Friday, October 29, 2010

MPPP pasang CCTV

Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) akan meningkatkan aspek keselamatan di Rumah Pangsa Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Sungai, Sungai Pinang bagi mengelakkan kejadian buruk berulang. Ahli Majlis MPPP, Ong Ah Teong berkata PPR Jalan Sungai atau lebih dikenali dengan Flat 100 itu akan dipasang enam kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa lokasi strategik bagi mengawal keselamatan seterusnya membantu pihak pengurusan mengenal pasti sebarang tindakan tidak bertanggungjawab dilakukan mana-mana pihak.Selain itu, MPPP akan bekerjasama dengan persatuan penduduk bagi menjalankan kerja pemantauan keselamatan dan kebersihan sekitar kawasan flat itu.Sekiranya kita dapati ada penduduk membuang sampah sesuka hati, terutama dari tingkat atas, akan dikenakan tindakan. Walaupun dikompaun RM50, jika melakukan kesalahan itu berulang kali mereka akan dikenakan tindakan lebih tegas termasuk diminta mengosongkan rumah masing-masing.Ah Teong berkata, beliau sudah berbincang dengan penasihat undang-undang MPPP agar membuat penilaian semula terhadap nilai kompaun terhadap penduduk yang melakukan kesalahan vandalisme atau membuang sampah sesuka hati.Menurutnya, MPPP akan mengeluarkan notis kepada 509 penyewa rumah pangsa itu agar mengosongkan kawasan koridor daripada sebarang halangan seperti pasu bunga, sofa buruk dan penyidai baju.Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Flat PPR Jalan Sungai 09, Shaifful Sham Salleh berkata, sikap segelintir penduduk yang suka mengambil jalan mudah membuang sampah merata-rata, terutama dari tingkat atas flat amat dikesali.Menurutnya, sikap mereka yang tidak bertanggungjawab itu menyebabkan penduduk lain tidak tenteram dan bimbang keselamatan ketika berada di bawah flat.“Dalam tempoh 10 tahun saya menghuni perumahan ini, itu lebih 100 kes dilaporkan akibat sikap tidak bertanggungjawab penghuninya dan menyebabkan banyak harta benda rosak,” katanya.Sekian


No comments:

Post a Comment