PAS mendesak kerajaan menjelaskan kepada umum kenapa membiarkan 31 peratus kepentingan Padiberas Nasional Bhd (Bernas) ,sektor strategik negara diberikan pemilikan yang begitu besar kepada syarikat asing.Naib Presidennnya, Dato' Mahfuz Omar juga mendesak kerajaan menjelaskan kepada rakyat apakah pemilik Bernas sudah diberikan kebenaran untuk menjual saham yang mewakili kepentingan negara kepada syarikat asing.Beliau juga mendesak Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang juga menteri kewangan bertanggungjawab diatas kehilangan kepentingan negara terutama dalam menjaga keselamatan makanan untuk rakyat.Sebagai sebuah syarikat besar di Hong Kong yang orientasinya bukan kebajikan seperti yang digariskan oleh kerajaan sewaktu memberikan tanggungjawab daripada Lembaga Padi Negara (LPN) kepada Bernas.Bernas juga perlu menjaga kebajikan dan kepentingan petani-petani dalam negara kita serta menjaga sektor makanan utama (beras) negara ini.Jadi kenapa kerajaan membiarkan pemilikan kepentingan negara ini dikuasai oleh syarikat asing? Apakah kerajaan sudah mendapat kebenaran kabinet untuk menjual kepentingan negara kepada syarikat asing?.Selain itu, ahli parlimen Pokok Sena itu juga mendesak agar kerajaan segera menarik balik permit import (AP) beras yang diberikan kepada Bernas kerana ia kini sudah tidak lagi menjadi hak milik penuh negara.Firma pelaburan berpengkalan di Hong Kong, Wang Tak Co Ltd muncul sebagai pemegang saham tunggal terbesar dalam Bernas berdasarkan pengumuman pemegang saham utama Bernas di Bursa Malaysia pada 28 Julai lalu.Wang Tak yang dimiliki oleh kumpulan Lee Hing Development Ltd menguasai 31.36 peratus atau 147.51 juta saham daripada keseluruhan 470.402 juta saham Bernas.
Akhir kata hal-hal sebegini rupa yang impaknya begitu medalam buat rakyat dan juga ekonomi negara tidak akan dilaporkan di "Main Steam Media" (MSM) yang dikuasasi oleh kerajaan BN yang terlalu angkuh untuk mengakui kesilapan remeh yang dilakukan oleh mereka.Fikir-fikirkan isu sebegini rupa sebentar.Sekian Salam Reformasi.
Akhir kata hal-hal sebegini rupa yang impaknya begitu medalam buat rakyat dan juga ekonomi negara tidak akan dilaporkan di "Main Steam Media" (MSM) yang dikuasasi oleh kerajaan BN yang terlalu angkuh untuk mengakui kesilapan remeh yang dilakukan oleh mereka.Fikir-fikirkan isu sebegini rupa sebentar.Sekian Salam Reformasi.
No comments:
Post a Comment