Thursday, September 9, 2010

Rumah Mahal Di Penang

Adakah kerajaan dan juga pihak pemaju sedar akan taraf hidup sebenar rakyat Malaysia? Itu adalah satu persoalan yang wajar dirungkai dan adakah hak rakyat untuk memiliki rumah sendiri benar-benar tercapai. Rata-rata projek perumahan baru yang dibangunkan di sekitar Penang adalah mewah, mahal dan cukup mustahil dimiliki oleh majoriti rakyat. Untuk rekod hanya 15 peratus atau 1.8 juta sahaja daripada 12 juta pekerja di Malaysia yang layak dikenakan cukai pendapatan yang membayar cukai pendapatan dan golongan ini boleh dikatakan upper middle class. Adakah pihak pemaju sengaja mahu menindas rakyat dengan mengiatkan projek perumahan mewah yang jauh daripada kemampuan sebenar. Setelah dikaji projek-projek di sekitar Tanjung Bungah seperti The Cove, 32-storey Sky Home, 39-storey Springtide Residences disasarkan untuk warga negara asing khasnya Jepun dan juga Hong Kong.Walaupun ianya usaha yang bagus demi masa depan Penang namun pada masa yang sama pemaju juga wajar melihat ,isu rumah warga tempatan. Ramai lagi yang masih menyewa dengan harga yang mahal dan disamping beban kos sara hidup yang melambung tinggi.Ramai lagi yang masih beteduh sementara di bumi sendiri.Wahai pemaju janganlah terlalu ghairah mengejar keuntungan ingat juga kepada tanggungjawab sosial kepada orang ramai. Ketika ini projek paling murah di sekitar Penang terletak di Balik Pulau itupun dengan harga RM 300 000.Walaupun dicop paling murah, ramai lagi yang masih merungut untuk membelinya. Loan daripada bank bukan senang diperolehi dan pelbagai kerenah birokrasi serta undang-undang membebankan lagi para pembeli. Cukai-cukai remeh seperti cukai setem wajar dikurangkan oleh kerajaan. Anda kerajaan tidak akan bankrupt jikalau pendekatan sedemikian diambil.Apa salahnya jika mahu tolong rakyat. Disebabkan ketidakcekapan kerajaan mengurus negara, pembaziran duit awam dalam pelbagai projek mengakibatkan rakyat dibawah tertekan. Wahai menteri cuba anda rasai keperitan hidup rakyat tanpa asyik menyejukan badan di dalam pejabat dan terbang di udara. Berbalik kepada isu kita, kerajaan tidak kira pusat mahupun negeri harus bertindak dalam isu ini dan laman web berikut dapat membantu sedikit dalam mendapatkan gambaran sebenar isu rumah mahal di Penang.

http://www.penangproperties.com/residential/house_sale.htm


Gambar dibawah adalah contoh projek mewah yang sedang dibangunkan.



























1 comment:

  1. price of houses are solely dependant on the developer themselves. If u realise for evry luxury condo built, there is a low cost building nearby built by the same developer,they have to do that because that is a law implied by our government so that everyone could afford houses in Malaysia

    ReplyDelete