyakan negara-negara maju mempuynyai sistem ini, iaitu seperti Parti Demokratik dan Republikan di Amerika Syarikat, dan Parti Buruh dan Konservatif di Britain.Di sinilah perjuangan Pakatan Rakyat yang mahu mewujudkan sistem dua parti, di mana kedua-dua Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat mampu muncul untuk menjadi parti pemerintah. Sistem parti alternatif ini diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat tetapi cuba dihalang oleh Barisan Nasional. Maka jika akhirnya Pakatan Rakyat berjaya memegang pemerintahan, dan kemudian setelah dua penggal, contohnya Barisan Nasional berjaya kembali berkuasa, maka sistem dua parti sedang mula berjalan, walaupun bertateh.Selagi Barisan nasional berjaya mengekalkan kuasa, maka sistemd ua parti ini tidak akan dapat bermula. Adalah suatu yang semula jadi bagi mana-mana parti untuk memperthankan kuasa. Dalam keadaan sekarang, kerana usaha mendapatkan kuasa, maka Pakatan rakyat memperjuangkan sistem dua parti. Sementara Barisan Nasional menolak sistem ini kerana ia bermakna dominasinya ke atas politik negara akan berakhir.Tetapi sebenarnya dalam sistem dua parti, mana-mana parti tetap ada harapan akan bangkit dan menguasai pemerintahannya apabila diterima rakyat. Tetapi dalam sistem satu parti yang dominan, parti-parti lain tidak berpeluang untuk menjadi parti pemerintah. Ini kerana kuasa akan selama-lama dibolot oleh parti pemerintah. Di sinilah kuncinya bagi mewujudkan satu Malaysia.Apabila sistemd ua parti berjalan dengan lancar, ia bermakna rakyat sudah menerima bahawa parti pemerintah boleh bertukar tetapi kerajaan dan negara tetap utuh, dan satu. Maka sistem dua parti mampu melahirkan negara satu Malaysia. Sebaliklnya sistem satu parti akhirnya membawa kepada perpecahan kepada negara, dan ia tidak menyenangkan rakyat.Ini kerana rakyat tidak kira apa jua fahaman politiknya tentu mahukan negara itu sebagai miliknya, bersama dengan rakyat lain. Jika parti pemerintah yang dipilihnya menang, maka tentu mudah untuk dirinya melihat kerajaan dan negara ini sebagai miliknya. Tetapi apa kata parti yang disokongnya kalah? Jika seseorang itu mempunyai fahaman demokratik yang jelas, maka walaupun parti yang disokongnya kalah, ia tetap menganggap kerajaan dan negara adalah milik bersama.Keadaan ini mudah diterima jika istem demokrasi di negaranya berjalan lancar. Makananya mana-mana parti di negara itu mempunyai peluang sama untuk menjadi parti pemerintah. Tetapi jika rakyat berasakan bahawa partinya langsung tiada peluang untuk menang dan menjadi kerajaan, bukan kerana tidak dapat sokongan rakyat tetapi lebih kepada keadaan sistem yang tidak adil hingga menghalang sebarang kemungkinan parti-parti pembangkang akan menjadi kerajaan.Umpamanya kalau sebelum pilihan raya tahun 28, banyak rakyat yang menyokong kerajaan tidak berasa memiliki negara kerana dominasi Barisan Nasional adalah besar. Tetapi setelah lima negeri dimenangi oleh parti pembangkang di peringkat pusat, maka rakyat umpamanya di Selangor akan beraswa bahawa negeri ini adalah milik rakyat, tanpa mengira fahaman politiknya. Contohnya, Selangor menjadi milik rakyat dan bukannya hak Umno semata-mata.Sememangnya bagi penyokong Barisan Nasional, mereka berasakan kehilangan Selangor. Tetapi mereka tetap berasa berpeluang untuk menang kembali. Maka akhirnya negeri-negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan sudah merintis sistem dua parti. Kedua-dua Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat sama-sama berpeluang untuk menjadi kerajaan negeri,Tetapi dari sudut lain, kalaulah bukan kerana kemenangan Pakatan Rakyat di banyak tempat di negara ini, maka tidak timbul usaha untuk mewujudkan konsep Satu Malaysia seperti yang digagaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Maka adalah perlu dari masa ke semasa dengan mempertimbangkan prestasi parti pemerintah, maka seseorang boleh menggantikan kerajaan negara ini pada masa-masa akan datang.Satu Malaysia bukan saja bermaksud perpaduan tetapi juga kemakmuran untuk rakyat. Sebab itu slogan itu tidak berdiri sendiri tetapi juga berkaitan dengan gagasaan Reakyat Didahulukan. Maka apa saja termasuk sistem politik yang diwujudkan seperti sistem dua parti adalah untuk kepentingan rakyat.Dalam hal Satu Malaysia, ia kelihatan memperoleh sokongan umum oleh majoriti rakyat walaupun begitu, umumnya ia merupakan gagasan baik yang wajar disokong. Tetapi oleh kerana buat masa ini kerajaan yang ada mengalami krisis keyakinan, maka apa saja gagasan termasuk Satu malaysia tidak begitu disambut dengan penuh semangat.Daripada membawa slogan baru, adalah wajar kerja yang lebih baik adalah membina keyakinan rakyat melalui usaha ihkas bagi memperbaiki kehidupan rakyat. Kejujuran membawa keyakinan dan dari situlah baru rakyat bersedia untuk menyokong. Tetapi masalahnya ialah usaha membina keyakinan memerlukan masa panjang, sesuatu yang tidak dimiliki oleh parti pemerintah dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.Akhirnya, gagasan Satu Malaysia memerlukan semangat demokratik yang tinggi dengan sifat toleran kepada fahaman yang berbeza. Lebih-lebih lagi apabila diambil kira kepentingan sistem dua parti sebagai kaedah bagi mewujudkan Satu Malaysia yang berkekalan dan memberi sumbangan penting dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai negara maju.Usaha lebih baik ialah persediaan minda dan struktur politik negara untuk menghadapi keadaan di mana terwujudnya sistem dua parti yang dipercayai sesuatu yang tidak dapat dileakkan kerana ia merupakan proses semula jadi bagi sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi.Sekian

Isu ISA - Undian KDN dipertikaikan

Desakan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tiba-tiba menjunam hari ini dalam undian di laman web berita Kementerian Dalam Negeri (KDN) - tinggal lagi 48 peratus daripada 90 peratus sejak petang semalam.Jumlah respons bagi soalan keempat "Apa yang anda mahu dari ISA?" pula meningkat mendadak kepada 30,115 daripada 13,969 respons berdasarkan semakan akhbar berbahasa Cina jam 4 petang semalam sehingga menjadi bahan pertikaian dan tuduhan ia dimanipulasi. Sebanyak 12,589 respons atau 90 peratus mahu akta kontroversi itu dihapuskan semalam seperti dilaporkan China Press hari ini.Malam ini, tinggal lagi 48 peratus atau 14,603 respons mahu ia dimansuhkan. Sementara 51 peratus atau 15,459 respons ingin ia disemak seperti janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.Tanggapan pengunjung gerbang berita rasmi KDN juga berubah mendadak dan luar biasa. Setakat semakan terkini Malaysiakini jam 11.30 malam ini 49 peratus atau 13,619 daripada 28,012 respons menyifatkan akta itu "zalim", dan 50 peratus lagi menganggapnya "undang-undang pencegahan."Petang semalam, 87 peratus atau 11,836 respons menganggapnya sedemikian. Jumlah respons waktu itu 13,644 berbanding lewat malam ini yang meningkat lebih 100 peratus.Keganjilan corak respons ini mengundang pertikaian sekumpulan pengguna internet. Mereka mendakwa respons terbaru bagi dua soalan tersebut - termasuk yang pertama "pada pandangan anda, ISA adalah ..." telah dimanipulasi oleh kementerian berkenaan. Kenaikan mendadak respons itu berbeza dengan corak jawapan bagi tiga soalan lagi sejak ia dimulakan. Semakan China Press di laman web www.ikdn.gov.my menunjukkan, tiga soalan lain menerima respons antara 12,246 hingga 12,578. Semakan Malaysiakini malam ini bagi ketiga-tiga soalan tersebut menunjukkan ia tidak naik mendadak, sebaliknya mengikut corak respons seperti Khamis lepas, hari pertama undian ini diberitakan. Menjawab isu tahap pengetahuan pengunjung berhubung akta tersebut, berdasarkan semakan menjelang tengah malam ini, 94 peratus daripada 14,411 respons memilih "faham".Kira-kira 94 peratus daripada 13,917 respons pula menjawab soalan ketiga dengan menyatakan mereka mendapat maklumat tentang isu tersebut daripada bahan bacaan.Bagi soalan terakhir, 56 peratus daripada 13,983 respons "mengetahui" Amerika Syarikat dan Britain mempunyai akta menentang keganasan masing-masing yang "dirujuk daripada pelaksanaan ISA di Malaysia".Sementara 40 peratus lagi, atau 5,661 respons, menyifatkan soalan itu "tidak memberi apa-apa makna" kepada mereka.Berdepan dengan kenaikan ganjil itu, warga internet yang berbahas di laman perkongsian sosial Facebook kumpulan diskusi 1BlackMalaysia menyifatkan fenomena undian KDN itu sebagai "keengganan kerajaan menerima kebenaran tentang apa yang dituntut rakyat berhubung ISA".Berdasarkan undian topik-topik yang lepas, tempoh tinjauan di portal berita KDN itu dijalankan selama seminggu.

RM 10 juta HABUAN Untuk Ong Tee Keat


Hanya selepas 24 jam satu laporan polis dibuat terhadap syarikat pemaju Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), pegawai tingginya membuat satu pendedahan yang amat mengejutkan.Ketua Pegawai Eksekutif KDSB, Datuk Seri Tiong King Sing yang juga pengerusi Kelab Penyokong BN mendakwa beliau telah 'menderma' RM10 juta kepada Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat tahun lalu.Wang tersebut, tambahnya, adalah untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahagian-bahagian MCA.Timbalan Tiong dalam KDSB, Datuk Faizal Abdullah berkata Ong telah menggunakan jet peribadi milik syarikat tersebut sebanyak lima kali dan 'berhutang' kepada mereka sebanyak AS$40,000 bagi perkhidmatan tersebut.Bagi mempertahankan dirinya,Ong mendakwa bahawa tindakan untuk mencemar dan membuat serangan peribadi terhadap dirinya semakin menjadi-jadi,terutama selepas pendedahan terbaru Pasukan Petugas Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).Berikut adalah terjemahan jawapan penuh Ong yang juga menteri pengangkutan mengenai isu RM 10 juta dalam laman blognya hari ini."Saya tidak terperanjat bahawa taktik untuk mencemar dan membuat serangan peribadi terhadap diri saya semakin menjadi-jadi, terutama selepas pendedahan terbaru oleh Pasukan Petugas PKFZ. Sekiranya saya telah menerima habuan dan faedah kewangan bagi dirinya atau bagi pihak parti, maka sudah tentulah saya akan berusaha melindungi kepentingan pemberinya, dan bukan sebaliknya dengan meneruskan usaha mendedahkan salahlaku mereka. Dengan berbuat demikian, saya membahayakan keselamatan diri saya dan keluarga saya serta kredibiliti saya.Dakwaan Datuk Seri Tiong King Sing bahawa saya telah menerima "pinjaman" RM10 juta dari beliau untuk kegunaan bahagian-bahagian parti, jelas dibuat dengan beberapa motif, termasuk mengalih perhatian dari dakwaan penyelewengan yang didedahkan oleh pasukan petugas.Ia juga boleh membawa maksud untuk menimbulkan keraguan di kalangan rakan-rakan dalam parti saya bahawa saya telah membolot wang yang sepatutnya untuk bahagian-bahagian parti. Hakikat bahawa beliau berkata ia merupakan satu pinjaman, boleh membawa maksud yang beliau mahu opsyen untuk mengheret saya ke mahkamah untuk memalukan lagi saya. Tempoh yang disebut oleh Dato' Seri Tiong ialah 2008, ketika saya menjadi naib presiden sehinggalah saya menyandang jawatan presiden pada bulan Oktober. Tidak timbul keperluan bagi saya sebagai naib presiden untuk mengumpulkan dana untuk bahagian. Kemudianya, apabila menjadi presiden, kita sudah mempunyai akses kepada dana dan peruntukan parti. Saya tidak rasa ada mana-mana orang yang waras sanggup menyerahkan RM10 juta berasaskan kepada cerita seumpama itu.Saya amat gembira Dato' Faisal Abdullah telah mengakui bahawa jet-jet tersebut telah disewa oleh pejabat saya. Ini dengan jelas menunjukkan bahawa saya tidak menerima sebarang keistimewaan. Jika saya terpaksa, dan saya bersedia untuk menjelaskan bayaran perkhidmatan pesawat tersebut, Saya dengan jelas tidak menerima rasuah atau layanan istimewa.Lagi pula, pejabat saya belum menerima sebarang invois untuk perkhidmatan yang diberikan itu. Jika syarikat tersebut lebih cekap, saya pasti pejabat saya telah pun menjelaskan bayarannya dengan segera. Saya pasti urusan perniagaan tidak mengeluarkan invois melalui akhbar.Saya akan mendapatkan pandangan peguam saya dan nasihat perundangan terhadap dakwaan yang berunsur fitnah itu.Saya melihat halangan terbaru ini sebagai satu cabaran yang perlu saya hadapi. Ia tidak akan menghalang saya daripada memastikan bahawa isu PKFZ diselesaikan demi kepentingan kerajaan dan rakyat. Saya juga minta saya dihakimi berdasarkan tindakan-tindakan saya."