Senario politik tanah air kembali berkocak apabila bekas naib presiden MIC Datuk S.S Subramaniam bertindak menyertai Pakatan Rakyat.Beliau yang memegang jawatan tesebut untuk tempoh 20 tahun mengumumkan hasratnya dalam satu majlis ringkas yang berlansung di Majlis Bandaraya Petaling Jaya disamping kehadiran pensihat PKR Dato Seri Anwar Bin Ibrahim.Beliau yang turut menjadi naib pengerusi MIC Selangor selama tiga dekad mendakwa bahawa sebanyak 12 cawangan MIC di Petaling Jaya akan dibubarkan dan ahli-ahlinya akan menyertai PKR secara beramai-ramai.Dijangkakan pembubaran cawangan-cawangan tersebut melibatkan seramai 2500 orang ahli MIC yang melompat menyertai PKR.Subra merupakan pemimpin MIC paling kanan yang melompat menyertai pembangkang setakat ini.Beliau menyifatkan tindakan menyertai Pakatan Rakyat adalah kerana beliau menyokong dasar PKR dan ketua umumnya iaitu Anwar Ibrahim sejak sekian lama, tetapi baru sekarang berani menyertai PKR.Setelah tindakan bijak oleh Chua Jui Meng dari MCA beberapa hari yang lalu kini giliran wakil daripada MIC untuk turut serta dalam perjuangan menentang dasar-dasar kerajaan BN yang menindas rakyat miskin serta hak-hak kemanusiaan di negara ini.Sebagai akhir kata adakah kejutan masih lagi menanti buat kita rakyat Malaysia di masa terdekat ini dan adakah hasrat Anwar untuk ke Putrajaya makin menjadi realiti.Marilah kita sama-sama renungkan hal ini.Sekian Lawan Tetap Lawan
No comments:
Post a Comment