Thursday, August 13, 2009

Wujudkan satu Malaysia melalui dua parti

Jika mahu wujudkan satu Malaysia, maka wujudkan dua parti. Jika hanya ada satu parti, maka yang wujud adalah dua Malaysia. Sejak negara ini mencapai kemerdekaan, yang wujud hanyalah satu parti, maka akibatnya, muncul dua Malaysia. Apa yang dimaksudkan dengan satu Malaysia di sini ialah negara yang majoriti rakyatnya berasa bersama memiliki Malaysia sebagai negara mereka.Dua Malaysia di sini pula bermaksud rakyat negara yang terpecah dua. Di satu pihak ialah mereka yang mendokong parti pemerintah dan memperoleh manfaat daripadanya. Sementara pihak yang satu lagi ialah mereka yang terpinggir dan tidak berasa sebagai turut memiliki negara ini. Satu parti di sini ialah sistem di mana politik didominasi oleh satu saja parti. Dalam hal Malaysia, sejak merdeka ia diperintah oleh satu parti saja iaitu Umno dan sekutu-sekutunya, mula-mula berbentuk Perikatan, kemudian Barisan Nasional.Maka apa yang dimaksudakan dengan dua parti adalah sistem di mana dua parti adalah cukup kuat untuk dipilih oleh rakyat supaya menjadi parti pemerintah. Kebanyakan negara-negara maju mempuynyai sistem ini, iaitu seperti Parti Demokratik dan Republikan di Amerika Syarikat, dan Parti Buruh dan Konservatif di Britain.Di sinilah perjuangan Pakatan Rakyat yang mahu mewujudkan sistem dua parti, di mana kedua-dua Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat mampu muncul untuk menjadi parti pemerintah. Sistem parti alternatif ini diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat tetapi cuba dihalang oleh Barisan Nasional. Maka jika akhirnya Pakatan Rakyat berjaya memegang pemerintahan, dan kemudian setelah dua penggal, contohnya Barisan Nasional berjaya kembali berkuasa, maka sistem dua parti sedang mula berjalan, walaupun bertateh.Selagi Barisan nasional berjaya mengekalkan kuasa, maka sistemd ua parti ini tidak akan dapat bermula. Adalah suatu yang semula jadi bagi mana-mana parti untuk memperthankan kuasa. Dalam keadaan sekarang, kerana usaha mendapatkan kuasa, maka Pakatan rakyat memperjuangkan sistem dua parti. Sementara Barisan Nasional menolak sistem ini kerana ia bermakna dominasinya ke atas politik negara akan berakhir.Tetapi sebenarnya dalam sistem dua parti, mana-mana parti tetap ada harapan akan bangkit dan menguasai pemerintahannya apabila diterima rakyat. Tetapi dalam sistem satu parti yang dominan, parti-parti lain tidak berpeluang untuk menjadi parti pemerintah. Ini kerana kuasa akan selama-lama dibolot oleh parti pemerintah. Di sinilah kuncinya bagi mewujudkan satu Malaysia.Apabila sistemd ua parti berjalan dengan lancar, ia bermakna rakyat sudah menerima bahawa parti pemerintah boleh bertukar tetapi kerajaan dan negara tetap utuh, dan satu. Maka sistem dua parti mampu melahirkan negara satu Malaysia. Sebaliklnya sistem satu parti akhirnya membawa kepada perpecahan kepada negara, dan ia tidak menyenangkan rakyat.Ini kerana rakyat tidak kira apa jua fahaman politiknya tentu mahukan negara itu sebagai miliknya, bersama dengan rakyat lain. Jika parti pemerintah yang dipilihnya menang, maka tentu mudah untuk dirinya melihat kerajaan dan negara ini sebagai miliknya. Tetapi apa kata parti yang disokongnya kalah? Jika seseorang itu mempunyai fahaman demokratik yang jelas, maka walaupun parti yang disokongnya kalah, ia tetap menganggap kerajaan dan negara adalah milik bersama.Keadaan ini mudah diterima jika istem demokrasi di negaranya berjalan lancar. Makananya mana-mana parti di negara itu mempunyai peluang sama untuk menjadi parti pemerintah. Tetapi jika rakyat berasakan bahawa partinya langsung tiada peluang untuk menang dan menjadi kerajaan, bukan kerana tidak dapat sokongan rakyat tetapi lebih kepada keadaan sistem yang tidak adil hingga menghalang sebarang kemungkinan parti-parti pembangkang akan menjadi kerajaan.Umpamanya kalau sebelum pilihan raya tahun 28, banyak rakyat yang menyokong kerajaan tidak berasa memiliki negara kerana dominasi Barisan Nasional adalah besar. Tetapi setelah lima negeri dimenangi oleh parti pembangkang di peringkat pusat, maka rakyat umpamanya di Selangor akan beraswa bahawa negeri ini adalah milik rakyat, tanpa mengira fahaman politiknya. Contohnya, Selangor menjadi milik rakyat dan bukannya hak Umno semata-mata.Sememangnya bagi penyokong Barisan Nasional, mereka berasakan kehilangan Selangor. Tetapi mereka tetap berasa berpeluang untuk menang kembali. Maka akhirnya negeri-negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan sudah merintis sistem dua parti. Kedua-dua Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat sama-sama berpeluang untuk menjadi kerajaan negeri,Tetapi dari sudut lain, kalaulah bukan kerana kemenangan Pakatan Rakyat di banyak tempat di negara ini, maka tidak timbul usaha untuk mewujudkan konsep Satu Malaysia seperti yang digagaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Maka adalah perlu dari masa ke semasa dengan mempertimbangkan prestasi parti pemerintah, maka seseorang boleh menggantikan kerajaan negara ini pada masa-masa akan datang.Satu Malaysia bukan saja bermaksud perpaduan tetapi juga kemakmuran untuk rakyat. Sebab itu slogan itu tidak berdiri sendiri tetapi juga berkaitan dengan gagasaan Reakyat Didahulukan. Maka apa saja termasuk sistem politik yang diwujudkan seperti sistem dua parti adalah untuk kepentingan rakyat.Dalam hal Satu Malaysia, ia kelihatan memperoleh sokongan umum oleh majoriti rakyat walaupun begitu, umumnya ia merupakan gagasan baik yang wajar disokong. Tetapi oleh kerana buat masa ini kerajaan yang ada mengalami krisis keyakinan, maka apa saja gagasan termasuk Satu malaysia tidak begitu disambut dengan penuh semangat.Daripada membawa slogan baru, adalah wajar kerja yang lebih baik adalah membina keyakinan rakyat melalui usaha ihkas bagi memperbaiki kehidupan rakyat. Kejujuran membawa keyakinan dan dari situlah baru rakyat bersedia untuk menyokong. Tetapi masalahnya ialah usaha membina keyakinan memerlukan masa panjang, sesuatu yang tidak dimiliki oleh parti pemerintah dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.Akhirnya, gagasan Satu Malaysia memerlukan semangat demokratik yang tinggi dengan sifat toleran kepada fahaman yang berbeza. Lebih-lebih lagi apabila diambil kira kepentingan sistem dua parti sebagai kaedah bagi mewujudkan Satu Malaysia yang berkekalan dan memberi sumbangan penting dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai negara maju.Usaha lebih baik ialah persediaan minda dan struktur politik negara untuk menghadapi keadaan di mana terwujudnya sistem dua parti yang dipercayai sesuatu yang tidak dapat dileakkan kerana ia merupakan proses semula jadi bagi sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi.Sekian

No comments:

Post a Comment