Wednesday, April 14, 2010

Tsunami Fasa 2 Di Hulu Selangor

Loceng amaran telah pun dimainkan oleh pihak SPR menandakan akan ada pilihanraya bagi memilih wakil rakyat.Kali ini bukan ombak laut yang akan melanda tapi suara rakyat yang bangun menolak kerajaan pimpinan Najib serta tidak setuju dengan dasar-dasar kerajaan yang menindas demi membuncitkan perut para pemimpin akan membadai Hulu Selangor.Pusingan kali ini akan menyaksikan pertandingan dua penjuru diantara Pakatan Rakyat dan BN.Walaupun calon Pakatan sudah pun diumumkan namun di khemah BN terdapat banyak kecelaruan dan unsur-unsur sabotaj menjelang hari penamaan calon. Walaupun BN mendakwa bahawa mereka mempunyai ikatan yang utuh diantara parti komponen namun ianya ternyata hanya dakwaan palsu bagi memperbodohkan lagi rakyat yang rata-rata sudah bangkit dari tidur.BN walaupun setelah sekian lama berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakan-rakan lain seperti MCA, MIC dan banyak lagi namun ikatan tersebut dilihat makin longgar apabila isu remeh seperti siapakah calon yang wajar bertanding bagi mewakili BN di parlimen P94 Hulu Selangor tidak dapat dicapai kata sepakat.P94 merupakan kawasan tradisi calon MIC sejak 4 penggal yang lalu namun UMNO dilihat mahu calon pilihannya iaitu Mugilan untuk bertanding walaupun MIC tetap dengan pendirian yang mahukan Datuk G Palanivel di Hulu Selangor.Situasi ini diburukan lagi apabila sebahagian daripada ketua-ketua cawangan MIC Hulu Selangor memberi kata dua kepada kepemimpinan BN agar mecalonkan timbalan presiden parti itu, Datuk G Palanivel atau menghadapi pembubaran cawangannya.Hampir separuh daripada ketua cawangan yang mewakili kira-kira 30 daripada 72 ketua cawangan hadir di ibupejabat MIC bahagian Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru untuk meluahkan sokongan kepada Palanivel.Kelompok itu mendakwa sikap UMNO mencampuri urusan parti sebagai keterlaluan dan memalukan. Mereka turut mengugut semua cawangan MIC di kawasan pilihan raya itu akan ditutup, jika tuntutan mereka agar Palanivel dicalonkan ditolak.Apa yang jelas adalah pada waktu ini hubungan UMNO dan MIC memang sudah retak dan sudah tentu pemimpin UMNO akan cuba membaiki keretakan itu dengan melemparkan duit serta harta benda.Sudah tahu benar perangai sebenar puak-puak yang menyokong BN memang tiada prinsip dalam memperjuangkan hak rakyat.Di hadapan tv sahaja slogan rakyat didahulukan diura-urakan namun pada hakikatnya kroni didahulukan rakyat dibelakangan.Berbalik kepada isu calon di Hulu Selangor antara yang paling awal menyerang calon Pakatan adalah si hantu toyol yang mendakwa Datuk Zaid bukan calon tempatan.Namun harus ditanya sekiranya UMNO tunduk kepada desakan MIC dan mencalonkan Palanivel adakah Palanivel orang tempatan ? Ini kerana Palanivel berasal dari Pulau Pinang dan bukan orang tempatan Hulu Selangor juga.Jika mahu dibandingkan dengan sumbangan pemimpin tersebut, Datuk Zaid memang terkenal dengan gelaran "Man With Principle" kerana beliau meletakan jawatan sebagai menteri undang-undang kerana tidak setuju dengan dasar kerajaan pada ketika itu.Padahal Palanivel yang memang jelas ditolak oleh rakyat pada pilihanraya lepas dan hanya sekadar mahu bodek pemimpin atasan beliau demi untuk terus kekal kuasa.Peluang untuk Pakatan menang dengan undi lebih besar memang cerah jikalau intipati kempen mampu membuka kotak minda rakyat yang sudah 52 tahun ditipu dan diperbodohkan oleh kerajaaan pemerintah. Isu hangat seperti APCO, isu enjin jet hilang, isu kapal selam serta isu terbaru peruntukan Kementerian Pertahanan kepada Syarikat Visi Footwear Sdn Bhd yang bernilai RM27.5 juta bagi membekal dan menghantar kasut kulit wanita kepada kakitangan awam di tersebut.Isu-isu ini wajar diperjelaskan kepada pengundi akan cara sebenarnya BN uruskan dana negara yang ternyata begitu membazir. Dari pihak BN seperti biasa isu liwat akan terus dimainkan lagi walaupun mereka mendakwa MP Pakatan tidak bermoral padahal puak BN ini sebenarnya yang tidak berahlak. Skandal bertimbun-timbun tidak disiasat tetapi mereka beriya-iya mahu menyiasat Pakatan dengan memperalatkan agensi rasmi kerajaan.Sungguh tidak beradab langsung puak-puak BN. Akhir kata kebenaran akan menang di hujung hari dan para pengundi akan mengesahkan kenyataan tersebut.Diharapkan kemenangan buat Pakatan dan ayuh ramai-ramai kita ke Hulu Selangor memberikan sokongan kepada Pakatan dan menolak kerajaan 1Msia 1Israel.Sekian Salam Reformasi.

No comments:

Post a Comment