Speaker DUN Perak dari Pakatan Rakyat, V Sivakumar dan anggota jawatankuasa hak dan kebebasan sebelum ini kecuali ADUN Temengor Datuk Hasbullah Osman sekali lagi tidak dibenarkan memasuki bangunan Perak Darul Ridzuan bagi mengadakan mesyuarat jawatankuasa itu di kamar Speaker DUN.Mereka mahu memasuki bangunan itu pada jam 10 pagi tadi tetapi tidak dibenarkan oleh anggota polis yang berkawal disitu.Walaubagaimanapun Hasbullah dibenarkan masuk kerana beliau dilantik semula menganggotai jawatankuasa hak dan kebebasan yang dipengerusikan oleh Speaker baru yang dilantik secara haram dan tergesa-gesa tanpa menghiraukan pandangan umum rakyat oleh kerajaan gila kuasa BN , Datuk S Ganesan.Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Khidmat Pengurusan), En. Shamshuzaman Sulaiman menemui Sivakumar di pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan untuk memaklumkan arahan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Dr Abdul Rahman Hashim yang mengatakan mesyuarat itu tidak boleh dijalankan kerana jawatankuasa berkenaan tidak sah dan sudah tidak lagi relevan.Dalam insiden terdahulu pada hari Isnin yang lalu, Sivakumar yang masih mengaku dirinya sebagai Speaker DUN Perak turut dihalang polis daripada mengadakan mesyuarat yang bertujuan untuk membincangkan mengenai pelucutan jawatannya sebagai Speaker pada sidang DUN, 7 Mei lepas yang didakwanya dilakukan melalui 'sub-dewan' dalam DUN yang dianggap tiada dalam perundangan serta tindakan Ganesan mengarahkan polis memasuki sidang DUN untuk mengeluarkannya daripada dewan persidangan dalam insiden penuh dramatik Mei lepas.Menurut laporan Bernama, kumpulan ADUN pembangkang yang diketuai Sivakumar itu akhirnya bersurai pada jam 11.30 pagi selepas pelbagai usaha mereka termasuk cuba merempuh masuk berjaya ditangani oleh kuli-kuli kerajaan iaitu polis.Kumpulan tersebut turut memberi alasan untuk minum di kantin selain ingin ke tandas dalam cubaan mereka unutuk memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan untuk mengadakan mesyuarat terbabit, namun gagal. Selain Sivakumar dan Hasbullah, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan sebelum ini turut dianggotai ADUN Selingsing Husin Din (PAS), Chan Ming Kai (Simpang Pulai-PKR), Loke Chee Yan (Kepayang-DAP), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi-DAP), Sum Cheok Leng (Bercham-DAP).Sementara itu, Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong Sabri berkata, jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak yang dipengerusikan Sivakumar tidak boleh mengadakan mesyuaratnya kerana ianya tidak lagi sah ketika ini.Katanya, ini kerana keanggotaan jawatankuasa itu adalah sah untuk satu penggal sahaja dan keanggotaan jawatankuasa berkenaan gugur dengan sendirinya apabila DUN memasuki penggal berikutnya.Oleh kerana Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan yang bersidang pada 7 Mei lepas telahpun membuat pelantikan baru bagi jawatankuasa itu, maka keanggotaan jawatankuasa yang dipengerusikan Sivakumar mulai Penggal Pertama Dewan sudah tidak lagi sah.Beliau berkata persidangan DUN 7 Mei lepas telah melantik Speaker Datuk R Ganesan sebagai pengerusi baru Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan dianggotai oleh ADUN Temengor Datuk Hasbullah Osman, Datuk Rusnah Kassim (Hulu Kinta), Datuk Mohd Khusairi Abdul Mutalib (Slim), Datuk Nasarudin Hashim (Bota) dan Nolee Ashilin Mohammed Radzi (Tualang Sekah).ADUN Tebing Tinggi dari DAP Ong Boon Piow turut dilantik menganggotai jawatankuasa berkenaan melalui usul yang telah dikemukakan oleh ADUN Sungai Rapat Datuk Hamidah Osman dan disokong oleh ADUN Kota Tampan Datuk Saarani Mohamad,ujarnya lagi.Diharap kemelut politik di perak akan reda dalam masa yang terdekat.Sekian Salam Reformasi.
No comments:
Post a Comment