Thursday, July 23, 2009

Cubaan tutup isu salah guna wang kerajaan negeri Selangor

Tindakan pakatan pembangkang mendesak supaya siasatan berhubung penyalahgunaan wang peruntukan kerajaan negeri Selangor dihentikan ekoran kematian Teoh Beng Hock merupakan cubaan mereka untuk menutup isu itu daripada terbongkar.Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Noh Omar berkata, kematian setiausaha politik kepada seorang Exco Selangor pada Khamis lalu itu telah dijadikan bahan untuk menghalang perbuatan buruk mereka yang terlibat didedahkan melalui siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).''Sebenarnya mereka (pakatan pembangkang) sudah tidak tahan apabila SPRM mula menyiasat kes itu dan mencari kaedah untuk membuatkan rakyat marah dengan SPRM supaya siasatan tidak diteruskan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.Pakatan pembangkang menyuarakan desakan itu ketika mengadakan perhimpunan di Stadium Kelana Jaya dekat sini pada Ahad lalu Beng Hock, 30, ditemui mati di tingkat lima bangunan Plaza Masalam di sini, selepas 10 jam disiasat sebagai saksi berhubung penyalahgunaan wang kerajaan negeri itu di pejabat SPRM di tingkat 14 bangunan yang sama.Noh menegaskan, polis dan SPRM mesti meneruskan siasatan tanpa menghiraukan desakan pihak tertentu.Jelasnya, isu kematian itu tidak sepatutnya dipolitikkan dan integriti SPRM tidak seharusnya dipertikaikan. ''Tetapi masalah yang sering ditimbulkan oleh pakatan pembangkang ialah mereka terlebih dahulu membuat keputusan sebelum siasatan selesai bagi memesongkan fikiran rakyat," ujarnya.Tetapi apa yang wajar diberikan perhatian adalah siapa yang sebenarnya yang memesongkon pemikiran rakyat.Hakikatnya BN serta parti komponennya yang telah bodohkan rakyat sejak negara ini merdeka melalui pelbagai propaganda mereka di media cetak dan juga electronik yang "dikawal-selia" oleh konco-konco mereka.Mereka sebenarnya tidak layak digelar pemimpin kerana terlalu takut untuk mengakui perkara sebenar mengenai segala kebocoran dalam pentadbiran mereka.Misalnya isu PKFZ melibatkan billion ringgit terus dimatikan dan kini mereka sibuk sangat kacau isi pakatan rakyat.Senario ini bagaikan "Ketam Menyuruh Anaknya Jalan Dengan Betul".Wahai pemimpin-pemimpin sekalian sedarla bahawa diri anda itu tidak betul sebenarnya.Jadilah contoh yang baik kepada rakyat dan janganla sampai rakyat bercerita tentang perihal anda di kedai-kedai kopi.Rakyat kini tahu membezakan apa yang betul dan apa yang tidak betul mengenai isu-isu semasa yang sedang melanda negara ini.Sebagai penutup kata jalankan tugas anda dengan bertunjangkan kebenaran dan tidak telalu asyik mengharapakan habuan yang bakal diterima dan sering menunding jari kearah pihak pembangkang dan terus menyerang mereka dari segala aspek.Sekian Salam Reformasi.

No comments:

Post a Comment