Monday, August 31, 2009

Parti Pembangkang Menang Besar Di Jepun

Parti pembangkang Jepun, Parti Demokratik (DPJ) mencatat kemenangan besar pada pilihan raya umum negara tersebut, menewaskan parti pemerintah Parti Liberal Demokratik (LDP) pimpinan Taro Aso.Ia merupakan satu catatan sejarah dalam politik Jepun dalam tempoh lebih separuh abad.Mengikut tinjauan yang dijalankan oleh TV Asahi, sebaik-baik pengundian tamat, DPJ dijangka memenangi 315 kerusi daripada 480 kerusi di Dewan Rendah, manakala Tokyo Broadcasting System pula melaporkan parti pembangkang berhaluan tengah-kiri itu me memenangi 321 kerusi.Badan penyiaran awam, NHK pula meramalkan DPJ akan memenangi antara 298 dan 329 kerusi, berbanding antara 84 hingga 131 kerusi oleh parti konservatif LDP pimpinan Perdana Menteri Taro Aso, 68 tahun.Nippon Television pula menyatakan DPJ memenangi 324 kerusi berbanding LDP sebanyak 96 kerusi.Ianya merupakan kemenangan besar dan pilihan raya yang dramatik.LDP telah memerintah Jepun sejak 1955 kecuali 'berehat sekejap' selama 10-bulan pada 1993-1994, mempunyai 303 kerusi di Parlimen berbanding DPJ sebanyak 112 kerusi sebelum Parlimen dibubarkan pada bulan Julai lalu.DPJ yang diketuai Yukio Hatoyama, 62, dijangka akan menubuhkan Kabinet baru, dalam masa beberapa minggu lagi. Kemenangan besar ini akan memudahkan debat berhubung polisi di Parlimen, yang sebelum ini menghadapi kebuntuan berikutan kejayaan DPJ dan sekutunya menguasai Dewan Tinggi pada 2007.Parti pemerintah (LDP) telah mengkhianati rakyat sejak empat tahun lalu, menyebabkan ekonomi semakin parah, hutang awam meningkat melebihi enam trilion yen (RM225 bilion), pembaziran, merosakkan jaringan keselamatan sosial dan menjarakkan lagi jurang antara golongan miskin dan kaya,demikian menurut kenyataan DPJ ketika proses pengundian bermula. Pegawai pilihanraya Jepun berkata, jumlah pengundi yang keluar mengundi adalah tinggi, walaupun diramalkan taufan menghampiri Jepun dan ianya menunjukkan rakyat Jepun sangat berminat dalam pilihan raya kali ini.Sementara itu, bekas perdana menteri Taro Aso berkata, dia akan meletak jawatan sebagai Presiden LDP dalam masa yang terdekat.Senario yang sama diramalkan akan berlaku di Malaysia dalam PRU-13 yang akan diadakan dalam masa 2 tahun lagi.Momentum sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat makin hari makin meningkat.Ianya tidak dapat dinafikan oleh kerajaan yang cuba memesongkan pemikiran rakyat dengan membuat pelbagai tuduhan serta asakan melalui "agen-agen" mereka.Contohnya isu arak di Selangor,Kampung Buah Pala di Pulau Pinang dan isu babi di Kedah.Namun pada masa ini tahap kesedaran politik rakyat adalah amat tinggi dan ternyata sokongan tak berbelah bagi kepada Pakatan setelah BN/UMNO kalah dalam 7 pilhanraya kecil selepas PRU-12.Kerajaan BN makin rapuh di peringkat nasional dan para pemimpin BN berusaha kuat untuk kekal berada dalam kuasa.Tetapi kuasa rakyat sebagaimana yang ditunjukan dalam PRU-12 akan menang jua akhirnya.Sekian Salam Reformasi.

Sunday, August 30, 2009

RM100 Juta Saham Untuk Golongan Miskin

Datuk Seri Najib Razak mengumumkan peruntukan kerajaan sebanyak RM100 juta dalam bentuk saham amanah bagi membantu golongan miskin di bandar.Perdana Menteri berkata kerajaan kini sedang mengumpul maklumat mengenai mereka yang miskin tegar dan relatif di bandar bagi menentukan bilangan yang layak menerima bantuan itu.Ujarnya bantuan akan diberikan secara percuma kepada golongan miskin supaya dapat menambah pendapatan mereka terutamanya mereka yang miskin tegar sekiranya maklumat dapat dikumpulkan.Najib berkata Kementerian Wilayah Persekutuan telah juga menawarkan penjualan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Kuala Lumpur kepada warga kota yang miskin dan akan mula dijual pada 10 Oktaber ini.Beliau berkata tawaran penjualan rumah itu merupakan sesuatu yang amat ditunggu-tunggu oleh mereka yang berkenaan dan ia sekaligus membuktikan perjuangan berterusan kerajaan bagi membantu golongan miskin di bandar raya.Perdana Menteri berkata masalah kemiskinan tidak harus dikaitkan dengan kawasan luar bandar sahaja kerana masalah itu turut dihadapi di kawasan bandar..Sebelum ini, Menteri Wilayah Persekutuan Raja Nong Chik dilaporkan berkata pendapatan isi rumah yang dikategorikan sebagai miskin ialah RM2,500 sebulan.Najib menegaskan bahawa usaha untuk memerangi kemiskinan akan terus diperjuangkan kerajaan BN.Diharapkan dana tersebut benar-benar akan sampai pada rakyat dan bukannya masuk ke dalam poket pemimpin-pemimpin kerajaan.Sekian Salam Reformasi.

Friday, August 28, 2009

Perlantikan Idris Jala Pembaziran Duit Rakyat


Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan Malaysia (MAS), Datuk Idris Jala telah dilantik sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri.Beliau ditugaskan menyelia pelaksanaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan akan melaporkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.Idris juga dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Unit Penyampaian dan Prestasi Pengurusan (PEMANDU).Perlantikan Idris diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.Dr Koh akan meneruskan tugas merangka dan melaksanakan keseluruhan dasar dan strategi berhubung pengurusan prestasi dan pembaharuan organisasi dengan fokus khusus kepada N-KRA. Beliau juga akan mempengerusikan lembaga PEMANDU yang turut dianggotai Ketua Setiausaha Negara dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.Idris pula akan berkongsi kepakaran dan pengalamannya ketika berkhidmat di Shell dan MAS dan merangsang pelaksanaan pengurusan prestasi di peringkat kerajaan persekutuan.Beliau juga akan memegang jawatan timbalan pengerusi lembaga PEMANDU.Untuk rekod Idris dilantik sebagai pengarah urusan dan CEO MAS pada Disember 2005 selepas syarikat penerbangan itu mengalami kerugian terbesar dalam sejarah korporatnya.Sebelum menerajui MAS, Idris berkhidmat selama 23 tahun di Shell.Antara tahun 2002-2005, Idris memegang jawatan Pengarah Urusan Shell MDS (Malaysia) dan Naib Presiden Shell Malaysia GAS& Power (Malaysia). Idris juga pernah berkhidmat dengan Shell International di London dan Shell Sri Lanka.Idris merupakan lulusan Universiti Sains Malaysia (USM) dan ijazah sarjana dari Universiti Warwick, United Kingdom.Namun adakah perlantikan Idris wajar buat masa ini kerana kerajaan terpaksa "melabur" duit ringgit bagi mendapatkan khidmat Idris.Apa yang perlu diberikan perhatian adalah duit cukai rakyat yang sebenarnya dilaburkan oleh kerajaan bagi membayar gaji elaun serta intensif Idris.Penlantikan Idris adalah merupakan pembaziran sebanyak RM 1.7 juta srtahun, kos ini meliputi gaji pokok sebanyak RM 18000 sebulan berserta pelbagai elaun yang boleh mencecah RM55650.Kos pokok ini juga tidak termasuk kemudahan cuti di luar negara dan intensif sambutan rumah terbuka Adilfitri yang dianggarkan sebanyak RM 400000.Amboi ikut sedap hati sahaja kerajaan melantik kakitangan awam.Walau apa sekali pun kerajaan buat bagi menyelia pelaksanaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sudah tentu "outputnya" adalah sudah tentu cukup memberangsangkan iaitu kerajaan BN adalah paling cekap dan efisen di dunia ini dan rakyat yang mereka memperbodohkan selama 52 tahun sedar tentang itu..Oleh itu tidak perlulah melantik pegawai khusus bagi KPI dan membelanjakan jutaan ringgit bagi tujuan tersebut.Lebih baik duit tersebut digunakan untuk manfaat rakyat.Terdapat banyak lagi kampung yang memerlukan perhatian serius kerajaan.Najib sekali lagi telah melakukan kerja bodoh dengan melantik Idris.Sekian Salam Reformasi.

Thursday, August 27, 2009

Permatang Pasir Jadi Momentum Perubahan PRU 13

Pakatan Rakyat berkeyakinan kemenangan bergaya calon PAS iaitu Mohd Salleh Man di Dun Permatang Pasir dengan 4,551 majoriti mengalahkan calon Umno, Rohaizat Othman akan memperkukuhkan momentum untuk mengambil alih kerajaan persekutuan dalam pilihanraya umum ke-13 kelak.Berdasarkan statistik jumlah mata di "score-board" adalah 7 berbalas 1, dimana BN hanya menang sekali di DUN Batang Ai dan menemui kekalahan disemua pilihanraya kecil yang lain termasuk yang terbaru di Permatang Pasir.Naib Presiden PAS yang juga pengarah pilihanraya kecil ini, Datuk Mahfuz Omar, menganggap Umno semakin sukar memadamkan momentum perubahan rakyat bersama Pakatan sejak pilihanraya umum 8 Mac tahun lalu.Bagi beliau, Umno tidak boleh lagi mendakwa bahawa kemenangan sama dengan kemenangan mereka (BN) di Manik Urai, kononnya telah berjaya mengurangkan majoriti sehingga 65 undi di Manek Urai.Kemenangan berterusan Pakatan Rakyat ini boleh menjadi 'gelombang perubahan' yang besar di Dun Seputeh kelak, jika berlaku pilihanraya kecil mahupun nasional.Daripada 14,832 atau 73.1% pengundi yang turun mengundi, Salleh memperoleh 9,618 undi, manakala Rohaizat mendapat 5,067 undi.Pada Mac tahun lalu, bekas penyandang Allahyarham Dato' Mohd Hamdan Abdul Rahman mendapat 5433 undi majoriti; dari 20,350 atau 82.5% undi keseluruhannya.Disebabkan peratusan turun mengundi berkurang sebanyak 9.4% dari piliharaya sebelumnya, bermakna undi tradisi PAS dan Umno juga masing-masing turut menyusut sebanyak 12.6% (1386 undi) dan 9.5% (504 undi).Kejayaan bermakna bagi PAS/Pakatan adalah berjaya mengekalkan status quo mereka di kubu kuat PAS tersebut.Manakala, Umno tidak boleh lagi menjadikan pilihanraya kali ini sama seperti Manek Urai,dimana BN mendakwa rakyat mula menerima mereka dan menolak Pakatan Rakyat lagi.Selain kalah di Dun Permatang Pasir,BN pernah kalah berterusan di Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang; dan Dun Bukit Selambau serta Penanti sebelum ini.Walaubagaimanapun takala asyik merasai "aura" kemenangan Pakatan Rakyat tidak harus leka dan perlu berkerja kuat dan terus maju ke depan bersama-sama dengan rakyat demi mengekalkan momentum sokongan padu rakyat kepada Pakatan Rakyat hingga ke PRU-13 dan dengan izin Tuhan Putrajaya sudah pasti dalam gengaman Pakatan Rakyat.Akhir kata tahniah sekali lagi kepada Salleh Man dan diharap perlantikan beliau sebagai Yang Di-Pertua MAIPP dapat memantapkan lagi kerajaan pakatan di Pulau Pinang dan diharap beliau dapat memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.Sekian Salam Reformasi

Isu Royalti Minyak Perbincangan Dua Hala Antara Kelantan Dan Pusat

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan akan membuat perbincangan dua hala antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Kelantan berhubung dengan tuntutan royalti minyak Kelantan.Perkara ini dinyatakan beliau dalam Mesyuarat Majlis Kewangan Negara semalam yang turut dihadiri oleh wakil-wakil kerajaan negeri.Perkara ini disahkan oleh Datuk Husam Musa hari ini.Husam berkata, PM berjanji akan mengadakan mesyuarat dua hala ini selepas beberapa perkara teknikal mengenai tuntutan ini selesai dikaji.Husam, Exco kerajaan negeri Kelantan, telah mewakili kerajaan negeri Kelantan dalam mesyuarat berkenaan yang diadakan semalam.Sebelum ini, Nik Aziz ada menghantar surat kepada Perdana Menteri dan Petronas menuntut royalti minyak sebanyak RM1 bilion untuk kerajaan negeri Kelantan.Ini berdasarkan aktiviti carigali minyak yang dibuat oleh Petronas di perairan negeri Kelantan.Ekoran itu, bekas Pengerusi Petronas yang menandatangani perjanjian dengan kerajaan-kerajaan negeri termasuk Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah menyokong tuntutan itu.Ini turut disokong oleh Datuk Zaid Ibrahim, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang juga defacto Menteri Undang-undang.Baru-baru ini, Husam telah menguruskan satu ekspedisi mengenalpasti kedudukan pelantar minyak itu. 60 peserta dari pelbagai pihak termasuk media menyertai ekspedisi tersebut dan hasilnya, mereka mengesahkan pelantar ini berada di perairan Kelantan iaitu kira-kira 153 km daripada pantai Kelantan.Semasa melawat Kelantan baru-baru ini, Najib berkata, tuntutan Kelantan mengenai royalti minyak sedang dikaji.Sekian Salam Reformasi.

SPR Wajar Kaji Semula Hari Mengundi

Suruhanjaya Pilihanraya(SPR) wajar mengambil pengajaran dan mengkaji semula pemilihan hari mengundi pada hari bekerja berikutan kemerosotan peratus keluar mengundi pada pilihanraya kecil DUN N11 Permatang Pasir.Kesannya telah mengakibatkan kesukaran mereka yang bekerja untuk pulang membuang undi dan sekaligus menyumbang kepada kemerosotan peratusan rakyat yang keluar mengundi di Permatang Pasir.Jumlah keluar mengundi merosot hampir 10 peratus kali ini kepada 73.1 peratus berbanding 82.6 peratus pada Mac 2008.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam mengumumkan, calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, menewaskan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi.Majoriti yang diraih Salleh 4,551, kurang 882 dari majoriti yang diperoleh Bekas ADUN Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman yang mendapat majoriti 5,433 undi.Ini merupakan kemenangan PAS buat kali ketiga di kerusi itu sejak pilihan raya umum 1999

Tuesday, August 25, 2009

7 BERBALAS 1



Perak BN Speaker Filed Notice After Deadline

The Bar Council has clarified that Perak Speaker Datuk R Ganesan had only filed a notice of cessation of practice as a lawyer on August 17, ten days after a statutory deadline for him to do so expired.A letter to the Bar Council which was received on August 17 was however dated August 6.The actual “Notice of Cessation of Practice as an Advocate and Solicitor” was only field on August 17, as was an accompanying statutory declaration.Last week, former mentri besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin revealed that the former Sungkai assemblyman had infringed Article 36A of the Perak Constitution by failing to relinquish his job as a lawyer within three months of his appointment.Bar Council secretary George Varughese said in a statement today the Bar Council had acknowledged receipt of Ganesan’s letter dated August 6.But he pointed out that the “Notice of Cessation” was dated August 17.In the statement, Varughese said Ganesan had faxed a letter to the Bar Council on August 13, six days after the deadline expired, claiming that he had ceased being a lawyer on August 6.But the notice of cessation remained dated August 17, ten days after the legal deadline.The Bar Council statement appears to back Perak PR lawmakers in their argument that Ganesan had breached the state constitution and could no longer be Speaker.In a joint media statement today, Perak PR lawmakers said that while they still maintain Ganesan had not been properly elected Speaker on May 7, he should be disqualified now even if his appointment was accepted.“We all know that Dato’ R. Ganesan was never properly elected as the Speaker of the Perak State Legislative Assembly at the sitting on 7/5/2009 where the lawful and legitimate Speaker YB V. Sivakumar was illegally and forcibly removed from the State Assembly.“The purported election of Dato’ R. Ganesan by the BN elected representatives holding a sub-assembly within the Assembly was carried out before the opening of the session of the Legislative Assembly i.e before the opening speech of his Royal Highness the Regent of Perak.As such the PR lawmakers said Sivakumar should still be recognised as the legitimate Perak state Speaker.

Tuesday, August 18, 2009

DAP Berkuasa Sepenuhnya Di Selangor?

Apabila berlakunya peristiwa berhubung pengawalan penjualan arak di Selangor, yang bermula di Shah Alam, tiba-tiba UMNO/BN cuba menonjolkan diri mereka sebagai juara Islam! Pelik bin Ajaib, bukankah mereka yang memerintah selama 52 tahun sebelum naiknya PR? Mungkin mereka terlupa. Melayu UMNO sememangnya mudah lupa.Semasa BN memerintah, penduduk Seksyen 8 Shah Alam sudah pun meminta supaya kedai 7-Eleven di tempat mereka tidak menjual minuman keras. Jawapan UMNO ialah menguncikan Surau Seksyen 8 kerana penduduk Seksyen 8 dianggap ‘melampau’. Walaupun hubungan kedua peristiwa ini tidaklah begitu ‘direct’, tetapi lebih kurang begitulah ceritanya. Kisah ini pun mungkin mereka lupa kerana Melayu UMNO mudah lupa.Sekarang UMNO yang sama ini ingin mengherdik DAP dan memomokkan rakyat dengan ‘ancaman’ kekuasaan DAP. Ada yang sampai berkata, “tunggulah apabila DAP berkuasa sepenuhnya, mereka akan tunjuk belang mereka dan menindas ummat Islam!” Hmmm, setahu saya, UMNO/BN yang menindas ummat Islam selama ini. Melalui ISAnya. Melalui pemecatan Mufti dan Pegawai Masjid yang tidak akur kepada kehendaknya. Melalui penarikan balik bantuan per kapita kepada sekolah agama rakyat dan sebagainya. Mungkin ini pun mereka lupa juga.UMNO ingin memomokkan DAP di kalangan orang Melayu, sepertimana memomokkan PAS di kalangan masyarakat Cina dan India. Namun sebenarnya, tidak mungkin DAP berkuasa ‘sepenuhnya’ di Selangor. Walaupun boleh dipertikaikan kenyataan UMNO/BN ini, tetapi cuba kita andaikan sahaja, untuk memuaskan hati mereka. Hakikatnya jika diteliti, DAP tidak mungkin berkuasa ‘sepenuhnya’ di Selangor kerana bagaimana mungkin mereka berkuasa ‘sepenuhnya’ sekiranya mereka hanya bertanding 16 dari 56 kerusi sahaja?Inilah akibat mengajar Metamatik dalam bahasa Inggeris. Orang UMNO sudah tidak pandai mengira! Kalau ingin berkuasa ‘sepenuhnya’, maka sepatutnya DAP bertanding untuk mendapatkan majoriti 2/3 yang bersamaan dengan 38 kerusi. Barulah mampu berkuasa ‘sepenuhnya’.Kalau ingin berkuasa dengan majoriti mudah sekalipun, DAP akan memerlukan 29 kerusi. Adakah mungkin memenangi 29 kerusi sekiranya hanya bertanding 16? Atau apakah mungkin orang UMNO anggap kerusi DUN ini boleh beranak-pinak? Itulah sebabnya kita perlukan ‘Pakatan’. Bukan PAS sahaja, UMNO pun perlukan pakatan dengan MCA dan MIC serta Gerakan. Namun sekarang ini MCA, MIC dan Gerakan tidak lagi mampu mendapat sokongan bukan Melayu. Oleh itu UMNO membawa mesej Melayu ekstrim kerana mereka menyedari bukan Melayu tidak akan lagi mengundi mereka, walau sekerap manapun Najib berulang ke Batu Caves.Kasihan melihat gelagat UMNO. Ini tak kena, itu tak kena. Akhirnya, seperti biasa kembali menipu dan memomokkan rakyat dengan ketakutan terhadap DAP dan PAS. Inilah akibatnya apabila sudah kehabisan modal.

Monday, August 17, 2009

Suruhanjaya Diraja atau 'Sarkas Diraja'

Apabila ditanya wartawan adakah beliau didesak untuk mengadakan Suruhanjaya Diraja (SR) bagi menyiasat punca kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock, Dato' Seri Mohd Najib Razak menafikannya.Beliau menjawab persetujuan menubuhkan Suruhanjaya Diraja itu adalah kerana ingin mencari kebenaran.Betulkah Najib berminat ingin mencari kebenaran? Apabila beliau dan kabinet bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Diraja nampak pada zahirnya beliau seolah-oleh serius ingin mencari kebenaran. Namun apabila skop Suruhanjaya Diraja itu hanya dihadkan untuk menyiasat teknik penyiasatan yang diguna pakai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), jelaslah bahawa Najib bukan berminat mencari kebenaran. Apa yang jelas ialah Najib ingin 'mengkebumikan kebenaran'.Najib melalui Abdul Ghani Patail terdesak mencari lubang dan alasan bagi menjustifikasikan tindakan beliau yang mengehadkan terma rujukan Suruhanjaya Diraja hanya kepada menyiasat cara atau kaedah penyiasatan yang digunakan oleh SPRM.Najib menyatakan bahawa beliau terikat dengan undang-undang. Beliau telah dinasihati oleh Ghani Patail bahawa sebab kematian Teoh Beng Hock perlu ditentukan oleh satu inkues di bawah seksyen 339(1) Kanun Prosedur Jenayah (KPJ).

Di bawah seksyen 339(1) KPJ, Peguam Negara mempunyai kuasa untuk mengarahkan Majistret untuk mengadakan siasatan di atas kematian seseorang.Ghani berhujah bahawa KPJ adalah undang-undang khusus yang mempunyai peruntukan mengenai satu siasatan bagi kes-kes kematian. Oleh itu, hujah Ghani inkues adalah mandatori bagi menentukan sebab-sebab kematian Teoh Beng Hock dan bukannya Suruhanjaya Diraja yang menjalankan tugas atau peranan tersebut. Ghani menambah jika Suruhanjaya Diraja juga menjalankan tugas menyiasat sebab kematian mendiang Teoh maka ia akan menjalankan tugas yang bertindih dengan tugas Mahkamah.Ghani juga berhujah bahawa orang awam tidak patut keliru peranan Suruhanjaya Diraja yang ditubuhkan oleh Kerajaan dengan inkues yang diwujudkan di bawah KPJ. Beliau berhujah bahawa Seksyen 2 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Commissions of Enquiry Act 1950) secara jelas merujuk kepada penyiasatan berkenaan tindakan dan pengurusan kakitangan awam iaitu Seksyen 2(1)(a) dan Jabatan Kerajaan (2(1)(b).Oleh itu Ghani menambah peranan Suruhanjaya Diraja tidak boleh diluaskan bagi menyiasat kes kematian kes Teoh Beng Hock kerana siasatan oleh pihak Majistret adalah lebih betul dan disokong oleh undang-undang.Ghani berkata adalah tepat peranan Suruhanjaya Diraja hanya dihadkan kepada menyiasat teknik penyiasatan yang digunapakai oleh SPRM.Namun ianya tidak benar sama sekali dan ternyata Ghani cuba meipu rakyat jelata.Pertamanya mari kita lihat hujah beliau bahawa inkues adalah mandatori bagi menyiasat kes-kes kematian seperti kes Teoh Beng Hock.Jika rakyat menerima hujah tersebut, rakyat berhak bertanya mengapakah sehingga kini beliau sebagai Peguam Negara tidak melaksanakan tugas dan peranannya di bawah Seksyen 339(1) KPJ bagi mengarahkan satu inkues diadakan bagi menyiasat kes A. Kugan yang mati di dalam tahanan polis iaitu di Balai Polis Taipan, Subang Jaya pada 20 Disember 2008.Mengapakah tiada inkues dibuat di dalam kes Memali? Kes A. Kugan menimbulkan dua pertanyaaan yang sehingga kini masih gagal dijawab oleh Kerajaan.Pertamanya sebab�sebab kematian beliau di dalam tahanan polis. Kenapakah, mengguna pakai hujah Ghani, inkues tidak dibuat bagi menyiasat hal tersebut.Keduanya kes A. Kugan juga menimbulkan isu teknik penyiasatan pihak polis. Mengapakah Ghani sebagai Penasihat Undang-undang Kerajaan tidak menasihati ditubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat teknik penyiasatan yang diguna pakai oleh pihak polis?

Ghani turut berhujah bahawa Suruhanjaya Diraja tidak boleh ditugaskan untuk menyiasat sebab-sebab kematian Teoh kerana ia di bawah Seksyen 2 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950. Penyiasatan Suruhanjaya Diraja hanya dihadkan berkenaan tindakan dan pengurusan kakitangan awam dan jabatan Kerajaan sahaja.Di sini jelas Ghani berbohong dan sengaja tidak membaca seksyen 2 secara keseluruhan. Atas sebab yang hanya Ghani tahu, beliau hanya membaca Seksyen 2(1)(a) dan (b) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 dan dengan sengaja meninggalkan seksyen 2(1)(d) Akta yang sama.Seksyen 2(1)(a) menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh mengarahkan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat tindakan pegawai-pegawai Persekutuan dan Seksyen 2(1)(b) pula bagi menyiasat tindakan dan pengurusan jabatan Kerajaan yang menjalankan tugas-tugas awam.

Apakah pula yang dikatakan oleh Seksyen 2(1)(d) Akta tersebut?Seksyen tersebut menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh mengarahkan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat lain-lain perkara yang menurut perkiraan baginda dimana perkara-perkara itu melibatkan "public welfare".Jelas Seksyen 2(1)(d) memberi suatu kuasa yang amat luas kepada Suruhanjaya Diraja yang mana kuasa tersebut adalah merangkumi tujuan kemaslahatan awam menyiasat sebab-sebab kematian Teoh Beng Hock.Di negara-negara Komanwel lain seperti Australia yang turut menjadi rujukan khalayak perundangan Malaysia, adalah menjadi perkara biasa siasatan dilakukan oleh Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat sebab-sebab kematian seseorang khususnya kematian misteri.Mengenai hujah Ghani jika Suruhanjaya Diraja diberikan tugas menyiasat kematian Teoh akan berlaku pertindihan tugas, jawapan pada hujah mengarut itu boleh dijelaskan sebegini: Jika Ghani atau Najib tidak mahu pertindihan tugas cukuplah diberi kuasa kepada Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kedua-dua perkara iaitu teknik siasatan SPRM dan sebab-sebab kematian Teoh. Tidak perlu inkues kerana ia akan bertindih tugas dengan Suruhanjaya Diraja dan membazirkan wang rakyat!Mengapa rakyat mahukan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kematian Teoh? Jawapannya kuasa Suruhanjaya Diraja adalah lebih luas dari kuasa seorang Majistret di dalam siasatan inkues.Suruhanjaya Diraja sebagai contoh boleh memanggil mana-mana orang dan juga boleh menerima apa-apa keterangan termasuk keterangan yang sekiranya dikemukakan di Mahkamah akan ditolak (lihat seksyen 8(f) Akta tersebut).Suruhanjaya Diraja yang ditubuhkan sekadar menyiasat teknik penyiasatan SPRM adalah Suruhanjaya Diraja yang ditubuhkan untuk tujuan hiburan semata-mata.Adakah Najib inginkan Suruhanjaya Diraja atau 'Sarkas Diraja'? Kalau 'Sarkas Diraja' Najib dan Ghani layak menjadi boneka mainanya.Sekian Salam Reformasi.

PROJEK MEGA MALAYSA JET PEJUANG codename "M-R2D2-X"

Pusat judi, hiburan halal kerana lesen ?

Nampaknya bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohd Khir Toyo begitu serius bercakap tentang pusat judi, hiburan dan spa yang dikatakan haram berjumlah 4000 buah seluruh negeri Selangor.Tahniah saya ucapkan kepada bekas Menteri Besar Umno-BN di Selangor tersebut kerana sensitif dengan isu pusat judi, hiburan dan spa haram sejak akhir-akhir ini.Persoalannya ialah, adakah Khir Toyo melihat isu halal dan haram hanya di dalam konteks lesen semata-mata, sekali gus membelakangkan dari aspek hukum agama Islam yang menjadi pegangannya.Jika itulah yang menjadi prinsip dan pegangannya dalam menentukan status halal dan haram pusat judi, hiburan dan spa haram.Bagi saya, memberi lesen pusat judi, hiburan dan spa tetap haram, malah ia dua kali haram dari yang tidak berlesen. Ini yang sepatutnya yang Khir Toyo kena sedar. Sekadar mahu mempolitikan isu pusat judi, hiburan dan spa tidak berlesen (haram) olehnya adalah berkepentingan politik yang keliru dan mengelirukan kepada dirinya sendiri.Sebaliknya, kewujudan pusat judi, hiburan dan spa tidak berlesen tersebut lebih baik berbanding yang berlesen kerana ia adalah salah satu cara pencegahan ataupun kawalan yang boleh dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor secara diplomasi dan bijaksana. Ia tidak seperti Khir Toyo yang cuba menghalalkan pusat judi, hiburan dan spa melalui pemberian lesen kepada permohonan.Sebagai umat Islam, Khir Toyo harus faham bahawa samada pusat judi, hiburan dan spa yang diberi lesen atau tidak berlesen tetap haram di sisi agama Islam. Sesungguhnya implikasi di atas kegiatan yang berkaitan pusat judi, hiburan dan spa tetap salah di sisi agama serta tidak sah dari sisi agama.Khir Toyo cuba untuk menampilkan keIslamannya melalui isu pusat judi, hiburan dan spa yang dikatakan haram, sebaliknya melupakan bahawa dia pernah diamanahkan sebagai Menteri Besar Selangor mengutip hasil dari pusat judi, hiburan dan spa yang dianggap tidak haram tersebut.Sekian Salam Reformasi.

NGO Anti-PSSMI Ingin Menangkan PAS Di N.11 Dun Permatang Pasir

Pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) oleh kerajaan tidak dapat meredakan lagi perasaan tidak puas hati kumpulan seniman dan budayawan yang bergabung dalam Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP).Pada 21/8/09,iaitu empat hari sebelum pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir berlangsung, penasihat GMP Sasterawan Negara A Samad Said dijadual turun berkempen bagi memenangkan calon PAS Mohd Salleh Man atas pendiriannya membantah dasar kontroversi itu.Difahamkan bahawa A Samad, atau panggilan mesranya Pak Samad, akan berceramah dan mengedarkan risalah anti-PPSMI.Dalam mesyuarat GMP, Sabtu lalu bagi membincangkan tindakan susulan badan itu susulan pengumuman pemansuhan PPSMI, badan itu berhasrat untuk tidak mengadakan demonstrasi sekali lagi dalam masa terdekat.Sebaliknya GMP akan menghantar memorandum kepada Kementerian Pelajaran mempersoalkan kelambatan pemansuhan itu, tidak seperti proses pelaksanaannya pada 2003 yang hanya mengambil masa enam bulan.

.

Sunday, August 16, 2009

Bukan Islam Guna Lambang PAS Dalam PRU-13

Orang bukan Islam yang menyertai Kelab Penyokong PAS (KPP) akan berpeluang bertanding atas tiket PAS dan menggunakan lambang parti itu, dalam pilihan raya ke 13 nanti.Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustaffa Ali berkata demikian ketika membentangkan kertasnya dalam munaqasyah ucapan dasar Presiden PAS peringkat negeri Pulau Pinang .Majlis yang dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man itu turut dihadiri Setiausaha PAS Negeri, Fazhil Kemi, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Rosidi Husin, Ketua Dewan Ulama PAS Negeri, Ustaz Shuib Mohd Amin, Ketua Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah dan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri, Ustazah Rahmah Mat Isa.Dengan pendekatan ini, dipercayai ramai orang bukan Islam akan bertanding atas tiket PAS dalam pilihan raya umum akan datang, sesuatu yang sangat baru kepada parti Islam itu.PAS turut membuat keputusan mencalonkan wanita sebagai calonnya dalam pilihan raya. Ekoran itu, ramai wanita dijangkakan akan dicalonkan PAS dalam pilihan raya umum. Ia hanya pernah berlaku di awal penubuhan PAS namun sudah lama tidak belaku.Kini, orang bukan Islam pula bakal menjadi calon PAS. Buat masa ini, kira-kira 20,000 orang Cina dan India yang bukan Islam menjadi ahli KPP di seluruh negara. PAS juga sedang mengkaji semula perlembagaannya untuk membolehkan mereka menjadi ahli PAS.Menurut Mustafa, pada pilihan raya umum lalu perkara ini tidak diputuskan lagi walaupun ada permintaan yang bertubi-tubi dari orang bukan Islam. Walaupun ianya masih dalam perancangan namun diyakini ia akan menjadi kenyataan. Sekian Salam Reformasi.

Saturday, August 15, 2009

Ketua Polis Selangor Disaman

Sebuah syarikat pelancongan menyaman Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dan isterinya kerana didakwa 'tidak membayar" tiket penerbangan pergi-balik kelas perniagaan Kuala Lumpur-London berjumlah RM41,868.Selain harga tiket tersebut, Global Holiday Sdn Bhd juga menuntut faedah 8 peratus dari tarikh saman itu dikeluarkan dan juga kos dan pampasan lain yang munasabah.Bagaimanapun, Khalid mendakwa beliau telah membayar sepenuhnya jumlah tersebut kepada ejen jualan tiket yang dibelinya dua tahun lalu.Ketika itu, Khalid adalah timbalan pengarah 1 Jabatan Siasatan Jenayah. Dalam jawapan balasnya, Khalid berkata, kos sebenar tiket tersebut ialah RM15,000 dan bukannya RM41,868 seperti yang didakwa oleh agensi berkenaan.Khalid mendakwa beliau membeli tiket itu pada 2007 dari ejen jualan tiket pada harga diskaun kerana ia merupakan sebahagian daripada kuota tiket untuk kakitangan Malaysia Airlines (MAS).Dalam jawapannya, Khalid juga berkata kawan karibnya, The Kok Wei telah memperkenalkannya kepada ejen jualan tiket, Tim Lu Yew Huat, yang merupakan wakil sah bagi beberapa agensi pelancongan serta sebagai pengurus Global Holiday, yang rapat dengan kakitangan MAS.Sekian.

Thursday, August 13, 2009

Pegawai SPRM tidak catat keterangan Teoh

Prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini dikejutkan dengan kenyataan seorang pegawai penyiasat polis yang menyatakan tiada sebarang catatan dibuat oleh pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) ketika menyoal siasat Teoh.Inspektor Mohd Zulaimi Zubir, 29,dari cawangan jenayah ibupejabat polis daerah Shah Alam berkata perkara itu disedari selepas melakukan pemeriksaan ke atas 10 muka surat buku catatan harian rasmi milik pegawai SPRM Mohd Anuar Ismail yang dirampas 18 Julai lalu.Peguam yang mewakili kerajaan Malaysia, Tan Hock Chuan mengesahkan Mohd Anuar bertanggungjawab menyoal siasat Teoh.Menurutnya hasil pemeriksaan dalam buku bertarikh 8 Julai 2009 tercatat 'rumah/putrajaya/pejabat/tol RM' sahaja,pada 15 dan 16 Julai tiada sebarang catatan dibuat oleh pegawai penyiasat SPRM.Dalam prosiding, buku asal itu tidak ditandakan eksibit memandangkan ia masih digunapakai dan hanya salinan dikemukakan tetapi ia telah disahkan oleh Timbalan Pengarah SPRM.Ini merupakan satu pendedahan yang amat mengejutkan oleh pihak penyiasat.Nampaknya anggota SPRM mempunyai daya ingatan luar biasa kerana semua butiran soal-siasat yang diperolehi daripada Teoh "register" di memori mereka.Cukup menghairankan kerana mediang Teoh disiasat sampai awal pagi tetapi tidak secebis butiran pun direkodkan oleh pegawai penyiasat.Nampaknya seluruh organisasi kerajaan cukup bengong macam ketuanya.Sekian Salam Reformasi.

Wujudkan satu Malaysia melalui dua parti

Jika mahu wujudkan satu Malaysia, maka wujudkan dua parti. Jika hanya ada satu parti, maka yang wujud adalah dua Malaysia. Sejak negara ini mencapai kemerdekaan, yang wujud hanyalah satu parti, maka akibatnya, muncul dua Malaysia. Apa yang dimaksudkan dengan satu Malaysia di sini ialah negara yang majoriti rakyatnya berasa bersama memiliki Malaysia sebagai negara mereka.Dua Malaysia di sini pula bermaksud rakyat negara yang terpecah dua. Di satu pihak ialah mereka yang mendokong parti pemerintah dan memperoleh manfaat daripadanya. Sementara pihak yang satu lagi ialah mereka yang terpinggir dan tidak berasa sebagai turut memiliki negara ini. Satu parti di sini ialah sistem di mana politik didominasi oleh satu saja parti. Dalam hal Malaysia, sejak merdeka ia diperintah oleh satu parti saja iaitu Umno dan sekutu-sekutunya, mula-mula berbentuk Perikatan, kemudian Barisan Nasional.Maka apa yang dimaksudakan dengan dua parti adalah sistem di mana dua parti adalah cukup kuat untuk dipilih oleh rakyat supaya menjadi parti pemerintah. Kebanyakan negara-negara maju mempuynyai sistem ini, iaitu seperti Parti Demokratik dan Republikan di Amerika Syarikat, dan Parti Buruh dan Konservatif di Britain.Di sinilah perjuangan Pakatan Rakyat yang mahu mewujudkan sistem dua parti, di mana kedua-dua Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat mampu muncul untuk menjadi parti pemerintah. Sistem parti alternatif ini diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat tetapi cuba dihalang oleh Barisan Nasional. Maka jika akhirnya Pakatan Rakyat berjaya memegang pemerintahan, dan kemudian setelah dua penggal, contohnya Barisan Nasional berjaya kembali berkuasa, maka sistem dua parti sedang mula berjalan, walaupun bertateh.Selagi Barisan nasional berjaya mengekalkan kuasa, maka sistemd ua parti ini tidak akan dapat bermula. Adalah suatu yang semula jadi bagi mana-mana parti untuk memperthankan kuasa. Dalam keadaan sekarang, kerana usaha mendapatkan kuasa, maka Pakatan rakyat memperjuangkan sistem dua parti. Sementara Barisan Nasional menolak sistem ini kerana ia bermakna dominasinya ke atas politik negara akan berakhir.Tetapi sebenarnya dalam sistem dua parti, mana-mana parti tetap ada harapan akan bangkit dan menguasai pemerintahannya apabila diterima rakyat. Tetapi dalam sistem satu parti yang dominan, parti-parti lain tidak berpeluang untuk menjadi parti pemerintah. Ini kerana kuasa akan selama-lama dibolot oleh parti pemerintah. Di sinilah kuncinya bagi mewujudkan satu Malaysia.Apabila sistemd ua parti berjalan dengan lancar, ia bermakna rakyat sudah menerima bahawa parti pemerintah boleh bertukar tetapi kerajaan dan negara tetap utuh, dan satu. Maka sistem dua parti mampu melahirkan negara satu Malaysia. Sebaliklnya sistem satu parti akhirnya membawa kepada perpecahan kepada negara, dan ia tidak menyenangkan rakyat.Ini kerana rakyat tidak kira apa jua fahaman politiknya tentu mahukan negara itu sebagai miliknya, bersama dengan rakyat lain. Jika parti pemerintah yang dipilihnya menang, maka tentu mudah untuk dirinya melihat kerajaan dan negara ini sebagai miliknya. Tetapi apa kata parti yang disokongnya kalah? Jika seseorang itu mempunyai fahaman demokratik yang jelas, maka walaupun parti yang disokongnya kalah, ia tetap menganggap kerajaan dan negara adalah milik bersama.Keadaan ini mudah diterima jika istem demokrasi di negaranya berjalan lancar. Makananya mana-mana parti di negara itu mempunyai peluang sama untuk menjadi parti pemerintah. Tetapi jika rakyat berasakan bahawa partinya langsung tiada peluang untuk menang dan menjadi kerajaan, bukan kerana tidak dapat sokongan rakyat tetapi lebih kepada keadaan sistem yang tidak adil hingga menghalang sebarang kemungkinan parti-parti pembangkang akan menjadi kerajaan.Umpamanya kalau sebelum pilihan raya tahun 28, banyak rakyat yang menyokong kerajaan tidak berasa memiliki negara kerana dominasi Barisan Nasional adalah besar. Tetapi setelah lima negeri dimenangi oleh parti pembangkang di peringkat pusat, maka rakyat umpamanya di Selangor akan beraswa bahawa negeri ini adalah milik rakyat, tanpa mengira fahaman politiknya. Contohnya, Selangor menjadi milik rakyat dan bukannya hak Umno semata-mata.Sememangnya bagi penyokong Barisan Nasional, mereka berasakan kehilangan Selangor. Tetapi mereka tetap berasa berpeluang untuk menang kembali. Maka akhirnya negeri-negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan sudah merintis sistem dua parti. Kedua-dua Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat sama-sama berpeluang untuk menjadi kerajaan negeri,Tetapi dari sudut lain, kalaulah bukan kerana kemenangan Pakatan Rakyat di banyak tempat di negara ini, maka tidak timbul usaha untuk mewujudkan konsep Satu Malaysia seperti yang digagaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Maka adalah perlu dari masa ke semasa dengan mempertimbangkan prestasi parti pemerintah, maka seseorang boleh menggantikan kerajaan negara ini pada masa-masa akan datang.Satu Malaysia bukan saja bermaksud perpaduan tetapi juga kemakmuran untuk rakyat. Sebab itu slogan itu tidak berdiri sendiri tetapi juga berkaitan dengan gagasaan Reakyat Didahulukan. Maka apa saja termasuk sistem politik yang diwujudkan seperti sistem dua parti adalah untuk kepentingan rakyat.Dalam hal Satu Malaysia, ia kelihatan memperoleh sokongan umum oleh majoriti rakyat walaupun begitu, umumnya ia merupakan gagasan baik yang wajar disokong. Tetapi oleh kerana buat masa ini kerajaan yang ada mengalami krisis keyakinan, maka apa saja gagasan termasuk Satu malaysia tidak begitu disambut dengan penuh semangat.Daripada membawa slogan baru, adalah wajar kerja yang lebih baik adalah membina keyakinan rakyat melalui usaha ihkas bagi memperbaiki kehidupan rakyat. Kejujuran membawa keyakinan dan dari situlah baru rakyat bersedia untuk menyokong. Tetapi masalahnya ialah usaha membina keyakinan memerlukan masa panjang, sesuatu yang tidak dimiliki oleh parti pemerintah dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.Akhirnya, gagasan Satu Malaysia memerlukan semangat demokratik yang tinggi dengan sifat toleran kepada fahaman yang berbeza. Lebih-lebih lagi apabila diambil kira kepentingan sistem dua parti sebagai kaedah bagi mewujudkan Satu Malaysia yang berkekalan dan memberi sumbangan penting dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai negara maju.Usaha lebih baik ialah persediaan minda dan struktur politik negara untuk menghadapi keadaan di mana terwujudnya sistem dua parti yang dipercayai sesuatu yang tidak dapat dileakkan kerana ia merupakan proses semula jadi bagi sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi.Sekian

Isu ISA - Undian KDN dipertikaikan

Desakan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tiba-tiba menjunam hari ini dalam undian di laman web berita Kementerian Dalam Negeri (KDN) - tinggal lagi 48 peratus daripada 90 peratus sejak petang semalam.Jumlah respons bagi soalan keempat "Apa yang anda mahu dari ISA?" pula meningkat mendadak kepada 30,115 daripada 13,969 respons berdasarkan semakan akhbar berbahasa Cina jam 4 petang semalam sehingga menjadi bahan pertikaian dan tuduhan ia dimanipulasi. Sebanyak 12,589 respons atau 90 peratus mahu akta kontroversi itu dihapuskan semalam seperti dilaporkan China Press hari ini.Malam ini, tinggal lagi 48 peratus atau 14,603 respons mahu ia dimansuhkan. Sementara 51 peratus atau 15,459 respons ingin ia disemak seperti janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.Tanggapan pengunjung gerbang berita rasmi KDN juga berubah mendadak dan luar biasa. Setakat semakan terkini Malaysiakini jam 11.30 malam ini 49 peratus atau 13,619 daripada 28,012 respons menyifatkan akta itu "zalim", dan 50 peratus lagi menganggapnya "undang-undang pencegahan."Petang semalam, 87 peratus atau 11,836 respons menganggapnya sedemikian. Jumlah respons waktu itu 13,644 berbanding lewat malam ini yang meningkat lebih 100 peratus.Keganjilan corak respons ini mengundang pertikaian sekumpulan pengguna internet. Mereka mendakwa respons terbaru bagi dua soalan tersebut - termasuk yang pertama "pada pandangan anda, ISA adalah ..." telah dimanipulasi oleh kementerian berkenaan. Kenaikan mendadak respons itu berbeza dengan corak jawapan bagi tiga soalan lagi sejak ia dimulakan. Semakan China Press di laman web www.ikdn.gov.my menunjukkan, tiga soalan lain menerima respons antara 12,246 hingga 12,578. Semakan Malaysiakini malam ini bagi ketiga-tiga soalan tersebut menunjukkan ia tidak naik mendadak, sebaliknya mengikut corak respons seperti Khamis lepas, hari pertama undian ini diberitakan. Menjawab isu tahap pengetahuan pengunjung berhubung akta tersebut, berdasarkan semakan menjelang tengah malam ini, 94 peratus daripada 14,411 respons memilih "faham".Kira-kira 94 peratus daripada 13,917 respons pula menjawab soalan ketiga dengan menyatakan mereka mendapat maklumat tentang isu tersebut daripada bahan bacaan.Bagi soalan terakhir, 56 peratus daripada 13,983 respons "mengetahui" Amerika Syarikat dan Britain mempunyai akta menentang keganasan masing-masing yang "dirujuk daripada pelaksanaan ISA di Malaysia".Sementara 40 peratus lagi, atau 5,661 respons, menyifatkan soalan itu "tidak memberi apa-apa makna" kepada mereka.Berdepan dengan kenaikan ganjil itu, warga internet yang berbahas di laman perkongsian sosial Facebook kumpulan diskusi 1BlackMalaysia menyifatkan fenomena undian KDN itu sebagai "keengganan kerajaan menerima kebenaran tentang apa yang dituntut rakyat berhubung ISA".Berdasarkan undian topik-topik yang lepas, tempoh tinjauan di portal berita KDN itu dijalankan selama seminggu.

RM 10 juta HABUAN Untuk Ong Tee Keat


Hanya selepas 24 jam satu laporan polis dibuat terhadap syarikat pemaju Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), pegawai tingginya membuat satu pendedahan yang amat mengejutkan.Ketua Pegawai Eksekutif KDSB, Datuk Seri Tiong King Sing yang juga pengerusi Kelab Penyokong BN mendakwa beliau telah 'menderma' RM10 juta kepada Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat tahun lalu.Wang tersebut, tambahnya, adalah untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahagian-bahagian MCA.Timbalan Tiong dalam KDSB, Datuk Faizal Abdullah berkata Ong telah menggunakan jet peribadi milik syarikat tersebut sebanyak lima kali dan 'berhutang' kepada mereka sebanyak AS$40,000 bagi perkhidmatan tersebut.Bagi mempertahankan dirinya,Ong mendakwa bahawa tindakan untuk mencemar dan membuat serangan peribadi terhadap dirinya semakin menjadi-jadi,terutama selepas pendedahan terbaru Pasukan Petugas Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).Berikut adalah terjemahan jawapan penuh Ong yang juga menteri pengangkutan mengenai isu RM 10 juta dalam laman blognya hari ini."Saya tidak terperanjat bahawa taktik untuk mencemar dan membuat serangan peribadi terhadap diri saya semakin menjadi-jadi, terutama selepas pendedahan terbaru oleh Pasukan Petugas PKFZ. Sekiranya saya telah menerima habuan dan faedah kewangan bagi dirinya atau bagi pihak parti, maka sudah tentulah saya akan berusaha melindungi kepentingan pemberinya, dan bukan sebaliknya dengan meneruskan usaha mendedahkan salahlaku mereka. Dengan berbuat demikian, saya membahayakan keselamatan diri saya dan keluarga saya serta kredibiliti saya.Dakwaan Datuk Seri Tiong King Sing bahawa saya telah menerima "pinjaman" RM10 juta dari beliau untuk kegunaan bahagian-bahagian parti, jelas dibuat dengan beberapa motif, termasuk mengalih perhatian dari dakwaan penyelewengan yang didedahkan oleh pasukan petugas.Ia juga boleh membawa maksud untuk menimbulkan keraguan di kalangan rakan-rakan dalam parti saya bahawa saya telah membolot wang yang sepatutnya untuk bahagian-bahagian parti. Hakikat bahawa beliau berkata ia merupakan satu pinjaman, boleh membawa maksud yang beliau mahu opsyen untuk mengheret saya ke mahkamah untuk memalukan lagi saya. Tempoh yang disebut oleh Dato' Seri Tiong ialah 2008, ketika saya menjadi naib presiden sehinggalah saya menyandang jawatan presiden pada bulan Oktober. Tidak timbul keperluan bagi saya sebagai naib presiden untuk mengumpulkan dana untuk bahagian. Kemudianya, apabila menjadi presiden, kita sudah mempunyai akses kepada dana dan peruntukan parti. Saya tidak rasa ada mana-mana orang yang waras sanggup menyerahkan RM10 juta berasaskan kepada cerita seumpama itu.Saya amat gembira Dato' Faisal Abdullah telah mengakui bahawa jet-jet tersebut telah disewa oleh pejabat saya. Ini dengan jelas menunjukkan bahawa saya tidak menerima sebarang keistimewaan. Jika saya terpaksa, dan saya bersedia untuk menjelaskan bayaran perkhidmatan pesawat tersebut, Saya dengan jelas tidak menerima rasuah atau layanan istimewa.Lagi pula, pejabat saya belum menerima sebarang invois untuk perkhidmatan yang diberikan itu. Jika syarikat tersebut lebih cekap, saya pasti pejabat saya telah pun menjelaskan bayarannya dengan segera. Saya pasti urusan perniagaan tidak mengeluarkan invois melalui akhbar.Saya akan mendapatkan pandangan peguam saya dan nasihat perundangan terhadap dakwaan yang berunsur fitnah itu.Saya melihat halangan terbaru ini sebagai satu cabaran yang perlu saya hadapi. Ia tidak akan menghalang saya daripada memastikan bahawa isu PKFZ diselesaikan demi kepentingan kerajaan dan rakyat. Saya juga minta saya dihakimi berdasarkan tindakan-tindakan saya."