Wednesday, August 18, 2010

UMNO Tiup " API" Perkauman




UMNO mula mengatur langkah untuk cetuskan hura-hara dalam negara melalui agennya Utusan Malaysia.Dalam rencananya yang bertajuk "Benar, 'perang besar' boleh berlaku di Malaysia”, penolong ketua pengarang I, Kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan menulis 'perang' kali ini lebih besar daripada tragedi 13 Mei 1969, kerana itu hanyalah konflik melibatkan kegelisahan kaum atau social unrest yang kecil sahaja.Zaini berkata pelbagai pihak sedang membakar semangat antara satu kaum dengan kaum yang lain, termasuk cubaan untuk menukar perlembagaan Malaysia sekarang kepada satu perlembagaan yang baru. Ini adalah merupakan percubaan terkini UMNO yang kini sudah tenat untuk meraih sokongan rakyat terutamanya orang Melayu.UMNO yang sekarang kehilangan pengaruh untuk memerintah negara saban hari dilihat memainkan sentimen perkauman di media arus perdana bagi mengalih perhatian rakyat daripada skandal mega kes kezaliman ,rasuah dan salah guna kuasa BN. Rakyat yang kini sungguh bersatu untuk merobek benteng BN dalam pilihanraya akan datang makin jemu dengan sikap pemerintah yang kian berlakuan sebagai pembangkang dan asyik menyerang Pakatan Rakyat sehebat yang mereka mampu.Datuk Seri Anwar berkata "Kita berhadapan dengan satu parti yang sudah tenat dan tahu kehilangan dukungan dan pengaruh orang Melayu dan rakyat". "Kalau benar ada orang yang mahu buat perlembagaan baru, kita minta perkara itu disiasat kerana ia bertentangan dengan pendirian rakyat negara ini", ujar beliau lagi."Kalau Pakatan Rakyat, kita ketiga-tiga parti sudah pun tandatangan. Saya, Datuk Seri Hadi Awang dan Lim Kit Siang mengesahkan peruntukan yang ada dalam perlembagaan dengan pendekatan baru untuk rakyat Malaysia lebih yakin,” kata Anwar lagi.Sementara itu, ketua penerangan PAS, Idris Ahmad berkata mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria perlu mendedahkan kandungan 'perlembagaan baru' yang didakwanya itu dan melaporkannya kepada polis untuk disiasat.Beliau yang dipetik HarakahDaily berkata PAS terkejut dengan kenyataan Harussani bahawa ada pihak tertentu cuba menggantikan perlembagaan persekutuan bagi menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam perlembagaan sekarang.“PAS mengharapkan kepada Tan Sri Harussani Zakaria janganlah memanaskan suasana politik yang sedia panas dengan kenyataan seperti ini di tempat awam, kerana bimbang akan menimbulkan suasana yang tidak harmonis,” katanya.Menurut Idris, PAS dan Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan perkara tersebut dalam setiap kali pertemuan Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat yang diadakan dua kali sebulan.Malahan, jelasnya konvensyen Pakatan Rakyat pertama pada 19 Disember 2009 di Shah Alam telah bersepakat untuk mempertahankan perlembagaan persekutuan, Islam sebagai agama rasmi, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera sejajar dengan perkara 153.Selain itu, Pakatan juga berikrar mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja Berperlembagaan serta memartabatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau.“Tidak ada agenda yang tersembunyi yang dibawa oleh Pakatan Rakyat, jauh sekali menyediakan perlembagaan baru bagi merungkai perkara yang sudah menjadi kontrak sosial dan telah diterima pakai sejak sekian lama,” katanya.

No comments:

Post a Comment