Menjelang empat hari lagi demonstrasi besar berhubung Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA), kumpulan penyokong akta itu menukar masa berhimpun mereka dari jam 11 kepada jam 2 petang serentak dengan perhimpunan kumpulan anti-ISA. Timbalan Presiden II Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun memberitahu Malaysiakini, pertukaran rancangan itu diputuskan dalam mesyuarat kumpulan itu tengah hari semalam di ibu negara.Oleh yang demikian demonstrasi serentak oleh kedua-dua kumpulan Pro dan Anti ISA itu dijangkakan akan menimbulkan huru-hara kawasan sekitar ibu-negara.Ribuan penyokong pakatan rakyat dan aktivis 83 NGO bersama GERAK MANSUH ISA(GMI) akan berarak secara aman mulai jam 2 petang dari tiga lokasi iaitu kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara.Para peserta demonstrasi disarankan agar berpakaian hitam dan merah.Sementara penyokong ISA bersama Pewaris bersama lebih 10 NGO Melayu merancang perhimpunan bertemakan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu" di tiga lokasi di tengah Kuala Lumpur sebelum bergerak ke Dataran Merdeka pada jam 1 tengah hari pada hari yang sama. Mulai jam 11 pagi, mereka yang berpakaian putih dijadual berhimpun di Pasar Seni, Masjid Negara dan Padang Merbok, bersebelahan Bank Negara, sebelum menurunkan tandatangan di atas kain rentang gergasi sepanjang 200 kaki di dataran tersebut dan kemudian berarak ke Istana Negara.Dalam perkembangan terkini, Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh berkata pihaknya akan mengerahkan 1000 orang petugas Unit Amal PAS untuk mengawal keselamatan dan peserta Himpunan MANSUH bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.Sekian Salam Reformasi.
No comments:
Post a Comment