Thursday, August 27, 2009

SPR Wajar Kaji Semula Hari Mengundi

Suruhanjaya Pilihanraya(SPR) wajar mengambil pengajaran dan mengkaji semula pemilihan hari mengundi pada hari bekerja berikutan kemerosotan peratus keluar mengundi pada pilihanraya kecil DUN N11 Permatang Pasir.Kesannya telah mengakibatkan kesukaran mereka yang bekerja untuk pulang membuang undi dan sekaligus menyumbang kepada kemerosotan peratusan rakyat yang keluar mengundi di Permatang Pasir.Jumlah keluar mengundi merosot hampir 10 peratus kali ini kepada 73.1 peratus berbanding 82.6 peratus pada Mac 2008.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam mengumumkan, calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, menewaskan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi.Majoriti yang diraih Salleh 4,551, kurang 882 dari majoriti yang diperoleh Bekas ADUN Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman yang mendapat majoriti 5,433 undi.Ini merupakan kemenangan PAS buat kali ketiga di kerusi itu sejak pilihan raya umum 1999

No comments:

Post a Comment