Nampaknya gula-gula yang ditaburkan kepada rakyat dalam budget yang lepas mula menunjukan hasilnya.Kerajaan telah bercadang untuk membentangkan rang undang-undang berkaitan cadangan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).Rang tersebut diwawarkan akan dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada akhir persidangan Dewan Rakyat sekarang.Najib berkata bahawa langkah untuk memperkenalkan cukai GST telahpun dipersetujui dalam mesyuarat kabinet.Cukai yang bakal diperkenalkan itu akan menggantikan cukai perkhidmatan dan jualan yang sedia ada di negara ini.Najib memberi alasan bahawa Malaysia merupakan antara beberapa negara di rantau Asia Tenggara yang belum melaksanakan GST dan beliau menyifatkan tindakan ini amat perlu bagi bersaing dari segi ekonomi di rantau ini.Untuk rekod antara negara-negara yang guna pakai dasar ini adalah India, Australia, Canada, Hong Kong dan juga negara jiran Singapura.Walaupun langkah ini adalah perlu bagi membolehkan negara terus berkembang dari segi ekonomi namun cadangan ini perlu diperhalusi oleh kerajaan sebelum beralih sepenuhnya kepada GST.Dalam kepompong GST segala barangan keperluan harian seperti barangan runcit yang dibeli akan dikenakan cukai.Walaupun pelepasan cukai individu diberikan adakah ianya benar-benar akan menjamin kesenangan hidup rakyat Malaysia.Peratusan rakyat yang sedang membayar cukai pendapatan adalah hanya 45 % dan baki 55% tidak dikenakan cukai pendapatan.Oleh itu melalui cukai GST kerajaan cuba memaksa seluruh rakyat Malaysia tidak kira kelompok kaya,sederhana atau miskin untuk membayar cukai kepada kerajaan melalui segala barangan yang dibeli di kedai-kedai.Pandai sungguh kerajaan BN merancang pelan ini untuk merompak rakyat. Tidak cukup dengan rompakan selama 52 tahun dan kini mereka berhasrat untuk merompak segala duit rakyat tidak kira kaya ataupun miskin.Inilah kerajaan BN yang dihadapan media mengatakan bahawa hanya merekalah yang prihatin kepada kesusahan rakyat namun mereka sungguh cerdik untuk menikan belakang rakyat yang telah mengundi untuk mereka.Jikalau hendak dibandingkan dengan Singapura kita sudah pun terlalu jauh tercicir dibelakang.Negara-negara maju tidak akan menghadapi masalah untuk memperkenalkan GST kerana kadar kemiskinan di negara tersebut adalah amat rendah dan majoriti rakyatnya hidup senang.Situasi di Malaysia adalah amat berbeza kerana rakyat disini bukannya hidup senang seperti pemimpin kerajaan yang korup tahap dewa.Oleh itu adalah tidak wajar bagi kerajaan menyusahkan baki 55% rakyat yang tidak membayar cukai pendapatan dengan memaksa mereka bayar cukai GST.Singapura memperkenalkan GST kerana populasi warga tua di negara itu adalah tinggi dan kerajaan Singapura merasakan susah untuk mengutip cukai pendapatan dari rakyatnya.Oleh itu GST diperkenalkan.Kadar cukai GST di Singapura adalah 3% pada awalnya pada tahun 1994 dan dinaikan kepada 7% pada 2007. Thailand 7%, Indonesia dan Filipina masing-masing pada kadar 10%. Kadar GST di New Zealand pula ialah 7% dan Australia 10%. Di Australia barangan dan perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai termasuklah barangan makanan asasi kecuali makanan tersedia, makanan bawa-balik, snek, alkohol dan minuman ringan, perkhidmatan kesihatan, ubat-ubatan, pendidikan dan penjagaan kanak-kanak, utiliti, barangan tertentu yang dibekalkan oleh pertubuhan amal dan agama, dan barangan dan perkhidmatan yang dieksport.Situsai yang sama diharapkan di Malaysia kelak. Walaupun Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) telah menyatakan kebimbangan dengan gesaan untuk melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang disifatkan tidak sesuai untuk Malaysia dan patut ditunda bagi jangka masa yang tidak pasti namun kerajaan tetap dengan angkuh mahu juga tindas rakyat dengan GST.Selain itu. Australia juga telah menggesa kerajaan mereka untuk mengurangkan GST daripada 10 peratus kepada lima peratus untuk merangsang pertumbuhan ekonomi.Diharapkan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat akan bangun menentang dasar kejam ini demi kepentingan rakyat.Sekian Salam Reformasi.
mana I punya komen???
ReplyDeletesemalam komen x masuk hihi
ReplyDeletehahaz..i pun x tahu lo
ReplyDelete