Pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) oleh kerajaan tidak dapat meredakan lagi perasaan tidak puas hati kumpulan seniman dan budayawan yang bergabung dalam Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP).Pada 21/8/09,iaitu empat hari sebelum pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir berlangsung, penasihat GMP Sasterawan Negara A Samad Said dijadual turun berkempen bagi memenangkan calon PAS Mohd Salleh Man atas pendiriannya membantah dasar kontroversi itu.Difahamkan bahawa A Samad, atau panggilan mesranya Pak Samad, akan berceramah dan mengedarkan risalah anti-PPSMI.Dalam mesyuarat GMP, Sabtu lalu bagi membincangkan tindakan susulan badan itu susulan pengumuman pemansuhan PPSMI, badan itu berhasrat untuk tidak mengadakan demonstrasi sekali lagi dalam masa terdekat.Sebaliknya GMP akan menghantar memorandum kepada Kementerian Pelajaran mempersoalkan kelambatan pemansuhan itu, tidak seperti proses pelaksanaannya pada 2003 yang hanya mengambil masa enam bulan.
.
No comments:
Post a Comment