Friday, August 28, 2009

Perlantikan Idris Jala Pembaziran Duit Rakyat


Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan Malaysia (MAS), Datuk Idris Jala telah dilantik sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri.Beliau ditugaskan menyelia pelaksanaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan akan melaporkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.Idris juga dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Unit Penyampaian dan Prestasi Pengurusan (PEMANDU).Perlantikan Idris diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.Dr Koh akan meneruskan tugas merangka dan melaksanakan keseluruhan dasar dan strategi berhubung pengurusan prestasi dan pembaharuan organisasi dengan fokus khusus kepada N-KRA. Beliau juga akan mempengerusikan lembaga PEMANDU yang turut dianggotai Ketua Setiausaha Negara dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.Idris pula akan berkongsi kepakaran dan pengalamannya ketika berkhidmat di Shell dan MAS dan merangsang pelaksanaan pengurusan prestasi di peringkat kerajaan persekutuan.Beliau juga akan memegang jawatan timbalan pengerusi lembaga PEMANDU.Untuk rekod Idris dilantik sebagai pengarah urusan dan CEO MAS pada Disember 2005 selepas syarikat penerbangan itu mengalami kerugian terbesar dalam sejarah korporatnya.Sebelum menerajui MAS, Idris berkhidmat selama 23 tahun di Shell.Antara tahun 2002-2005, Idris memegang jawatan Pengarah Urusan Shell MDS (Malaysia) dan Naib Presiden Shell Malaysia GAS& Power (Malaysia). Idris juga pernah berkhidmat dengan Shell International di London dan Shell Sri Lanka.Idris merupakan lulusan Universiti Sains Malaysia (USM) dan ijazah sarjana dari Universiti Warwick, United Kingdom.Namun adakah perlantikan Idris wajar buat masa ini kerana kerajaan terpaksa "melabur" duit ringgit bagi mendapatkan khidmat Idris.Apa yang perlu diberikan perhatian adalah duit cukai rakyat yang sebenarnya dilaburkan oleh kerajaan bagi membayar gaji elaun serta intensif Idris.Penlantikan Idris adalah merupakan pembaziran sebanyak RM 1.7 juta srtahun, kos ini meliputi gaji pokok sebanyak RM 18000 sebulan berserta pelbagai elaun yang boleh mencecah RM55650.Kos pokok ini juga tidak termasuk kemudahan cuti di luar negara dan intensif sambutan rumah terbuka Adilfitri yang dianggarkan sebanyak RM 400000.Amboi ikut sedap hati sahaja kerajaan melantik kakitangan awam.Walau apa sekali pun kerajaan buat bagi menyelia pelaksanaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sudah tentu "outputnya" adalah sudah tentu cukup memberangsangkan iaitu kerajaan BN adalah paling cekap dan efisen di dunia ini dan rakyat yang mereka memperbodohkan selama 52 tahun sedar tentang itu..Oleh itu tidak perlulah melantik pegawai khusus bagi KPI dan membelanjakan jutaan ringgit bagi tujuan tersebut.Lebih baik duit tersebut digunakan untuk manfaat rakyat.Terdapat banyak lagi kampung yang memerlukan perhatian serius kerajaan.Najib sekali lagi telah melakukan kerja bodoh dengan melantik Idris.Sekian Salam Reformasi.

No comments:

Post a Comment