Friday, July 31, 2009

J/K Sivakumar Jatuh Hukuman Penjara Ke Atas Ganesan

Jawatankuasa hak dan kebebasan DUN Perak dari Pakatan Rakyat mengesyorkan supaya Speaker BN, Datuk S Ganesan dihukum enam bulan pejara kerana memegang jawatan speaker secara tidak sah sewaktu persidangan DUN Perak pada 7 Mei lalu.Jawatankuasa tersebut yang dipengerusikan oleh Speaker Pakatan, V Sivakumar, turut mengesyorkan Ganesan didenda RM500,000 atau enam bulan penjara.Hukuman tersebut hendaklah dilaksanakan sebelum pembubaran DUN, kata jawatankuasa enam anggota itu, yang sekali lagi terpaksa bermesyuarat di sebuah hotel, selepas tidak dibenarkan memasuki bangunan Perak Darul Ridzuan. Berkuatkuasa hari ini, Ganesan mesti berhenti bertindak sebagai speaker dan mesti mengosongkan pejabat speaker ujarnya. "Beliau juga mesti menyerah balik kereta rasmi speaker dan beliau juga tidak dibenarkan masuk DUN pada bila-bila masa pun," tambah Sivakumar.Sivakumar juga menegaskan bahawa beliau sebagai speaker yang sah, boleh mengarahkan polis mengeluarkan waran tangkap terhadap Ganesan, tetapi tidak mahu mengambil pendekatan tersebut tetapi menyerahkan perkara tersebut kepada DUN.Sekian Salam Reformasi.

No comments:

Post a Comment