Friday, July 31, 2009

Sivakumar Sekali Lagi Dilarang Adakan Mesyuarat




Speaker DUN Perak dari Pakatan Rakyat, V Sivakumar dan anggota jawatankuasa hak dan kebebasan sebelum ini kecuali ADUN Temengor Datuk Hasbullah Osman sekali lagi tidak dibenarkan memasuki bangunan Perak Darul Ridzuan bagi mengadakan mesyuarat jawatankuasa itu di kamar Speaker DUN.Mereka mahu memasuki bangunan itu pada jam 10 pagi tadi tetapi tidak dibenarkan oleh anggota polis yang berkawal disitu.Walaubagaimanapun Hasbullah dibenarkan masuk kerana beliau dilantik semula menganggotai jawatankuasa hak dan kebebasan yang dipengerusikan oleh Speaker baru yang dilantik secara haram dan tergesa-gesa tanpa menghiraukan pandangan umum rakyat oleh kerajaan gila kuasa BN , Datuk S Ganesan.Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Khidmat Pengurusan), En. Shamshuzaman Sulaiman menemui Sivakumar di pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan untuk memaklumkan arahan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Dr Abdul Rahman Hashim yang mengatakan mesyuarat itu tidak boleh dijalankan kerana jawatankuasa berkenaan tidak sah dan sudah tidak lagi relevan.Dalam insiden terdahulu pada hari Isnin yang lalu, Sivakumar yang masih mengaku dirinya sebagai Speaker DUN Perak turut dihalang polis daripada mengadakan mesyuarat yang bertujuan untuk membincangkan mengenai pelucutan jawatannya sebagai Speaker pada sidang DUN, 7 Mei lepas yang didakwanya dilakukan melalui 'sub-dewan' dalam DUN yang dianggap tiada dalam perundangan serta tindakan Ganesan mengarahkan polis memasuki sidang DUN untuk mengeluarkannya daripada dewan persidangan dalam insiden penuh dramatik Mei lepas.Menurut laporan Bernama, kumpulan ADUN pembangkang yang diketuai Sivakumar itu akhirnya bersurai pada jam 11.30 pagi selepas pelbagai usaha mereka termasuk cuba merempuh masuk berjaya ditangani oleh kuli-kuli kerajaan iaitu polis.Kumpulan tersebut turut memberi alasan untuk minum di kantin selain ingin ke tandas dalam cubaan mereka unutuk memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan untuk mengadakan mesyuarat terbabit, namun gagal. Selain Sivakumar dan Hasbullah, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan sebelum ini turut dianggotai ADUN Selingsing Husin Din (PAS), Chan Ming Kai (Simpang Pulai-PKR), Loke Chee Yan (Kepayang-DAP), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi-DAP), Sum Cheok Leng (Bercham-DAP).Sementara itu, Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong Sabri berkata, jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak yang dipengerusikan Sivakumar tidak boleh mengadakan mesyuaratnya kerana ianya tidak lagi sah ketika ini.Katanya, ini kerana keanggotaan jawatankuasa itu adalah sah untuk satu penggal sahaja dan keanggotaan jawatankuasa berkenaan gugur dengan sendirinya apabila DUN memasuki penggal berikutnya.Oleh kerana Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan yang bersidang pada 7 Mei lepas telahpun membuat pelantikan baru bagi jawatankuasa itu, maka keanggotaan jawatankuasa yang dipengerusikan Sivakumar mulai Penggal Pertama Dewan sudah tidak lagi sah.Beliau berkata persidangan DUN 7 Mei lepas telah melantik Speaker Datuk R Ganesan sebagai pengerusi baru Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan dianggotai oleh ADUN Temengor Datuk Hasbullah Osman, Datuk Rusnah Kassim (Hulu Kinta), Datuk Mohd Khusairi Abdul Mutalib (Slim), Datuk Nasarudin Hashim (Bota) dan Nolee Ashilin Mohammed Radzi (Tualang Sekah).ADUN Tebing Tinggi dari DAP Ong Boon Piow turut dilantik menganggotai jawatankuasa berkenaan melalui usul yang telah dikemukakan oleh ADUN Sungai Rapat Datuk Hamidah Osman dan disokong oleh ADUN Kota Tampan Datuk Saarani Mohamad,ujarnya lagi.Diharap kemelut politik di perak akan reda dalam masa yang terdekat.Sekian Salam Reformasi.

J/K Sivakumar Jatuh Hukuman Penjara Ke Atas Ganesan

Jawatankuasa hak dan kebebasan DUN Perak dari Pakatan Rakyat mengesyorkan supaya Speaker BN, Datuk S Ganesan dihukum enam bulan pejara kerana memegang jawatan speaker secara tidak sah sewaktu persidangan DUN Perak pada 7 Mei lalu.Jawatankuasa tersebut yang dipengerusikan oleh Speaker Pakatan, V Sivakumar, turut mengesyorkan Ganesan didenda RM500,000 atau enam bulan penjara.Hukuman tersebut hendaklah dilaksanakan sebelum pembubaran DUN, kata jawatankuasa enam anggota itu, yang sekali lagi terpaksa bermesyuarat di sebuah hotel, selepas tidak dibenarkan memasuki bangunan Perak Darul Ridzuan. Berkuatkuasa hari ini, Ganesan mesti berhenti bertindak sebagai speaker dan mesti mengosongkan pejabat speaker ujarnya. "Beliau juga mesti menyerah balik kereta rasmi speaker dan beliau juga tidak dibenarkan masuk DUN pada bila-bila masa pun," tambah Sivakumar.Sivakumar juga menegaskan bahawa beliau sebagai speaker yang sah, boleh mengarahkan polis mengeluarkan waran tangkap terhadap Ganesan, tetapi tidak mahu mengambil pendekatan tersebut tetapi menyerahkan perkara tersebut kepada DUN.Sekian Salam Reformasi.

Thursday, July 30, 2009

Najib Perlu Bertanggungjawab Kehilangan 31% Kepentingan Negara Dalam Bernas

PAS mendesak kerajaan menjelaskan kepada umum kenapa membiarkan 31 peratus kepentingan Padiberas Nasional Bhd (Bernas) ,sektor strategik negara diberikan pemilikan yang begitu besar kepada syarikat asing.Naib Presidennnya, Dato' Mahfuz Omar juga mendesak kerajaan menjelaskan kepada rakyat apakah pemilik Bernas sudah diberikan kebenaran untuk menjual saham yang mewakili kepentingan negara kepada syarikat asing.Beliau juga mendesak Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang juga menteri kewangan bertanggungjawab diatas kehilangan kepentingan negara terutama dalam menjaga keselamatan makanan untuk rakyat.Sebagai sebuah syarikat besar di Hong Kong yang orientasinya bukan kebajikan seperti yang digariskan oleh kerajaan sewaktu memberikan tanggungjawab daripada Lembaga Padi Negara (LPN) kepada Bernas.Bernas juga perlu menjaga kebajikan dan kepentingan petani-petani dalam negara kita serta menjaga sektor makanan utama (beras) negara ini.Jadi kenapa kerajaan membiarkan pemilikan kepentingan negara ini dikuasai oleh syarikat asing? Apakah kerajaan sudah mendapat kebenaran kabinet untuk menjual kepentingan negara kepada syarikat asing?.Selain itu, ahli parlimen Pokok Sena itu juga mendesak agar kerajaan segera menarik balik permit import (AP) beras yang diberikan kepada Bernas kerana ia kini sudah tidak lagi menjadi hak milik penuh negara.Firma pelaburan berpengkalan di Hong Kong, Wang Tak Co Ltd muncul sebagai pemegang saham tunggal terbesar dalam Bernas berdasarkan pengumuman pemegang saham utama Bernas di Bursa Malaysia pada 28 Julai lalu.Wang Tak yang dimiliki oleh kumpulan Lee Hing Development Ltd menguasai 31.36 peratus atau 147.51 juta saham daripada keseluruhan 470.402 juta saham Bernas.
Akhir kata hal-hal sebegini rupa yang impaknya begitu medalam buat rakyat dan juga ekonomi negara tidak akan dilaporkan di "Main Steam Media" (MSM) yang dikuasasi oleh kerajaan BN yang terlalu angkuh untuk mengakui kesilapan remeh yang dilakukan oleh mereka.Fikir-fikirkan isu sebegini rupa sebentar.Sekian Salam Reformasi.

Wednesday, July 29, 2009

Puak Pro dan anti-ISA Berhimpun Serentak

Menjelang empat hari lagi demonstrasi besar berhubung Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA), kumpulan penyokong akta itu menukar masa berhimpun mereka dari jam 11 kepada jam 2 petang serentak dengan perhimpunan kumpulan anti-ISA. Timbalan Presiden II Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun memberitahu Malaysiakini, pertukaran rancangan itu diputuskan dalam mesyuarat kumpulan itu tengah hari semalam di ibu negara.Oleh yang demikian demonstrasi serentak oleh kedua-dua kumpulan Pro dan Anti ISA itu dijangkakan akan menimbulkan huru-hara kawasan sekitar ibu-negara.Ribuan penyokong pakatan rakyat dan aktivis 83 NGO bersama GERAK MANSUH ISA(GMI) akan berarak secara aman mulai jam 2 petang dari tiga lokasi iaitu kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara.Para peserta demonstrasi disarankan agar berpakaian hitam dan merah.Sementara penyokong ISA bersama Pewaris bersama lebih 10 NGO Melayu merancang perhimpunan bertemakan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu" di tiga lokasi di tengah Kuala Lumpur sebelum bergerak ke Dataran Merdeka pada jam 1 tengah hari pada hari yang sama. Mulai jam 11 pagi, mereka yang berpakaian putih dijadual berhimpun di Pasar Seni, Masjid Negara dan Padang Merbok, bersebelahan Bank Negara, sebelum menurunkan tandatangan di atas kain rentang gergasi sepanjang 200 kaki di dataran tersebut dan kemudian berarak ke Istana Negara.Dalam perkembangan terkini, Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh berkata pihaknya akan mengerahkan 1000 orang petugas Unit Amal PAS untuk mengawal keselamatan dan peserta Himpunan MANSUH bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.Sekian Salam Reformasi.

Monday, July 27, 2009

India lancar kapal selam kuasa nuklear

India hari ini melancarkan kapal selam berkuasa nuklearnya yang pertama dengan keupayaan untuk melancarkan peluru berpandu balistik, sekali gus melengkapkan persenjataan nuklear negara ini meliputi darat, udara dan laut. Kapal selam Arihant (Pemusnah Musuh) seberat 6,000 tan itu adalah yang pertama daripada dua kapal selam serupa yang dibina sendiri oleh India dengan bantuan teknikal dari Rusia. Arihant akan menjalani ujian di laut sebelum ditauliahkan secara rasmi pada 2015, kata pegawai pertahanan. Projek itu adalah sebahagian daripada pelan bernilai AS$2.9 bilion (RM10.44 bilion) untuk membina lima kapal selam, yang tertangguh bertahun-tahun disebabkan masalah teknikal. Negara ini sudah pun memiliki jet pejuang dan peluru berpandu yang berupaya membawa senjata nuklear. Pakar pertahanan berkata, India dalam proses memodenkan angkatan bersenjatanya dengan fokus menaikkan taraf tentera lautnya dengan kapal dan kapal selam baru bagi mengimbangi kepentingan strategik China di rantau ini. China ialah rakan dagangan India yang terbesar di Asia, tetapi New Delhi bimbang jiran gergasinya itu mahu mengepung India secara strategik kerana Beijing terus membekalkan senjata kepada Pakistan dan Sri Lanka. Serangan militan di Mumbai pada tahun lepas, dilancarkan oleh 10 lelaki bersenjata yang tiba di negara ini mengikut jalan laut untuk membunuh 166 orang turut mendedahkan kelemahan ketara dalam kawalan keselamatan maritim. "Laut menjadi semakin relevan dalam konteks kepentingan keselamatan India dan kita perlu menyesuaikan tahap kesediaan tentera kita mengikut perubahan persekitaran ini," kata Perdana Menteri, Manmohan Singh selepas melancarkan kapal selam tersebut di bandar pelabuhan Vishakhapatnam, selatan India. India mempunyai 16 kapal selam berkuasa diesel-elektrik buatan Rusia dan Jerman, kesemuanya berusia 25-40 tahun, kata pegawai pertahanan. Arihant dilaporkan boleh membawa 100 anak kapal serta pelbagai jenis torpedo dan peluru berpandu balistik.

Giliran Bekas Naib Presiden MIC Menyertai Pakatan

Senario politik tanah air kembali berkocak apabila bekas naib presiden MIC Datuk S.S Subramaniam bertindak menyertai Pakatan Rakyat.Beliau yang memegang jawatan tesebut untuk tempoh 20 tahun mengumumkan hasratnya dalam satu majlis ringkas yang berlansung di Majlis Bandaraya Petaling Jaya disamping kehadiran pensihat PKR Dato Seri Anwar Bin Ibrahim.Beliau yang turut menjadi naib pengerusi MIC Selangor selama tiga dekad mendakwa bahawa sebanyak 12 cawangan MIC di Petaling Jaya akan dibubarkan dan ahli-ahlinya akan menyertai PKR secara beramai-ramai.Dijangkakan pembubaran cawangan-cawangan tersebut melibatkan seramai 2500 orang ahli MIC yang melompat menyertai PKR.Subra merupakan pemimpin MIC paling kanan yang melompat menyertai pembangkang setakat ini.Beliau menyifatkan tindakan menyertai Pakatan Rakyat adalah kerana beliau menyokong dasar PKR dan ketua umumnya iaitu Anwar Ibrahim sejak sekian lama, tetapi baru sekarang berani menyertai PKR.Setelah tindakan bijak oleh Chua Jui Meng dari MCA beberapa hari yang lalu kini giliran wakil daripada MIC untuk turut serta dalam perjuangan menentang dasar-dasar kerajaan BN yang menindas rakyat miskin serta hak-hak kemanusiaan di negara ini.Sebagai akhir kata adakah kejutan masih lagi menanti buat kita rakyat Malaysia di masa terdekat ini dan adakah hasrat Anwar untuk ke Putrajaya makin menjadi realiti.Marilah kita sama-sama renungkan hal ini.Sekian Lawan Tetap Lawan

Sunday, July 26, 2009

LDP Puchong Jaya Interchange: Major crack line found







Structure: Lebuhraya Damansara-Puchong, Puchong Jaya interchange (Exit 1114)

Affected: Puchong residents (335,419 population)
Owner/ Management: Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd
Design, supervision, construction and commission: Gamuda
Problem: Crack lines at bridge soffit.

I bet that not much people take this seriously (except the concessionaire) although thousands were using this bridge everyday either through the top or passing underneath it.. The possible reason is that these defects do not causing anything fall down yet.

Thursday, July 23, 2009

Skandal PKFZ: Political and Business Connections.

Cubaan tutup isu salah guna wang kerajaan negeri Selangor

Tindakan pakatan pembangkang mendesak supaya siasatan berhubung penyalahgunaan wang peruntukan kerajaan negeri Selangor dihentikan ekoran kematian Teoh Beng Hock merupakan cubaan mereka untuk menutup isu itu daripada terbongkar.Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Noh Omar berkata, kematian setiausaha politik kepada seorang Exco Selangor pada Khamis lalu itu telah dijadikan bahan untuk menghalang perbuatan buruk mereka yang terlibat didedahkan melalui siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).''Sebenarnya mereka (pakatan pembangkang) sudah tidak tahan apabila SPRM mula menyiasat kes itu dan mencari kaedah untuk membuatkan rakyat marah dengan SPRM supaya siasatan tidak diteruskan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.Pakatan pembangkang menyuarakan desakan itu ketika mengadakan perhimpunan di Stadium Kelana Jaya dekat sini pada Ahad lalu Beng Hock, 30, ditemui mati di tingkat lima bangunan Plaza Masalam di sini, selepas 10 jam disiasat sebagai saksi berhubung penyalahgunaan wang kerajaan negeri itu di pejabat SPRM di tingkat 14 bangunan yang sama.Noh menegaskan, polis dan SPRM mesti meneruskan siasatan tanpa menghiraukan desakan pihak tertentu.Jelasnya, isu kematian itu tidak sepatutnya dipolitikkan dan integriti SPRM tidak seharusnya dipertikaikan. ''Tetapi masalah yang sering ditimbulkan oleh pakatan pembangkang ialah mereka terlebih dahulu membuat keputusan sebelum siasatan selesai bagi memesongkan fikiran rakyat," ujarnya.Tetapi apa yang wajar diberikan perhatian adalah siapa yang sebenarnya yang memesongkon pemikiran rakyat.Hakikatnya BN serta parti komponennya yang telah bodohkan rakyat sejak negara ini merdeka melalui pelbagai propaganda mereka di media cetak dan juga electronik yang "dikawal-selia" oleh konco-konco mereka.Mereka sebenarnya tidak layak digelar pemimpin kerana terlalu takut untuk mengakui perkara sebenar mengenai segala kebocoran dalam pentadbiran mereka.Misalnya isu PKFZ melibatkan billion ringgit terus dimatikan dan kini mereka sibuk sangat kacau isi pakatan rakyat.Senario ini bagaikan "Ketam Menyuruh Anaknya Jalan Dengan Betul".Wahai pemimpin-pemimpin sekalian sedarla bahawa diri anda itu tidak betul sebenarnya.Jadilah contoh yang baik kepada rakyat dan janganla sampai rakyat bercerita tentang perihal anda di kedai-kedai kopi.Rakyat kini tahu membezakan apa yang betul dan apa yang tidak betul mengenai isu-isu semasa yang sedang melanda negara ini.Sebagai penutup kata jalankan tugas anda dengan bertunjangkan kebenaran dan tidak telalu asyik mengharapakan habuan yang bakal diterima dan sering menunding jari kearah pihak pembangkang dan terus menyerang mereka dari segala aspek.Sekian Salam Reformasi.

Maxis wajar disenaraikan semula

Maxis Communications Berhad (Maxis) dicadangkan untuk disenarai semula dalam Bursa Malaysia berikutan kesediaan kerajaan Arab Saudi menjalin usaha sama dengan syarikat telekomunikasi itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam lawatannya ke Arab Saudi baru-baru ini, beliau telah mengesyorkan supaya Maxis disenaraikan semula berikutan penglibatannya dalam usahasama di antara pelabur Malaysia dan Arab Saudi.Syarikat telekomunikasi kebangsaan Arab Saudi, Saudi Telecom Company (STC) sebelum ini menjalin usaha sama strategik dengan Binariang GSM Sdn. Bhd. apabila melabur AS$$3.05 bilion (RM11 bilion) dalam syarikat induk Maxis Communications Bhd.Sekian

Monday, July 20, 2009

Rakyat Malaysia Dikaitkan Dalam Insiden Bom Jakarta

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, terlalu awal untuk merumuskan penglibatan Nordin Mat Top dalam kejadian pengeboman di dua hotel terkemuka di Jakarta, kelmarin. Katanya, satu siasatan menyeluruh perlu dilakukan sebelum kesimpulan itu dapat disahkan dan Malaysia sentiasa bersedia bekerjasama dengan Indonesia sekiranya diperlukan. Tambahnya lagi insiden pengeboman tersebut merupakan perbuatan individu yang kebetulan datang dari Malaysia, dan ia tidak kena-mengena dengan apa-apa dasar kerajaan Malaysia. Beliau berkata demikian kepada wartawan Malaysia ketika melawat penugasan kontinjen negara di Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (Unifil) di At Tiri, dekat sini hari ini. Ahmad Zahid mengulas mengenai insiden pengeboman Hotel JW Marriott dan hotel Ritz-Carlton di Jakarta kelmarin. Walaupun tiada yang mengaku bertanggungjawab dalam kedua-dua insiden itu, Ketua Unit Anti Keganasan Kementerian Keselamatan Indonesia, Ansyaad Mbai berkata, terdapat bukti menunjukkan penglibatan Nordin.Setelah insiden yang cukup memalukan di ibu-pejabt SPRM Selangor kini kita berdepan dengan satu lagi tamparan buat segenap lapisan masyarakat serta kerajaan pimpinan BN/UMNO.Apa yang menghairankan adalah kerajan malaysia kan selalu betul dan tak buat silap.Kalau pemimpin kerajaan BN sekarang mati terus masuk syurga,begitu banyak kebaikan yang dilakukan kepada rakyat malaysia..haha.So kita tak hairan la dengan apa yang terus dikatakan oleh mereka.Dimuka bumi yag mereka yang betul,tak cakap tipu,tak tipu duit(padahal duit tax rakyat habis buat joli ngan isteri n anak2 mereka)...bangang betul mereka ini.so come la broder Zahid toksah la nak tipu lagi yer.Lebih baik akui perkara yang sebenarnya yang berrlaku.Rakyat sekarang bukan bodoh bangang macam yang hampa yang dlm kabinet harapkan.Rakyat dah tak percya ngan aper2 yang kamu dok bising2 kat tv1,tv2,tv3 n ext..hahaz.biarla la kerajaan pakatan rakyat buat kerja mereka toksah la nak buat jahat kononnya nak jatuhkan mereka..fahamla wahai pemimpin bengong.Sekian Salam Reformasi.

Facebook pupuk belia berpolitik

Barisan Nasional (BN) perlu menggunakan sepenuhnya laman web sosial Facebook bagi menarik golongan belia untuk berpolitik, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah. Beliau berkata, langkah itu wajar kerana Facebook merupakan laman yang paling digemari golongan tersebut pada masa ini. Katanya, berdasarkan pengalaman peribadinya, beliau ‘bersahabat’ dengan lebih 2,800 belia menerusi Facebook yang mana mereka masih berminat berbicara tentang politik. ‘‘Daripada apa yang saya lihat dalam Facebook, adalah tidak benar kalau kita katakan orang muda tidak berminat dengan politik. Mereka minat politik, tetapi dengan cara yang baru dan berbeza. ‘‘Jadi, kalau hendak tingkatkan penyertaan orang muda dalam politik, sistem politik yang sedia ada perlulah dipinda sedikit untuk memberi ruang kepada golongan muda,’’ katanya yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO. Saifuddin berkata demikian kepada pemberita pada majlis meraikan sahabat-sahabat Facebook beliau dan genap 100 hari menjadi Timbalan Menteri Pengajian Tinggi di Saloma Bistro, Jalan Ampang di sini hari ini. Beliau menjelaskan, sebagai contoh antara pandangan yang diutarakan kepada beliau melalui Facebook ialah ramai anak muda yang menyokong BN, tetapi sukar hendak jadi ahli mana-mana parti komponen dalam BN. ‘‘Jadi, mereka minta cadangkan tubuh Kelab BN supaya mereka boleh sokong BN dan jadi ahli BN tanpa jadi ahli mana-mana badan gabungan. ‘‘Ini kerana ramai golongan muda pada hari ini adalah bukan Melayu, Cina mahupun India hasil daripada perkahwinan campur. Oleh itu, agak sukar bagi mereka untuk menyertai UMNO, MCA atau MIC,’’ katanya sambil menambah golongan itu tetap menyokong BN. Saifuddin menambah, terdapat juga di kalangan orang muda yang tidak ada ketaatan kepada mana-mana organisasi atau ideologi politik. ‘‘Golongan ini berfikir berdasarkan pandangan peribadi. Perkara yang dirasai betul, mereka akan katakan betul dan yang salah mereka akan kata salah. ‘‘Golongan muda pada hari ini juga lebih tertarik jika suara mereka didengar tidak setakat musim pilihan raya sahaja, tetapi sepanjang masa,’’ katanya. Tambah beliau, bagi mereka proses demokrasi tidak sepatutnya dipamerkan pada setiap lima tahun sekali sahaja dan pandangan itu turut diluahkan dalam Facebook. Beliau turut berhasrat untuk menambah bilangan sahabat dalam Facebook kepada 5,000 orang menjelang penghujung tahun ini.

Musa Hassan given 48 hours to announce that he will not seek another renewal of term as IGP or a parliamentary and civil society roundtable for a new IGP to create a safe Malaysia would be convened


I am giving Tan Sri Musa Hassan 48 hours to announce that he will not seek another renewal of term as Inspector-General of Police and will give way to a current serving police officer or a Parliamentary and Civil Society Roundtable for a new IGP to create a safe Malaysia will be convened.

The reasons why the country needs a new IGP would have the support not only of the Malaysian public at large, but also the majority of the police personnel, and would include the following:

  • Failure of Musa in Key Performance Indicators (KPI) as IGP in the past three years, in all the three core police functions to keep crime low, eradicate corruption and protect human rights. In fact, it is no exaggeration to say that under Musa, Malaysians are even more unsafe from street crimes now than when he became IGP in September 5, 2006.
  • The re-appointment of Musa for another term of IGP cast an adverse aspersion on all the senior police officers, as if there is not a single one out of the eight top police officers occupying key police positions below the post of IGP who are qualified or competent enough to become the new IGP to provide a new police leadership and culture to roll back the tide of crime in the past five years.

I am going one step further, and am asking the Prime Minister Datuk Seri Najib Razak to emulate his father, the second Prime Minister Tun Razak to appoint a new Inspector-General of Police still with four or five years of service brimming with ideas to plan out and implement police reforms instead of the current practice of appointing senior police officers left with one or two years’ service more interested about post-retirement arrangements.


p/s Lim Kit Siang

Siaran Debat Parlimen Secara Langsung

kepada sahabat2 yang ingin mengikuti perkembangan debat parlimen bagi memastikan ahli2 berhormat yang saudara lantik dalam pilihanraya umum yang lepas menjalankkan kewajibkan mereka sebagai saluran bagi menyampaikan permasalahan rakyat terus kepada kerajaan sila ikuti link yang diberikan dibawah.Sekian

http://www.justin.tv/tvantara


PARLIMEN MALAYSIA

Bagi kawan2 yang nak usha pasal hal2 parlimen,try kat link berikut...http://www.parlimen.gov.my/

Kenyataan Akhbar KM Pulau Pinang Mengenai Isu Kampung Pala

Press Statement By Penang Chief Minister Lim Guan Eng In Georgetown On 2.7.2009.

The State Government Will Not Take A Single Cent Of The So-called “Goodwill Payment” From The Developer Unless The Remaining 23 Registered Families Agree To The Compensation. The Penang state government warns Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd, the developer of the proposed housing project in Kampung Buah Pala, for threatening to send bulldozers in by August 2 to forcibly evict residents and demolish their houses as highly irresponsible and inflammatory. It is highly improper to stoke fear into the villagers’ hearts by reminding them that they will have to move out by Aug 2 when the one-month grace period given by the developer expires and there will be “n0 more extensions". The one-month grace period was negotiated by the state government with the developer to find a solution to the problem. Nusmetro claimed to have offered the highest compensation in the state from RM140,000 to RM260,000 to the temporary occupation of land (TOL) holders as well as their immediate and extended families. And even offered one of the two cattle ranchers there RM330,000 including a five-year rent-free deal for land in Balik Pulau which was rejected. To say that the developer has the legal right not to pay anything to the residents just because the developer has a Federal Court order, would not assist in resolving this problem. Instead of all the cruel talk about bulldozers, the developer should continue to seek solutions that work towards a win-win situation for all parties. For this reason, the state government will not take a single cent of the “goodwill payment” proposedby the developer to the state government unless the remaining 23 registered families of Kampung Buah Pala agrees to the compensation. I wish to reiterate that the state government has nothing to do with the eviction, or the Federal court order and the bringing in of bulldozers to demolish the houses. Instead the state government had intervened to prevent the eviction of the residents since last year. Even though this is a court order obtained by the developer, the stategovernment would continue to work aggressively to try to assist the villagers.

LIM GUAN ENG

p/sumber laman web rasmi KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

UMNO TIDAK TERKEJUT

Tindakan bekas Ketua MCA Bahagian Bakri, Datuk Chua Jui Meng menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada hari sabtu yang lepas tidak mengejutkan UMNO. Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein perkara itu telah dijangka ekoran beberapa kenyataan yang dibuat oleh Jui Meng menerusi media massa sebelum ini. Beliau turut menyifatkan bahawa tindakan berani mantan menteri kesihatan aka org kuat era MAHATIR telah dijangka dan beliau akan memasuki PKR setelah tiada tempat dalam MCA dan tidak lagi memimpin Bahagian Bakri,Johor. Beliau berkata demikian ketika mengulas pengumuman Jui Meng untuk menyertai PKR pada satu forum anjuran PKR yang turut dihadiri Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Kuala Lumpur.Menurut Hishammuddin yang juga menteri dalam negeri, kemasukan bekas pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) ke dalam parti pembangkang bukan perkara ganjil. Ini yang demikian kerana sebelum ini ada berlaku kejadian menteri yang bertindak keluar UMNO/Bn.Beliau berkata, masa akan menentukan sama ada keputusan itu tepat atau tidak.Tambahnya lagi kekuatan BN khususnya UMNO tidak berkisar kepada individu atau personaliti seseorang sebaliknya ia berpegang kepada perjuangan setiap anggota parti komponen yang bernaung dibawah BN sejak negara mencapai merdeka.Baikla rakan-rakan seperjuangan mari kita sama-sama tunggu dan lagi adakah kejutan politik bakal melanda negara kita..Sekian Salam Reformasi.