Ramai yang mungkin tidak tahu-menahu mengenai Projek Terminal Petroleum Laut Dalam yang dijangka menelan belanja RM 3.5 billion.Projek mega ini sepatutnya dimajukan di Wilayah Pembangunan Iskandar Johor .Untuk rekod MOU projek ini ditandatangani antara kerajaan negeri Johor dan Dialog Group Pengerang dan projek ini dianggarkan akan dimajukan di Tanjung Ayam,Kampung Sungai Buntu dan bersempadan dengan dua buah perkampungan nelayan tradisional iaitu Kampung Sungai Rengit dan Kampung Sungai Kapal.Menurut sumber, kawasan laut seluas 500 ekar akan ditambak untuk menempatkan terminal minyak dan projek ini adalah mirip fasiliti di Kerith dan Tanjung Langsat dekat Pasir Gudang.Projek mega ini dijadualkan bermula suku pertama tahun ini dan difahamkan kerja penilaian alam sekitar (EIA) kini berada di peringkat akhir.Projek ini akan mengambil kesempatan terhadap permintaan tinggi terhadap terminal peyimpanan petroleum di rantau ini.Apabila siap nanti ia akan member saingan kepada Singapura yang pada ketika ini adalah hab peyimpanan petroleum terbesar di Asia Tenggara.Tidak hairan apabila Negara kecil boleh menjadi begitu berkuasa apabile diurus takbir oleh golongan celik akal bukan macam di Negara kita.Individu yang gagal dalam kertas SPM Bahasa Inggeris pun boleh jadi menteri kabinet.Lawak tapi benar.Berbalik kepada isu asal tinjauan PAS negeri Johor ke lokasi projek ini mendapati sebahagian besar penduduk kampong masih lagi kurang jelas akan motif sebenar kerajaan dalam perkara ini.Mengikut rancangan asal projek ini kedua-dua kampung nelayan tersebut akan dipindahkan dan seribu satu isu bersangkut paut dengan masa depan para penduduk bakal menjelma.Tindakan kerajaan melindungi projek tersebut di mata rakyat dilihat ada agenda tersembunyi dan ia sudah tentu isu kroni.Hasil pemantauan mendapati kerja-kerja ‘soil- testing’ giat dijalankan kira-kira 2km daripada pantai.Sebelum sudah ada banyak pengalaman dimana penduduk ditindas ekoran perasaan tamak pemimpin kerajaan.Sebagai contoh projek lebuh raya dan juga isu Kampung Kepok,Gelang Patah.Soal ambil tanah dan bayaran pampasan patut diperjelaskan kepada penduduk setempat.Ini kerana selepas ini mereka tidak lagi boleh menjadi nelayan dan adakah mereka mampu menukar cara hidup mereka dalam tempoh masa yang singkat.Kawasan yang bakal dimajukan itu sebenarnya adalah zon pelancongan dan apbila statusnya ditukar kepada perindustrian harga tanah sudah pasti melambung tinggi dan begitu dengan nilai pampasan yang wajar diterima oleh penduduk kampung.Jika aktiviti uji tanah selesai sudah tentu kerja susulan akan bermula dan arahan untukpenduduk dipaksa berpindah bakal dikeluarkan.Apa yang dibimbangkan jika Akta Pengambilan Tanah Seksyen 4 atau 8 diguna pakai tempoh untuk mengambil tanah adalah singkat dan sudah pasti penduduk akan ditekan dan akhirnya menjadi mangsa rakus pemimpin kerajaan.Oleh itu apa yang patut dilakukan oleh pihak kerajaan adalah turun padang dan menjelaskan mengenai projek tersebut kepada penduduk kampung yang tidak berpendidikan tinggi secara dialog atau apa jua kaedah yang dianggap sesuai oleh kerajaan.Sekian Salam Reformasi.
Thursday, February 11, 2010
Projek Terminal Petroleum Laut Dalam
Subscribe to:
Posts (Atom)