Wednesday, November 25, 2009

Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST)

Nampaknya gula-gula yang ditaburkan kepada rakyat dalam budget yang lepas mula menunjukan hasilnya.Kerajaan telah bercadang untuk membentangkan rang undang-undang berkaitan cadangan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).Rang tersebut diwawarkan akan dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada akhir persidangan Dewan Rakyat sekarang.Najib berkata bahawa langkah untuk memperkenalkan cukai GST telahpun dipersetujui dalam mesyuarat kabinet.Cukai yang bakal diperkenalkan itu akan menggantikan cukai perkhidmatan dan jualan yang sedia ada di negara ini.Najib memberi alasan bahawa Malaysia merupakan antara beberapa negara di rantau Asia Tenggara yang belum melaksanakan GST dan beliau menyifatkan tindakan ini amat perlu bagi bersaing dari segi ekonomi di rantau ini.Untuk rekod antara negara-negara yang guna pakai dasar ini adalah India, Australia, Canada, Hong Kong dan juga negara jiran Singapura.Walaupun langkah ini adalah perlu bagi membolehkan negara terus berkembang dari segi ekonomi namun cadangan ini perlu diperhalusi oleh kerajaan sebelum beralih sepenuhnya kepada GST.Dalam kepompong GST segala barangan keperluan harian seperti barangan runcit yang dibeli akan dikenakan cukai.Walaupun pelepasan cukai individu diberikan adakah ianya benar-benar akan menjamin kesenangan hidup rakyat Malaysia.Peratusan rakyat yang sedang membayar cukai pendapatan adalah hanya 45 % dan baki 55% tidak dikenakan cukai pendapatan.Oleh itu melalui cukai GST kerajaan cuba memaksa seluruh rakyat Malaysia tidak kira kelompok kaya,sederhana atau miskin untuk membayar cukai kepada kerajaan melalui segala barangan yang dibeli di kedai-kedai.Pandai sungguh kerajaan BN merancang pelan ini untuk merompak rakyat. Tidak cukup dengan rompakan selama 52 tahun dan kini mereka berhasrat untuk merompak segala duit rakyat tidak kira kaya ataupun miskin.Inilah kerajaan BN yang dihadapan media mengatakan bahawa hanya merekalah yang prihatin kepada kesusahan rakyat namun mereka sungguh cerdik untuk menikan belakang rakyat yang telah mengundi untuk mereka.Jikalau hendak dibandingkan dengan Singapura kita sudah pun terlalu jauh tercicir dibelakang.Negara-negara maju tidak akan menghadapi masalah untuk memperkenalkan GST kerana kadar kemiskinan di negara tersebut adalah amat rendah dan majoriti rakyatnya hidup senang.Situasi di Malaysia adalah amat berbeza kerana rakyat disini bukannya hidup senang seperti pemimpin kerajaan yang korup tahap dewa.Oleh itu adalah tidak wajar bagi kerajaan menyusahkan baki 55% rakyat yang tidak membayar cukai pendapatan dengan memaksa mereka bayar cukai GST.Singapura memperkenalkan GST kerana populasi warga tua di negara itu adalah tinggi dan kerajaan Singapura merasakan susah untuk mengutip cukai pendapatan dari rakyatnya.Oleh itu GST diperkenalkan.Kadar cukai GST di Singapura adalah 3% pada awalnya pada tahun 1994 dan dinaikan kepada 7% pada 2007. Thailand 7%, Indonesia dan Filipina masing-masing pada kadar 10%. Kadar GST di New Zealand pula ialah 7% dan Australia 10%. Di Australia barangan dan perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai termasuklah barangan makanan asasi kecuali makanan tersedia, makanan bawa-balik, snek, alkohol dan minuman ringan, perkhidmatan kesihatan, ubat-ubatan, pendidikan dan penjagaan kanak-kanak, utiliti, barangan tertentu yang dibekalkan oleh pertubuhan amal dan agama, dan barangan dan perkhidmatan yang dieksport.Situsai yang sama diharapkan di Malaysia kelak. Walaupun Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) telah menyatakan kebimbangan dengan gesaan untuk melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang disifatkan tidak sesuai untuk Malaysia dan patut ditunda bagi jangka masa yang tidak pasti namun kerajaan tetap dengan angkuh mahu juga tindas rakyat dengan GST.Selain itu. Australia juga telah menggesa kerajaan mereka untuk mengurangkan GST daripada 10 peratus kepada lima peratus untuk merangsang pertumbuhan ekonomi.Diharapkan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat akan bangun menentang dasar kejam ini demi kepentingan rakyat.Sekian Salam Reformasi.

Wednesday, November 11, 2009

Skandal Landasan Elektrik Berkembar Padang Besar - Kuala Lumpur


Walaupun rakyat masih belum mendapat gambaran jelas mengenai skandal PKFZ dan penyangak disebalik projek itu masih belum dihadapkan ke muka pengadilan, kini timbul pula isu kerugian projek landasan keretapi elektrik berkembar.Projek bernilai RM 12.485 bilion tersebut secara keseluruhan meliputi dua fasa.Fasa pertama melibatkan pembinaan landasan antara Rawang dan Ipoh.Manakala fasa kedua meilbatkan landsan sepanjang 329 kilometer iaitu antara Ipoh dan Padang Besar.Walaupun pelan pembangunan ini adalah amat berfaedah buat rakyat namun terdapat aspek negatif dalam cara bagaimana kerajaan “execute” projek ini.Difahamkan projek ini mampu menyediakan 100 00 peluang perkerjaan di lima negeri yang terlibat.Lima negeri yang terlibat adalah Perlis,Kedah,Pulau Pinang,Perak dan Selangor.Walaubagaimanapun cara bagaimana kontrak diagihkan kepada kontraktor kecil menimbulkan seribu satu persoalan.Projek mega ini dipelopori oleh MMC Corporation Bhd dan Gamuda Bhd (MMC-Gamuda) dan bagi pakej pembangunan infastruktur ianya dipertanggungjawabkan kepada DRB Hicom Berhad.


Isu yang timbul sekarang adalah bagaimana wang rakyat bernilai RM 1.43 bilion boleh lesap begitu sahaja.Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2009 kerajaan telah mengalami kerugiaan besar iaitu RM 1.43 bilion kerana tahap penyenggaraan yang terlalu rendah bagi fasa pertama projek tersebut.Untuk rekod sehingga Disember 2008, sebanyak RM 5.77 bilion telah dibelanjakan dan ia hanya meliputi fasa pertama projek.Angka ini menunjukan pertambahan sebanyak RM 1.43 daripada kos asal fasa pertama iaitu RM 4.34 billion.Jika kita melihat kembali kepada kontrak asal peruntukan asal projek RM 4.34 bilion terbahagi kepada dua pakej iaitu pakej pembangunan infastruktur dan pakej system yang telah dianugerahkan kepada dua kontraktor besar seperti yang disebut sebelum ini. Pakej yang diberikan kepada Hicom pula melibatkan empat subkontraktor. Emrail Sdn Bhd menerima kontrak bernilai RM 700 juta daripada Hicom dan untuk pengetahuan umum Emrail Sdn Bhd adalah milik Ketua Hakim Negara Tan Sri Zaki Azmi.Beliau memiliki 58% pegangan saham dalam syarikat bersebut. Laporan Audit Negara telah memdedahkan bahawa syarikat Zaki hanya menyiapkan 56.9 % projek dan merupakan antara yang paling lambat menyiapkan projek ini.Punca utama kelewatan ini didakwa adalah kerana peningkatan kos dan ia telah memaksa Hicom menuntut kos lebihan sebanyak RM 808.68 juta.Kos lebihan dituntut kerana projek ubah-suai yang dilaksanakan oleh Emral Sdn Bhd milik Zaki.Situasi ini telah mejadi pemangkin kepada kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan untuk meluluskan dana tambahan sebanyak RM 425 juta wang titik peluh rakyat pada April 2006.Akhirnya kontrak terpaksa ditamatkan oleh kerajaan dan kerja masih lagi tidak diselesaikan oleh kontraktor.Sehingga akhir 2008 dana tambahan sebanyak RM 371.78 juta turut diberikan kepada Hicom.Syarikat milik Zaki merupakan punca kenaikan kos projek dan beliau dijangka akan dipanggil oleh Jawatankuasa Kira Kira Awam (PAC) bersama-sama dengan Kementerian Pengangkutan yang berkuasa untuk meluluskan segala permohanan kontraktor serta membayar kontraktor.


Zaki sebelum menjadi hakim persekutuan pada September 2007 pernah mejadi Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan UMNO,Pengerusi Lembaga Displin UMNO serta pernah juga dilantik menjadi Panel Rayuan Displin UMNO.Ini adalah cukup untuk membuktikan bahawa Zaki sememangnya darah daging UMNO.Ini mungkin sebab kenapa beliau dinaik pangkat menjadi Presiden Mahkamah Rayuan pada 2007 dan seterusnya menjadi Ketua Hakim Negara pada 2008.Semua insiden menarik ini hanya mengambil masa yang sungguh singkat iaitu setahun.Sudah jelas wujud amalan kronisme dalam kerajaan dan walupun pelbagai laporan sudah dibuat kepada SPRM namun kerajaan sungguh kebal kerana sehingga ke hari ini tidak dapat didakwa di makhamah.Diharap SPRM akan bersikap lebih telus dan tegas dalam membuat siasatan.Sikap SPRM yang jelas memilih bulu sememangnya bertentangan dengan konsep 1Malaysia yang didukung oleh tauke besar mereka Najib.Entah-entah hanya selepas Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya satu demi satu penjenayah bertopen alim yang kita kenali sebagai BN akan disumbat ke dalam penjara.Sebelum ini mereka begitu seronok melihat orang lain meringkuk dalam penjara.Jikalau rakyat berpeluang melihat pemimpin korup UMNO/MCA/MIC dan segala komponen BN dalam penjara sudah tentu ianya merupakan juadah hari raya yang cukup enak buat semua. Sekian Salam Reformasi.

Thursday, November 5, 2009

1Malaysia F1 Team

Entah apa yang patut rakyat berkata dalam isu penubuhan pasukan formula satu Malaysia ataupun "Team 1 MALAYSIA Lotus F1".Walaupun dalam keadaan ekonomi yang begitu teruk dan situasi cemas buat seluruh dunia namun nampaknya pemimpin sombong UMNO/BN dengan begitu yakin berani melabur hampir RM 1 billion setahun bagi memuaskan diri serta kroni masing-masing.Seperti yang diketahui umum banyak pasukan-pasukan besar yang berpengkalan di negara yang jauh lebih maju dan stabil dari segi ekonomi berbanding Malaysia telah menarik diri dari terus menyertai F1.Terbaru pasukan Toyota telah mengumumkan bahawa mereka tidak akan menyertai perlumbaan pada pusingan tahun hadapan. Demikian kata akhbar Jepun, Mainichi.Pasukan Toyota mengikuti jejak langkah pasukan Honda yang lebih awal telah berhenti menyertai F1 iaitu pada Disember tahun lepas.Selain itu syarikat gergasi Jepun yang lain seperti Suzuki dan Subaru juga telah menarik diri daripada kejohanan rally dunia.Pengeluar motosikal bertaraf antarabangsa Kawasaki yang juga berasal dari Jepun pula telah menutup operasinya dalam pasukan Moto GP.Ianya disebabkan oleh satu faktor yang am iaitu situasi ekonomi yang tidak menentu..Syarikat-syarikat permotoran gergasi dunia terdesak mencari modal dengan mengambil langkah berjimat-cermat.Pasukan Toyota satu-satunya wakil Jepun dalam perlumbaan F1 terpaksa menarik diri ekoran ketiadaan pemandu dalam musim depan.Ia sekaligus menyebabkan ianya terpaksa disingkirkan daripada terus menjadi "Williams Engine Partner" pada tahun 2010.Walaubagaimanapun Toyota terlebih dahulu telah menandatangani kontrok sehingga tahun 2012 dan situasi sekarang dijangka akan mewujudkan implikasi undang-undang.Toyota terlebih dahulu telah mensasarkan "global production" untuk Mac 2010 pada kadar 7 juta berbanding 6.2 juta pada Feb dengan peningkatan sebanyak 13% .Pelaburan oleh Najib dengan konsep 1 Malaysia beliau dalam keadaan persekitaraan yang terlalu berbahaya membuktikan beliau tidak kisah apa akan terjadi kepada ekonomi Malaysia dan juga rakyat.Tindakan bodoh oleh Najib akan turut merugikan beribu-ribu peniaga serta indutri SME negara yang akan terpaksa menanggung rugi akibat tindakan kurang bijak oleh pemimpin nombor satu negara ini.Nampaknya setelah berpuluh-puluh tahun dalam politik Najib masih tidak pandai berpolitik dan mentadbir negara.Lebih baik tugasnya dipikul oleh YB Pakatan Rakyat yang jauh lebih tajam dari segi pemikiran.Konsep Kepentingan Diri Didahulukan Kebajikan Rakyat Dibelakangkan amat sesuai dengan tindakan Najib ini.Apa yang pasti pihak-pihak yang terlibat dalam projek yang membazir duit ini pasti mendapat habuan yang besar.Mesej kepada kerajaan fikirlah dengan bijak sebelum membuat apa-apa keputusan. Rakyat yang menetap dikampung pun kini boleh label anda BN sebagai BODOH.Ingatlah duit yang kamu laburkan itu bukannya duit yang anda titiskan peluh demi mendapatkannya.Ianya adalah milik rakyat yang kerja begitu keras demi memperolehinya.Janganlah gunakan seolah-olah kamu pemimpin rakus yang miliki.Apa yang anda tahu bilik sejuk,driver,jet,kapal laut sila turun padang dan lihat sendiri kesusahan rakyat dalam menjalani kehidupan seharian.Pemimpin datang dan pergi begitu juga dengan slogan masing-masing tetapi keperitaan hidup rakyat tidak kemana.Renungkan wahai manusia berakal. Sekian Salam Reformasi.