Tuesday, September 8, 2009

Nasionalis Melayu Dilupakan

Sejak kebelakangan ini isu siapakah sebenarnya pejuang bangsa melayu hangat didebatkan.UMNO dilihat antara paling awal mempermainkan isu pejuang melayu setelah Anwar dilabelkan sebagai pengkhianat melayu kerana beliau menyokong dasar keadilan untuk semua tanpa mengira bangsa,warna kulit .Sejak di alam persekolahan lagi kita dididik kononnya UMNO adalah merupakan satu-satunya parti politik di Malaysia yang memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu serta memartabatkan bangsa Melayu.Kita selaku pelajar ketika itu hanya mampu bertindak "absorb" apa sahaja yang diajarkan oleh guru semata-mata untuk kekal cemerlang dalam akademik.Ianya merupakan satu fitnah serta penipuan besar yang dilakukan oleh UMNO sehingga sanggup menukar fakta sejarah tanah melayu.Ianya dilakukan hanya semata-mata demi kepentingan politik UMNO untuk kekal berkuasa dan merompak sumber kekayaan negara.Akibat propaganda British dan UMNO ramai yang mungkin lupa peranan Kesatuaan Melayu Muda (KMM), Parti Kebangsaan Melayu Muda (PKMM) berjuang demi tanah air tatkala UMNO sungguh khusyuk dengan konsep "Hidup Melayu".KMM ditubuhkan pada tahun 1937 oleh Ibrahim Yacob dan juga Mustapha Husein bagi menentang penjajah dari era Jepun hingga British.KMM turut memainkan peranan dalam mengubal Perlembagaan Malaya Merdeka pada tahun 1945 yang dipercayai antara yang pertama di negara ini dan ia merupakan hasil usaha Mustapha Husein dan juga Dr Burhanddin Helmy.Perlembagaan Malaya Merdeka digubal sebagai persediaan bagi memperolehi kemerdekaan daripada pihak Jepun yang ketika itu mejajah Tanah Melayu dengan cukup kejam.Dalam pada itu PKMM pula terlibat dalam usaha mengusir British keluar daripada tanah air walaupun terpaksa bersaing dengan anak buah Britsh iaitu UMNO.PKMM ditubuhkan pada 17 Oktober di Ipoh tahun 1945 yang dipimpin oleh Dr Dr Burhanddin Helmy dan juga Ishak Muhammad atau lebih terkenal dengan gelaran Pak Sako.PKMM turut menubuhkan Barisan Tani Malaya (BATAS),Hizbul Muslimin,Gerakan Angkatan Muda (GERAM) serta Pembela Tanah Air (PETA) demi kepentingan rakyat jelata ketika itu.Dilabelkan sebagai parti haluan kiri dan dikhuatiri menjejaskan kuasa Britsh di tanah melayu terutamanya setelah rancangan Hartal, lantas ianya diharamkan pada tahun 1948.Kesemua parti poltik diharamkan kecuali UMNO kebal yang pada pandangan British tidak akan menganggu ideologi mereka.Maka saki baki pejuang yang tinggal kemudian mengangkat senjata menembak dari hutan dan di akhir hari dilabel sebagai pengkhianat agama dan bangsa.Bebeza dengan UMNO yang mengambil pendekatan untuk berkerjasama dengan British.Pengharaman semua parti politik kecuali UMNO melumpuhkan pergerakan parti haluan kiri dan menyebabkan UMNO menjadi parti utama yang dianggap pejuang tanah air.Padahal semangat UMNO itu sendiri dipupuk oleh KMM seta PKMM.Gerakan subversif oleh Parti Komunis Malaya (PKM) yang turut diharamkan menjadi intipati UMNO bagi mendesak British mempercepatkan proses kemerdekaan.Akhirnya British terpaksa akur dan mereka bersetuju memberikan merdeka dan pada masa yang sama kepentingan mereka terus kekal di Tanah Malaya melalui UMNO yang menjadi tali barut Brtish.British juga tidak ralat membebaskan Tanah Malaya begitu sahaja tetapi pengaruh mereka terus kekal di Malaysia sehingga ke hari ini iaitu Perlembagaan Persekutuan yang digubal oleh Lord Reid.Perlembagaan Persekutuan yang diguna pakai oleh kerajaan sekarang membuktikan bahawa UMNO masih lagi kuli British dimana situasi menang-menang buat kedua-dua pihak dimana British kekal mempunyai pengaruh keatas Malaysia manakala UMNO pula sungguh selesa merompak kekayaan tanah air sejak sekian lama.Ini adalah merupakan agenda tersembunyi UMNO disebalik slogan "Hidup Melayu".Harus dingat bahawa UMNO sudah tentu tidak dapat membawa kemerdekaan tanpa bantuan parti haluan kiri yang jauh lebih awal mencetuskan idea merdeka .Tetapi yang sedihnya parti haluan kiri sedemikian terus dilupakan begitu sahaja oleh kerajaan UMNO/BN dan untuk mereka hanya UMNO berjuang bermati-matian mendapatkan kemerdekaan tanah air.Semenjak 1957 hinggalah hari ini, berapa ramaikah tokoh-tokoh pemimpin parti politik kiri yang disebut-sebutkan pada sambutan kemerdekaan.Apa yang kita dengar adalah hanyalah pemimpin UMNO yang diangkat sebegitu tinggi martabatnya.Sekian Salam Reformasi.

No comments:

Post a Comment