Thursday, July 23, 2009

Maxis wajar disenaraikan semula

Maxis Communications Berhad (Maxis) dicadangkan untuk disenarai semula dalam Bursa Malaysia berikutan kesediaan kerajaan Arab Saudi menjalin usaha sama dengan syarikat telekomunikasi itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam lawatannya ke Arab Saudi baru-baru ini, beliau telah mengesyorkan supaya Maxis disenaraikan semula berikutan penglibatannya dalam usahasama di antara pelabur Malaysia dan Arab Saudi.Syarikat telekomunikasi kebangsaan Arab Saudi, Saudi Telecom Company (STC) sebelum ini menjalin usaha sama strategik dengan Binariang GSM Sdn. Bhd. apabila melabur AS$$3.05 bilion (RM11 bilion) dalam syarikat induk Maxis Communications Bhd.Sekian

No comments:

Post a Comment