Monday, August 31, 2009

Parti Pembangkang Menang Besar Di Jepun

Parti pembangkang Jepun, Parti Demokratik (DPJ) mencatat kemenangan besar pada pilihan raya umum negara tersebut, menewaskan parti pemerintah Parti Liberal Demokratik (LDP) pimpinan Taro Aso.Ia merupakan satu catatan sejarah dalam politik Jepun dalam tempoh lebih separuh abad.Mengikut tinjauan yang dijalankan oleh TV Asahi, sebaik-baik pengundian tamat, DPJ dijangka memenangi 315 kerusi daripada 480 kerusi di Dewan Rendah, manakala Tokyo Broadcasting System pula melaporkan parti pembangkang berhaluan tengah-kiri itu me memenangi 321 kerusi.Badan penyiaran awam, NHK pula meramalkan DPJ akan memenangi antara 298 dan 329 kerusi, berbanding antara 84 hingga 131 kerusi oleh parti konservatif LDP pimpinan Perdana Menteri Taro Aso, 68 tahun.Nippon Television pula menyatakan DPJ memenangi 324 kerusi berbanding LDP sebanyak 96 kerusi.Ianya merupakan kemenangan besar dan pilihan raya yang dramatik.LDP telah memerintah Jepun sejak 1955 kecuali 'berehat sekejap' selama 10-bulan pada 1993-1994, mempunyai 303 kerusi di Parlimen berbanding DPJ sebanyak 112 kerusi sebelum Parlimen dibubarkan pada bulan Julai lalu.DPJ yang diketuai Yukio Hatoyama, 62, dijangka akan menubuhkan Kabinet baru, dalam masa beberapa minggu lagi. Kemenangan besar ini akan memudahkan debat berhubung polisi di Parlimen, yang sebelum ini menghadapi kebuntuan berikutan kejayaan DPJ dan sekutunya menguasai Dewan Tinggi pada 2007.Parti pemerintah (LDP) telah mengkhianati rakyat sejak empat tahun lalu, menyebabkan ekonomi semakin parah, hutang awam meningkat melebihi enam trilion yen (RM225 bilion), pembaziran, merosakkan jaringan keselamatan sosial dan menjarakkan lagi jurang antara golongan miskin dan kaya,demikian menurut kenyataan DPJ ketika proses pengundian bermula. Pegawai pilihanraya Jepun berkata, jumlah pengundi yang keluar mengundi adalah tinggi, walaupun diramalkan taufan menghampiri Jepun dan ianya menunjukkan rakyat Jepun sangat berminat dalam pilihan raya kali ini.Sementara itu, bekas perdana menteri Taro Aso berkata, dia akan meletak jawatan sebagai Presiden LDP dalam masa yang terdekat.Senario yang sama diramalkan akan berlaku di Malaysia dalam PRU-13 yang akan diadakan dalam masa 2 tahun lagi.Momentum sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat makin hari makin meningkat.Ianya tidak dapat dinafikan oleh kerajaan yang cuba memesongkan pemikiran rakyat dengan membuat pelbagai tuduhan serta asakan melalui "agen-agen" mereka.Contohnya isu arak di Selangor,Kampung Buah Pala di Pulau Pinang dan isu babi di Kedah.Namun pada masa ini tahap kesedaran politik rakyat adalah amat tinggi dan ternyata sokongan tak berbelah bagi kepada Pakatan setelah BN/UMNO kalah dalam 7 pilhanraya kecil selepas PRU-12.Kerajaan BN makin rapuh di peringkat nasional dan para pemimpin BN berusaha kuat untuk kekal berada dalam kuasa.Tetapi kuasa rakyat sebagaimana yang ditunjukan dalam PRU-12 akan menang jua akhirnya.Sekian Salam Reformasi.

No comments:

Post a Comment