Tuesday, October 19, 2010

PLUS Expressways Bhd


Kerajaan BN mungkin akan terpaksa membelanjakan RM64 bilion sebagai bayaran pampasan kepada Plus Highway Berhad, jika kerajaan bercadang membekukan kenaikkan kadar tol sehingga konsesi syarikat itu berakhir pada tahun 2038. Itu adalah kesan jangka panjang daripada apa yang diumumkan pada pembentangan Bajet 2011 oleh Najib. Datuk Izzaddin Idris selaku MD UEM Group berkata PLUS Expressways Bhd harus dibayar RM5 bilion wang pampasan. Bayaran tersebut adalah bagi membolehkan kadar tol di empat lebuh raya milik Plus tidak dinaikkan. Tindakan membekukan tol ini tidak masuk akal apabila kerajaan terpaksa memberi pampasan sebanyak RM5 bilion kepada pemilik konsesi dan berkemungkinan besar sehingga RM64 bilion dalam tempoh keseluruhan konsesi itu. Tapi dalam masa yang sama pembelian langsung PLUS oleh kerajaan hanya akan menelan belanja sebanyak RM23 bilion sebagaimana yang ditawarkan UEM/KWSP. Najib cuba bertindak popular dan kerajaan hanya bertindak sedemikian semata-mata untuk mengembirakan pengundi dengan merahsiakan kesan sebenar. Adalah lebih murah bagi kerajaan membeli terus syarikat lebuh raya itu pada harga RM4.60 sesaham seperti yang ditawarkan oleh firma usahasama UEM dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Jikalau kadar tol dibekukan selama 14 tahun, kerajaan masih boleh mendapatkan balik pelaburannya dan menggunakan wang berkenaan untuk menjadikan lebuh raya bebas tol ataupun mengutip bayaran minimum bagi tujuan menampung kos penyelengaraan dan operasi. Ternyata tindakan yang paling bijak dan dengan mengambil kira kebaikan rakyat jelata selaku pengguna, kerajaan wajar membeli sahaja syarikat lebuh raya itu.

No comments:

Post a Comment