Saturday, December 4, 2010

Wang Ehsan ala ZAKAT

Setelah sekian lama mendiamkan diri kini saya ingin kembali menulis bagi melontarkan pandangan serta idea demi penambahbaikan kehidupan rakyat jelata. Di dalam entry kali ini saya ingin menghuraikan sedikit tentang idea peribadi saya mengenai konsep wang ehsan ala Zakat yang diamalkan oleh masyarakat Islam untuk kegunaan masyarakat Islam di negara ini. Sebagaimana yang diketahui umum, wang ehsan Zakat yang disumbangkan oleh rakyat adalah untuk disalurkan kepada golongan miskin serta mereka yang kurang bernasib baik. Buat masa ini Zakat yang diamalkan oleh masyarakat Islam adalah untuk sama-sama membantu masyarakat Islam. Namun idea sebenar saya adalah untuk menubuhkan satu NGO bukan islam untuk memberikan khidmat menyalurkan wang ehsan ala Zakat yang dikutip daripada masyarakat bukan Islam untuk disalurkan kepada masyarakat bukan Islam di negara. Ingin saya jelaskan disini adalah wang yang dikutip adalah daripada masyarakat bukan Islam dan untuk kegunaan masyarakat bukan Islam dan saya percaya jikalau aspek ini diperhalusi dengan lebih mendalam tidak akan timbul sebarang kemusykilan tentang idea saya ini. Mana-mana aspek baik, bagus seta positif yang diamalkan oleh mana-mana agama wajar diterima pakai dan diubahasuai mengikut acuan masing-masing kerana segala agama didunia ini hanya mengajar untuk berbuat baik keatas manusia lain. Oleh itu saya percaya idea wang ehsan ala Zakat wajar dikaji oleh pemikir-pemikir bukan islam di negara ini demi manfaat masyarakat bukan Islam. Berikut adalah sedikit cadangan peribadi saya tentang bagaimana idea yang saya lontarkan itu boleh dipraktikan. Untuk makluman pecahan rakyat Malaysia mengikut kaum adalah 50.4% Melayu , 23.7% Cina 7.1% , India 11.0% , Orang Asli dan 7.8% lain-lain agama. Jikalau dicampur pecahan kaum Cina, India dan lain-lain agama jumlahnya adalah 36.8%. Maka jumlah 38.6% daripada 28,250,000 rakyat Malaysia adalah sebanyak 10 904 500 masyarakat bukan Islam dan daripada jumlah ini jika kita membuat angaraan mudah bahawa hanya separuh adalah orang dewasa yang mempunyai pedapatan minimum RM 700 sebulan maka sebanyak 5 452 250 rakyat bukan Islam di negara ini mungkin dapat menyumbang kearah usaha murni ini. Sebagai contoh jika RM 5 setahun ketika musim perayaan dapat disumbangkan oleh 5 452 250 rakyat bukan Islam di negara ini maka jumlah yang dapat dikumpulkan adalah sebanyak RM 27 261 250. Duit yang dikumpulkan ini mesti disalurkan mengikut saluran yang telus dan wajar sampai ke tangan mereka yang daif dan memerlukan bantuan. Ini adalah merupakan contoh kasar bagaiman ianya dapat dilaksanakan dan sebelum hasrat ini dapat dicapai terdapat pelbagai kekusutan yang harus dirungkai dan saya kira jika ianya mendapat perhatian pemimpin dan mungkin suatu masa nanti masyarakat bukan Islam turut akan dapat menikmati kebaikan yang dirasai oleh masyarakat Islam hasil sumbangan masyarakat Islam lain yang prihatin dan baik hati. Pada pandangan saya keseluruhan idea ini lebih tepat jika diuruskan oleh NGO swasta tanpa melibatkan kerajaan kerana jika kerajaan melibatkan diri mungkin masalah lain akan ditimbulkan oleh segelintir pihak yang mungkin mendakwa idea ini mencabar Islam dan amalan Zakat. Akhir kata saya disini ingin menegaskan kepada puak-puak ekstrimis perkauman seperti PERKASA dan UMNO bahawa idea saya ini hanya adalah untuk mencontohi konsep amalan Zakat dan TIDAK SAMA SEKALI mencabar amalan Zakat atau ingin turut berkongsi amalan Zakat dengan masyarakat Islam. Sekian Salam Reformasi



No comments:

Post a Comment