Monday, September 6, 2010

Permit Import (AP)

Negara mampu memperoleh penjimatan sebanyak RM1.4 bilion setahun jika 60,000 Permit Import (AP) yang diberikan kepada kroni Umno/BN dijual secara terbuka, berbanding pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ke atas rakyat dan meyukarkan kehidupan seharian makin rumit. Kerajaan mampu memperoleh pertambahan pendapatan sebanyak RM2.4 bilion hasil daripada penjualan AP secara terbuka, berbanding hanya RM1 bilion setahun yang diperoleh jika GST dilaksanakan. Jikalau satu AP bernilai RM40,000 dijual secara terbuka, maka kerajaan tidak perlu mengenakan GST kerana setiap tahun kerajaan boleh mendapat sekurang-kurangnya RM2.4 bilion setahun. Sistem percukaian yang berasaskan kadar perbelanjaan dilihat lebih bersifat regresif kerana bebanan cukai yang diletakkan pada golongan berpendapatan rendah lebih tinggi berbanding golongan berpendapatan tinggi. Perkara ini terbukti apabila hanya 15 peratus atau 1.8 juta sahaja daripada 12 juta pekerja di Malaysia yang layak dikenakan cukai pendapatan.Sementara itu, Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Buruh Malaysia, A Balasubramaniam berkata, pelaksanaan empat peratus cukai itu hanya akan terus me-nindas golongan pekerja.“Daripada 27 juta rakyat di negara ini, separuh daripadanya adalah golongan pekerja, lebih kurang 13 juta ini, lebih 80 peratus adalah golongan berpendapatan rendah dan dari golongan rendah ini, hanya 11 peratus mempunyai kesatuan sekerja. “Maka golongan sekecil inilah sahaja yang berkesempatan berunding dengan majikan untuk kenaikan gaji, manakala lebih 90 peratus pekerja pula tidak berpeluang menuntut gaji yang lebih munasabah apabila GST dikenakan,” katanya.1 Malaysia jelas suatu konsep yang telah pun gagal. Mantan perdana menteri Tun Mahatir sendiri tidak faham dengan slogan tersebut bahkan rakyat berbilang kaum.

No comments:

Post a Comment